mata letih


Mata korang tahan ke kalau menghadap komputer berjam-jam? Lagi-lagi yang terpaksa WFH (work from home) tu. Ada tak rasa macam mata letih?

Sis pun tak betah kalau berlama-lama duk menghadap komputer. Bukan apa, kalau kita asyik menghadap komputer, dah tu berjam-jam pula, bukan mata letih, mata gatal atau masalah mata kering jer yang terpaksa kita hadap. Leher dan bahu kita pun boleh jadi tegang urat tau… huuuhu..huuu..

Disebabkan itulah sis nak share sikitlah apa yang sis tahu dan sering sis praktikan bagi mencegah mata penat, mata kering, mata gatal, leher dan bahu tegang akibat terlalu gigih menatap layar komputer.

Kalau tak der kerja yang memerlukan sis perlu berkorban bersengkang mata menghadap komputer, memang sis tak nak bukak pun komputer! Hahhaa… kunun!!!

Berikut beberapa cara mengatasi mata letih akibat menghadap komputer yang boleh dicuba:


mata letih


1. Postur Tubuh Kena Betul

Korang jangan tak tahu, postur tubuh dan kesihatan mata saling berkait rapat. Apabila kedudukan postur tubuh betul, tu merupakan langkah awal untuk mencegah mata letih.

Ketika bekerja dengan mengadap komputer, pastikan kedua belah kaki kita mencecah lantai. Pergelangan tangan tidak menempel pada keyboard. Kedudukan layar komputer seeloknya diposisikan pada kedudukan di bawah garis pandangan biasa kita,

Kedudukan sebegini lebih mudah untuk kita memandangkan berbanding melihat lurus ke depan atau melihat ke atas.Secara tak langsung hal ini dapat mengurangkan stress pada mata dan melegakan lehar dan bahu.


mata letih


2. Ubah Pencahayaan


Penting untuk memastkan pencahayaan yang baik di ruang kerja. Mata kita akan jadi lebih cepat penat kalau terlalu terang benderang ataupun terlalu suram.

Korang kenalah pandai-pandai ‘mengejasnya’ ya dan jangan biarkan cahayanya silau!

Jika korang menggunakan lampu meja, elakkan cahayanya menghadap ke monitar atau muka korang secara langsung. Mata yang penat juga boleh mengundang sakit kepala.

3. Gunakan Font Besar

Bekerja berhadapan dengan layar komputer memang boleh membuatkan mata cepat penat. Apatah lagi, kalau saiz huruf yang digunakan ‘halus’ atau kecil.

Memperbesarkan saiz huruf boleh mencegah stress dan juga penat pada mata.Tak percaya, cubalah!


mata letih


4. Blue Light atau Sinar Biru

Terdedah pada sinar biru yang terdapat pada layar komputer boleh mengakibatkan mata letih, sakit kepala serta memberikan efek buruk kepada kualiti tidur kita.

Cara terbaik, korang boleh pasang filter anti silau pada monitor untuk menjaga tahap pencahayaan.


mata letih


5. Jangan Lupa ‘Kedip-Kedip’ Mata!

Korang jangan lupa ‘kedip-kedip’kan mata korang supaya mata menjadi lebih relaks. Lakukannya setiap 20 minit, alih pandangan mata daripada menatap layar komputer selama 20 saat untuk melihat sesuatu objek yang jauh.

Kalau dapat tengok, pokok-pokok menghijau lagi bagus supaya otot mata menjadi lebih segar dan dapat mengurangkan mata penat.

6. Pejamkan Mata

Kalau rasa masih tak okay lagi, apakata korang cuba cara nie pula. Pejamkan mata seketika setiap satu jam sekali supaya mata menjadi lebih relaks.

Tak pun, cuba berdiri dan berjalan-jalan di sekitar selama beberapa minit untuk merehatkan mata serta diri sendiri!



mata letih

7. Tuam Mata dan Urut Perlahan

Cara nie selalu sis buat, gosok kedua belah telapak tangan selama beberapa minit untuk menghasilkan rasa panas, kemudian tekaplah kedua telapak tangan tu di atas mata yang tertutup.

Buat sampai mata rasa panas dari telapak tangan kita tu meresap. Selain itu, sis suka juga urut mata secara perlahan-lahan bagi mengatasi masalah mata letih nie.

Sis akan urut di sekitar kawasan mata dengan menggunakan ibu jari. Bermula dari kawasan dekat tulang hidung, bawah mata dan sekitar kening.

Kalau dah penat, matapun sakit segala kerja yang nak dibuat pun pasti tak jadi. Produktiviti kerja pun menurun dan fokus pun boleh hilang tau.So, better lah… rest kejap ok!



mata letih



Itulah beberapa tips atau cara mengatasi mata letih akibat menatap layar komputer/gajet yang boleh korang lakukan pada setiap hari. 

Di samping itu, jangan lupa rehat dan tidur secukupnya serta amalkan pengambilan makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan mata.

Sekian dulu. Jangan merayap time PKPB nie #staysafe ya!


Lurve,
Sis Anie Mohamed




Kredit Foto: Google