Pico Laser Dr Chong Clinic


Dah lama sebenarnya sis pasang hasrat nak try buat Pico Laser. Kebetulan ada member bagi tahu, Dr. Chong Clinic tengah buat promosi ‘kaw-kaw’ sempena Ulang Tahun Ke-4. Rugilah, katanya rugi kalau sis tak rebut peluang baik ini.


Mana taknya, sebelum ini sis kemain lagi nak sangat guna teknologi laser bagi mengatasi permasalah kulit serta ketidaksempurnaan pada kulit wajah sis. Semuanya terjadi akibat tersalah percaturan nak memiliki kulit wajah yang cerah berseri-seri. Ternyata, produk kecantikan yang disarankan oleh salah seorang teman itu sebenarnya mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan kulit wajah.



Pelbagai jenis produk yang sis gunakan untuk merawatnya. Biarpun tidak pulih sepenuhnya, namun sis bersyukur kerana ia tidak seteruk dahulu. Ada yang mencadangkan supaya sis mencuba teknologi laser. 

Lagipun kulit wajah yang telah rosak perlukan rawatan yang lebih ekstra.Bukan sekadar menggunakan produk-produk kecantikan muka sahaja. Teknologi laser dalam dunia kecantikan menawarkan jalan penyelesaian segala permasalahan kulit, biarpun harganya mahal.

Jadi, korang yang ada masalah pada kulit muka… jangan ragu-ragu untuk mencuba teknologi laser ini. Konsultasi akan diberikan, rawatan apa, jenis apa yang sesuai dengan permasalah kulit muka korang.


Cepat! Promosi ini akan berakhir pada 30 September, 2020 

Sebaiknya rebut peluang yang ada, grab time promosi macam sis nie. Promosi hebat di Dr.Chong Clinic nie masih berlangsung ok, sampai 30hb. September, 2020. Sempat lagi kalau korang nak pergi. Yang menariknya, sambil korang ‘spend’ tu, boleh join sekali contest yang berlangsung. Ada banyak tau hadiah menarik untuk dimenangi, ,sehingga RM100,000 . Kalau ada rezeki korang juga boleh menang sebuah kereta Proton Saga! Syok, kan…


Pengalaman Pertama Yang Sukar Dilupakan

Berbalik cerita tentang Pico Laser, sis nak cerita sikit tentang perasaan sis waktu itu. Biarpun sis ‘excited’ nak buat, tapi sis sebenarnya takut. Lagi-lagi bila ada yang kata, ‘downtime’ tu nanti perghh.. cukup seksa! Huwwaaa… lagilah sis takut.Belum lagi mengenangkan, kot-kot sakit ‘yaamaat’ dan kulit muka jadi luka, melepuh, bengkak dan lebam. Hahaha… jauh betul kan imaginasi sis….


Tapi betullah kata orang, ‘beauty is pain’ . Hahaha… sis lawan ketakutan yang ada, sebab dah boring tengok kulit muka nie yang nampak macam tak ok-ok lagi. Pigmentasi makin jelas kelihatan, tona kulit pun masih tetap tak sekata. So, okaylah better buat Pico Laser untuk memperbaiki kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan di wajahku ini.


Sebelum tu, sis cari-cari info tentang Dr Chong Clinic nie terlebih dahulu. Sis tak berani nak buat, kalau ia bukan diuruskan oleh doktor dan tenaga kerja yang bukan professional. Dr Chong Clinic ni ada banyak branch dan memiliki sijil dermatology & estetik untuk rawatan kulit, rambut dan badan. So, diyakini!

Memandangkan sis stay kat Shah Alam, jadi pilihan sis tentulah Dr Chong Clinic, Shah Alam.Sebelum menjalani proses tersebut, sis kena isi beberapa borang kebenaran dan surat aku janji. Prosuder biasa, walaupun nampak simple tetapi ia sangat penting. Daripada situlah nanti doktor akan tahu serba sedikit tentang rekod perubatan kita.


Sebelum treatment berlangsung, muka dibersihkan terlebih dahulu dari segala kekotoran 

Wajah disapu krim kebas dan dibiarkan selama 30 minit, sebelum rawatan bermula...

Wajah nampak lebih bersih, cerah dan fresh selepas rawatan selesai.

Sebelum sesi rawatan bermula, beautician terlebih dahulu membersihkan segala kotoran yang ada di muka. Kemudian, barulah disapu krim kebas bagi mengurangkan kesakitan sewaktu sesi pico laser itu berlangsung. Paham-paham ajelah, sis nie memang penakut. Kang termelompat pula sis, mahu haru biru jadinya. Maklumlah, ini kali pertama sis buat laser treatment nie. Takut tu tentulah lebih sikit… hahaha…


Sebenarnya time nie jantung sis dug dig dup.. hahaha...

Rupanya… Tak Sakit Pun!

Sewaktu Dr Foo Shi Ping nak mulakan tugasannya, dada sis memang beromak kencang. Rasa macam nak gugur jantung pun ada bila tengok Dr Foo nak acukan alat rawatan tu. Hahahaa… takut ya amat. Mujur juga kedua belah mata sis ditutup, demi keselamatan. Padahal, tak de apa-apapun lah rasa macam muka sedang dihurung semut jer. 

Serius, tak sakit pun!! Masa 45 minit untuk pico laser itu berlalu dengan pantas.Sis pun macam tak percaya, haihhh… buat penat jer sis takut-takut tu. Pendek kata, sis berpuas hati lah dengan servis dan juga treatment yang dibuat di Dr Chong Clinic nih. 




Kalau ada rezeki memang nak repeat lagi. Lagi-lagi bila Dr Foo cadangkan supaya sis buat PRP Therapy (untuk muka) pula. Wow! Harap-harap sis punya keberanian lah untuk mencuba rawatan ‘vampire facial’ yang boleh membantu mendapatkan kesan maksimum untuk mengilangkan pigmentasi serta mengembalikan semula keremajaan kulit.

Korang yang ada masalah kulit macam jerawat, parut jerawat, jeragat, freckles, mengecilkan pori-pori, kulit kusam, tona kulit tak sekata, garis-garis halus, efek rejuvenation, awet muda, bintik-bintik hitam atau pigmentasi eloklah cuba rawatan laser muka di Dr Chong Clinic. Jika dibandingkan dengan rawatan lain, laser muka membantu masalah kulit wajah dengan lebih cepat.






Rawatan pico laser yang Dr Foo buat untuk muka sis hari tu ialah pigmentation, skin toning dan under eye rejuvenation. Dalam tempoh seminggu dua nie, sis disarankan supaya tidak terlalu terdedah pada cahaya matahari serta bahang panas. Bersihkan muka dengan pembersih muka biasa, dan wajib pakai pelembab dan juga sunblock/sunscreen.

Di samping itu,kena banyak minum air masak, makan buah-buahan dan sayuran segar, serta dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. Pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang sihat turut membantu mempercepatkan proses mencantikan kembali kulit wajah.


Perubahan jelas kelihatan selepas treatment tersebut


Sepanjang tempoh ‘pemulihan’, kita kena hindari penggunaan toner dan skrub muka. Sebaliknya, rajin-rajinlah pakai sheet mask yang sesuai dengan keperluan kulit muka supaya jadi lebih lembap dan anjal.

‘Downtime’

Yang bestnya Pico Laser kat Dr Chong Clinic, tak ada ‘downtime’. Apa yang sis perhatikan, setelah treatment nampaklah sedikit kemerahan kat pipi sis tapi ianya hilang dalam tempoh 1-2 jam selepas tu. So, jangan risau ok tak ada apa-apa yang mengerikan selepas treatment tersebut. Cubalah nanti ok!




Lokasi Dr Chong Clinic yang boleh dikunjungi:-

Dr Chong Clinic Kepong, Kuala Lumpur (HQ)

Alamat: 37-G, Jalan Metro Perdana Barat 1,

Taman Usahawan Kepong,

52100 Kuala Lumpur.

No.Telefon: 03-6179 3157 / Whatsapp: 018-473 8818


Dr Chong Clinic Shah Alam (Branch)

Alamat: F-33-G, Vista Alam,

Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14,

40000 Shah Alam, Selangor.

No. Telefon: 03-5524 3083/ Whatsapp: 018-471 0988


Dr Chong Clinic TTDI (Branch)

Alamat : 14 & 15, Jalan Wan Kadir,

Taman Tun Dr Ismail, 6000 Kuala Lumpur

No Telefon : 03-55243083 / / Whatsapp: 011-21288188


Dr Chong Clinic Johor Bahru (Branch)
Alamat: 49G, Jalan NB2 2/2,

Taman Nusa Bestari 2,

81300 Skudai, Johor Bahru, Johor.

No. Telefon : 07-559 6110 / Whatsapp: 011-5636 6110


Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm

Sabtu - Ahad : 10am - 6pm



Untuk temujanji hubungi: 018-2528088 (general line)

Website : www.drchongclinic.com

Facebook : www.facebook.com/drchongclinic

Instagram :www.instagram.com/drchongclinic

YouTube : www.youtube.com/DrChongClinic

Email : enquiry@drchongclinic.com



Rebut 5% Lagi Tambahan Diskaun!

Di atas tu lokasi Dr Chong Clinic yang boleh dikunjungi. Lagi bagus kalau korang pergi sebelum 30 September, 2020 sebab promosi ulangtahun tersebut masih berlangsung. Join jangan tak join, mana tahu boleh menang kereta Proton Saga tu.

Nak tambah diskaun 5% lagi tak daripada harga promosi tu? Okay, macam nie… korang datang kat sana dan guna tiket nama “Anie Mohamed” okay. Dapatlah tambahan 5% lagi harga diskaun. Dah lagi jimat, kan… Kat Dr Chong Clinic, bukan setakat Pico Laser jer ya, turut disediakan aesthetic treatment yang lain juga. Rujuk websitenya ok!


Buat review, then korang boleh dapat free untuk buat Whitening Laser & LED Mask


Jom, kita sama-sama memiliki kulit wajah yang sihat, cantik dan tentunya awet muda!

Sampai jumpa lagi. Sayang selalu.


Thank you, Dr Foo Shi Ping sebab berjaya 'memuluskan' kembali wajah saya!

Lurve,
Sis Anie Mohamed