Kulit kusam. Siapalah yang nak memiliki kulit sedemikian rupa!Kalau boleh, tentulah kita nak kulit muka yang nampak cerah dan glowing.
Kulit kusam tentunya sangat menganggu penampilan.Sebenarnya ada banyak perkara yang mungkin tidak kita sedari yang menjadi punca kulit kusam.
Antaranya punca kulit kusam adalah kerana muka penuh dengan sel-sel kulit mati, kulit kering dan dehidrasi, kurang minum air masak, kerap terdedah pada pencemaran dan sinar matahari, selalu stress, kurang tidur, perubahan hormone, peningkatan usia serta kulit muka kurang dijaga!
Sis pernah mengalami masalah kulit kusam kerana disebabkan produk kecantikan muka yang tidak sesuai.
Selain mengatasinya dengan membersihkan muka dengan pembersih muka yang sesuai secara teratur, sis cuba beberapa tips di bawah yang sis rasakan sangat membantu mengatasi masalah tersebut.
Korang yang ada masalah kulit kusam cuba ok! Mana tau serasi, kan...
4 Cara Hilangkan Kulit Kusam:
Kandungan vitamin E yang terdapat pada minyak zaitun boleh menjadi antioksidan semulajadi yang mampu menghalang kerosakan sel.
Lakukan urutan muka dengan menggunakan minyak zaitun atau baby oil untuk melancarkan peralanan darah pada muka.
2. Pakai Masker
Penggunaan masker dapat membantu mengatasi masalah muka kusam. Penggunaan masker seperti masker yoghurt, lemon dan tomato akan mencerahkan kulit muka.
Fungsi masker adalah untuk pengelupasan kulit-kulit mati pada kulit serta memutihkannya.
Selain itu, kandungan yang terdapat dalam masker biasanya berguna untuk menyegarkan wajah, memberikan nutrisi serta menghilangkan bintik-bintik hitam.
3. Skrub
Sifatnya lebih kurang macam masker juga yang berguna untuk mencerahkan kulit muka.Sebelum menggunakan skrub, bersihkan muka dengan pembersih muka.
3. Skrub
Sifatnya lebih kurang macam masker juga yang berguna untuk mencerahkan kulit muka.Sebelum menggunakan skrub, bersihkan muka dengan pembersih muka.
Jika mahu, boleh mencuba skrub yang menggabungkan minyak zaitun dan gula pasir. Ambil satu sudu besar minyak zaitun dan satu sudu besar gula pasir, gaul hingga sebati.
Kemudian gunakan jari untuk menggosok ke kulit dengan gerakan melingkar. Hati-hati dengan kulit di sekitar mata, elakkan dari terkena.
Fungsinya adalah untuk menghapuskan sel-sel kulit mati pada lapisan permukaan kulit dan mendorong pertumbahan kulit baru dan membuatkan kulit kulit nampak lebih sihat dan segar.
4. Ketulan Ais
Ternyata ketulan ais batu boleh dimanfaatkan untuk mengatasi muka kusam. Caranya cukup mudah, oleskan ketulan ais batu pada muka dengan rata dan lembut selama 15 minit.
Kalau tak nak sejuk sangat atau airnya meleleh-leleh, bungkus la dengan towel. Sis selalu buat cam gitewww.. hahaha...
Setelah itu, bersihkan dengan air bersih. Lakukan pada setiap hari dan hasilnya boleh dilihat dalam masa yang singkat.
Selain boleh membantu mencerahkan muka, ais batu juga bermanfaat untuk mengurangkan minyak berlebihan di muka, mengecilkan pori-pori wajah dan mengatasi jerawat.
Sekian perkongsian sis kali ini. Selamat mencuba cara hilangkan kulit kusam ini.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Setelah itu, bersihkan dengan air bersih. Lakukan pada setiap hari dan hasilnya boleh dilihat dalam masa yang singkat.
Selain boleh membantu mencerahkan muka, ais batu juga bermanfaat untuk mengurangkan minyak berlebihan di muka, mengecilkan pori-pori wajah dan mengatasi jerawat.
Sekian perkongsian sis kali ini. Selamat mencuba cara hilangkan kulit kusam ini.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit Foto: Google
1 Comments
bila umur dah hampir 40an ni masih belum terlewat untuk penjagaan wajah kan, wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan
ReplyDelete