Korang rajin tak makan vitamin C? Sis rajin! Hahhaa… Time-time pandemic Covid-19 nie memang elok sangat kalau kita ambil vitamin C supaya daya ketahanan badan jadi lebih kuat.

Ada banyak kebaikan Vitamin C. Selain bagus untuk kesihatan tubuh kita, kebaikan vitamin C juga tidak terkecuali untuk membuatkan kita jadi lebih cantik!

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan memulihkan jaringan dalam tubuh kita. Disebabkan tubuh tidak menyimpan vitamin C, jadi kita perlu mengambilnya secara rutin dari makanan ataupun dalam bentuk suplemen.

Di samping itu, salah satu cara untuk menjaga daya ketahanan badan adalah dengan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C ataupun supplement vitamin C.

Selalunya, bila tak sedap badan, selain menikmati makanan yang mengandungi vitamin C, sis akan ambil supplement vitamin C serta mendapatkan rehat yang secukupnya.

Vitamin C dapat meningkatkan stamina serta mencegah sakit. Jika tubuh kita kekurangan vitamin C, masalah ulser mulut, panas dalam, anemia, radang gusi, kulit kering, lenguh sendi serta daya ketahanan tubuh kita terhadap penyakit juga menjadi lemah.


Vitamin C boleh diperoleh dengan pengambilan pelbagai jenis makanan seperti buah dan sayur. Antara buah yang banyak mengandungi vitamin C adalah oren, jambu, tomato, strawberry, mangga, melon, tembikai, nenas, raspberry dan blueberry. Manakala sayur pula adalah brokoli, kentang, sayuran berdaun hijau, capsicum hijau dan merah.

Brand Guardian, antara vitamin C yang sis suka makan.




Berikut beberapa sebab penting mengapa kita perlu ambil vitamin C:-

1. Meningkatkan Daya Ketahanan Badan

Vitamin C berupaya meningkatkan daya ketahanan badan serta membantu proses meredakan atau memulihkan kesakitan.

Daya ketahanan badan yang kuat mampu menangkis atau mencegah tubuh daripada diserang pelbagai penyakit mahupun virus.

Untuk badan sis sendiri, pengambilan vitamin C yang konsisten dapat mencegah badan nie daripada rasa letih, rasa tak bermaya serta terhindar daripada serangan batuk, selesema dan juga ulser mulut.

2. Membangkitkan Energi

Kebaikan vitamin C turut memainkan peranan dalam penyerapan zat besi dalam tubuh. Zat besi sangat penting untuk kesihatan dan juga kecantikan tubuh. Jika tubuh kita kekurangan zat besi, kita akan berasa lemah, lesu dan mengantuk sepanjang masa.

3. Mencegah Penuaan Semulajadi


Penuaan semulajadi boleh dilihat apabila munculnya kedutan atau garis-garis halus dan kusam di muka serta kulit menjadi kendur. Vitamin C memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen di dalam tubuh.

Jika keperluan vitamin C mencukupi, produktiviti kologen akan jadi semakin banyak sehingga membuatkan kulit menjadi lebih sihat dan anjal.

4. Mencerahkan Kulit

Vitamin C turut memainkan peranan sebagai antioksidan untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh.Vitamin C akan menghalang pengeluaran pyrimidine yang merupakan penyebab utama melanoma.

Kebaikan vitamin C juga akan mencerahkan warnga gelap pada kulit seperti dark spot dan bintik-bintik di muka akibat penuaan, sehingga membuatkan kulit kita nampak lebih awet muda dan lembut.

5. Menyihatkan Rambut

Vitamin C juga berkhasiat untuk membantu pertumbuhan rambut dan membuatkan rambut menjadi lebih kuat dan sihat. 

Anda boleh mencuba masker dengan buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin C dan menyapukannya pada rambut.

6. Mengurangkan Stress

Kebaikan vitamin C yang seterusnya adalah membantu kita mengurangkan stres. Pengambilan yang teratur akan mengurangkan cortisol serta mengurangkan kadar hormon stress.

Itulah antara kebaikan pengambilan vitamin C. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi yang masih tak berapa rajin nak makan vitamin C, mudah-mudah lepas nie rajin-rajinlah ya. Kata nak sihat, dan awet muda. Hiihii…

Sis suka beli Vitamin C nie kat Guardian ataupun Watsons.  Sis suka pilih vitamin C 1000 mg. Selalunya nak jimat, sis beli time depa buat sale. Kalau ada rezeki lebih, sis boronglah lebih sikit! Hahhaa… giteww caranya!

Okaylah, sampai jumpa lagi. Take care!!

Lurve,
Sis Anie Mohamed