Alamak! PKPB lagi. Baru plan nak singgah makan-makan kat The Chicken Rice Shop. Nak pekena lagi menu Flaming Koli, menu eksklusif depa sempena Deepavali.

Bagi memenuhi hajat tersebut, nampak gayanya nanti kena ‘tapau’ ajelah. Eh! Korang dah try ke, menu tu? Bagi yang belum, korang kena cuba sebab hidang tersebut cukup istimewa.

Padu dengan rasa rempah ratusnya. Rasa pedas-pedas manis. Mungkin disebabkan sis sefamily jenis kuat pedas, tahap kepedasannya tu taklah ‘berbintang-bintang’. Hehehe… hehehe…

The Chicken Rice Shop
Kali pertama mencuba menu Flaming Koli tak sia-sia. Sedap oii! 

Apapun sis yakin, sekali cuba, pasti korang nak lagi. Macam sis dan family la, dah makan baru tahu betapa enaknya menu Flaming Koli ini. Kira tu, percubaan pertama sis dan family menikmatinya.

Bukan apa, setiapkali singgah ke The Chicken Rice Shop, memasing sentiasa setia dengan menu pilihan tersendiri. Tapi entah macam mana, hari tu terbuka hati pula hendak mencuba menu tersebut.


The Chicken Rice Shop
Sis pilih set menu C (4 pax). Dalam tu ada macam-macam tau... 

The Chicken Rice Shop
Baru tengok gambar dah nampak enak, belum cuba lagi.... hahhaha...

Puas Makan!

Lagipun, berbaloi dan rasa puas makan sebab saiz hidangannya pun sesuai untuk yang solo dan berkeluarga. Pilih ajer korang nak set yang mana. Set A, Set B ataupu Set C. Tapi, korang kena cepat-cepatlah sebab masanya terhad.

Hanya ada kat The Chicken Rice Shop dari 21 September sampai 15 November, 2020 ini sahaja.
Tapau pun boleh, tak ada masalah. Rasanya tetap juga enak walaupun dibawa pulang ke rumah!



The Chicken Rice Shop
Korang pilih jer set menu mana yang dikehendaki. Sis ambil set Menu C tu. Mewah!!


Okaylah, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang menu Deepavali atau promosi lain yang terdapat kat The Chicken Rice Shop, sila layari www.thechickenriceshop.com atau Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/




The Chicken Rice Shop
Sebelum PKPB hari tu sempatlah sis bawa family makan-makan kat The Chicken Rice Shop dan mencuba menu Flaming Koli tu


Selamat menjamu selera! Sampai jumpa lagi. Jaga diri ya!!

Lurve,
Sis Anie Mohamed