Ramai di antara kita yang mengalami masalah rambut berminyak ini. Sebenarnya, apakah penyebab rambut berminyak? 

Rambut berminyak terjadi kerana kadar minyak rambutnya terkeluar lebih banyak. Biasanya rambut berminyak cenderung kelihatan tidak bermaya dan kusam. Ada banyak cara untuk untuk mengatasi rambut berminyak dan juga nampak kusam. 

Sis memang tak tahan bila melihat rambut nie berminyak. Rasa melekit semacam jer bila disentuh dengan tangan. Dah tu rasa gatal dan berkelemumur pula. Adoii... memang seksa! Apapun, sebelum kita mengatasi masalah tersebut, terlebih dahulu kita kena tahu penyebab ataupun puncanya. Lepas tu barulah kita boleh cuba atasinya.


Berikut Adalah Beberapa Penyebab Rambut Berminyak Yang Wajar Kita Ketahui:




rambut berminyak


1. Terlalu Kerap Mencuci Rambut

Mencuci rambut pada setiap hari juga boleh membuatkan minyak semulajadi di rambut hilang. Keadaan ini membuatkan kulit kepala akan menjadi lebih banyak mengeluarkan minyak.

Sebaiknya kita cuci rambut selang dua hari sekali.Begitu rupanya. Lepas ni ingat tau, jangan hari-hari cuci rambut!!





2. Teknik Menggunakan Perapi Rambut Yang Salah


Pemakaian perapi rambut atau conditioner yang sebetulnya adalah dari tengah rambut sehingga ke hujung rambut. Hindari menggunakan perapi rambut di kulit kepala kerana apabila kita memakainya sampai ke akar rambut, ia hanya akan menjadikan rambut kita semakin berminyak.

Bab nie sis yakin ramai yang salah atau kurang alert cara penggunan perapi yang sebenar. Dulu-dulu memang sis pakai perapi ni lumur satu kepala. Hahhaa.. ala-ala bersyampu dengan perapi la pulak kan.
Padahal itulah antara punca yang menyebabkan rambut sis jadi berminyak.




3. Menggunakan Sikat Yang Kotor Dan Penuh Dengan Rambut

Cuba tengok sikat yang kita gunakan. Adakah keadaannya kotor dan penuh dengan sisa-sisa rambut? Sikat yang kotor juga boleh menjadi salah satu penyebab kulit kepala kita mengeluarkan lebih banyak minyak sehingga menjadikan rambut kusam dan membuatkan pori-porinya tersumbat.

Jadi, jika sikat kita kurang bersih, mulai hari ini, bersih-bersihkanlah ya.Jangan nanti bila rambut korang asyik rasa berminyak, mengeluh aje. Padahal korang sendiri yang tak menghindari segala puncanya!




4. Menggunakan Minyak Rambut Atau Serum Rambut Secara Berlebihan

Penggunaan minyak rambut atau serum rambut secara berlebihan boleh membuatkan rambut menjadi lebih berminyak dan kusam. Apatah lagi jika kita mengaplikasikannya sehingga ke akar rambut, ia akan membuatkan rambut bertambah kusam dan melekit.

Bab nie pun korang kena alert ok. Jangan sangka, guna banyak-banyak tu boleh meredakan masalah atau membuatkan rambut korang jadi lebih bersinar-binar. Nanti, jadi sebaliknya pula. Dah la berminyak, kang terpaksa hadap pula kulit kepala terasa gatal dan berkelemumur. Jadi satu hal lagi!!




5. Salah Pakai Produk Rambut

Kita perlu tahu jenis rambut kita supaya tidak tersalah memilih atau memakai produk rambut yang boleh membuatkan rambut menjadi lebih berminyak dan kusam. Gunakan produk rambut yang tepat dan sesuai dengan jenis rambut supaya rambut menjadi lebih sihat, terawat dan cantik.


Bab nie korang kena try and error la ya. Kenalpasti syampu apa, serum apa ataupun produk rambut apa yang benar-benar sesuai dengan jenis rambut sendiri. Sis kadang-kadang pun,  dua atau tiga bulan sekali mesti tukar-tukar syampu yang sememangnya Sis rasa ok dengan jenis rambut sis.

Kalau sis pakai berterusan, terasa juga kulit kepala nie gatal dan muncul la kelemumur. So korang kenalah pandai-pandai mengenalpastinya. Tak sesuai, tukar!



6. Stress

Stress juga boleh menjadi punca rambut kita jadi berminyak, kusam, rosak, berkelemumur, kulit kepala gatal dan sebagainya. Apabila dihambat stress banyak masalah termasuk kesihatan tubuh, kecantikan kulit dan rambut akan terjadi.

Tak dinafikan, stress mengubah suasana menjadi tak keruan! Dalam hidup ini kita kenalah kawal stress dengan sebaiknya. Memang tak mudah, tapi kita kena berusaha untuk meredakannya supaya kesihatan dan kecantikan tubuh badan kita terjaga.

Itulah antara kebiasaan atau penyebab rambut berminyak yang sebaiknya kita hindari kerana ia akan menjadi punca dari rambut berminyak. Semoga artikel ini bermanfaat dan mampu mengatasi masalah rambut berminyak yang sedang dihadapi.

Sekian dulu. Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed


Kredit Foto: Sumber Google