sakit kepala

Korang selalu diserang sakit kepala? Lagi-lagi bila korang dalam keadaan stress ataupun datang ‘period’.Tak pun sejak-sejak Work-From -Home (WFH) nie...Makin kerap sakit kepala !

Sebenarnya sakit kepala nie boleh menyerang sesiapa jurr.Tak ada pilih bulu pun, sebabnya ada banyak faktor yang menyebabkan kita mudah diserang sakit kepala.

Selalunya, korang guna taktik apa untuk meredakan sakit kepala nie? Terus telan ubat ke? 

Sis culas sikit nak makan ubat, biasanya kalau sis sakit kepala sis akan cuba hilangkannya dengan beberapa cara semulajadi yang sis rasa berkesan. 

Jadi, sis kongsikan ya. Mana tahu ianya juga serasi, dan tak perlulah korang telan ubat sakit kepala lagi.

Sebelum tu, sis nak story-mory sikit beberapa punca sakit kepala yang perlu korang tahu. 

Sambil-sambil tu, cuba semak, ada tak perkara-perkara di bawah yang menyumbang kemunculan sakit kepala korang tu.


sakit kepala


Check it out!

Antara Punca Sakit Kepala:-

· Kurang tidur

· Masalah ekonomi

· Penat bekerja

· Mata letih

· Permasalahan dalam hubungan seksual

· Terdedah pada sinaran matahari yang terlalu lama

· Pengambilan kopi yang berlebihan

· Mengikat rambut/tudung/hijab terlalu ketat

· Aroma minyak wangi yang terlalu menyengat

· Nikotin yang berasal dari rokok


Berikut beberapa cara yang sis selalu gunakan untuk hilangkan sakit kepala dengan cepat dan mudah yang korang juga boleh cuba:


sakit kepala


1. Usah Tengok Cahaya Terang

Ketika sedang sakit kepala ada baiknya berada di tempat gelap. Sis akan padam semua lampu, dan berbaring di dalam gelap.

Ketika sakit kepala kita memang kena elakkan cahaya-cahaya terang seperti sinaran cahaya matahari, cahaya dari lampu kereta, cahaya gajet-gajet dan sebagainya.

Cahaya terang akan memburukkan lagi keadaan sakit kepala yang dialami. Ini adalah kerana cahaya terang tersebut akan menyebabkan saraf kita menjadi semakin tegang.

Bukan itu jurr, cahaya terang juga akan mengakibatkan gangguan penglihatan mata kita. Mata jadi letih, gatal atau pedih.


sakit kepala

2. Jangan Sentuh Peralatan Gajet

Ketika sedang berperang dengan sakit kepala, kita memang kena menghentikan segala aktiviti yang ada kaitan dengan peralatan gajet ini. Tak kiralah komputer, laptop mahupun telefon bimbit.

Terlalu lama mengadap, misalnya komputer cukup memenatkan dan boleh mengundang ketegangan pada mata sehinga terjadinya sakit kepala.

Di samping itu, otot leher juga boleh menjadi kaku. Jadi, biasakan diri untuk berehat seketika setiap sejam atau dua jam sekali.


sakit kepala


3. Guna Ais Batu

Cara hilangkan sakit kepala dengan menggunakan ais adalah sangat berkesan dan ia serasi dengan sis.
Ais batu yang sejuk boleh mengatasi sakit kepala dengan cepat.

Cubalah mengosok-gosokan ais batu (balut dengan kain atau  tuala kecil ok) secara perlahan-lahan pada bahagian kening, sisi tepi kepala, bahagian belakang kepala serta tenguk.

Oh, ya… jangan lupa tekaplah mata dengan sapu tangan atau tuala sejuk dengan menggunakan ais batu. Insya-Allah, sakit kepala korang tu akan reda dengan pantas.


sakit kepala

4. Makan Pisang

Dalam buah pisang terdapat potassium dan magnesium yang cukup tinggi. 

Kedua zat ini dikatakan cukup efektif untuk menghilangkan sakit kepala berdenyut, sakit kepala sebelah kiri ataupun sakit kepala sebelah kanan. 

Sebaiknya, makan sebiji pisang secara rutin pada setiap hari.


sakit kepala

5. Buah Tembikai


Buah yang segar dan kaya dengan air megandungi kalium yang cukup tinggi.Kalium bukan sahaja dapat berfungsi dengan baik untuk sistem perjalanan darah, malahan ia juga berkesan untuk mengubati sakit kepala.

Tapi, korang kena makan buah tembikai, tak kira tembikai merah ataupun tembikai kuning hingga ke pangkal isinya yang berwarna putih itu. 

Sebab di bahagian itulah yang mengandungi kalium cukup tinggi dan berupaya meredakan sakit kepala.


sakit kepala 


6. Urut Kepala Dan Pangkal Leher

Cara hilangkan sakit kepala nie paling mudah dan kerap sis pratikkan.Urut kepala yang sedang sakit sehingga di sekitar pangkal leher belakang. 

Urut juga dahi dan kedua belah sisinya, kanan dan kiri secara perlahan-lahan.

Jika ada, gunakan minyak urut, minyak kayu putih atau minyak beraroma peppermint.Dengan melakukan urutan di kepala, ketegangan di otot kepala boleh dikurangkan dan perjalanan darah dapat meningkat sehingga menjadi lebih baik.


sakit kepala


7. Minum Kopi

Sis bukan peminat kopi sangat, tetapi bolehlah. Hahhaa… Mulanya sis macam tak percaya juga, yang minum kopi nie boleh menghilangkan sakit kepala.

Kebetulan masa sakit kepala berdenyut, rasa macam nak pecah pun ada hahhahaa… Adalah seorang member sis nie syorkan supaya sis try minum secawan kopi. Katanya, confirm baik terus sakit kepala!

Disebabkan tak tahan sangat, sis pun try la. Serius, jadi weehhhh!!Maybe minum kopi ni boleh menjadi solusi efektif untuk melegakan sakit kepala. 

Itulah berapa cara yang sis selalu gunakan untuk mengurangkan sakit kepala dan korang boleh cuba.Semoga ia bermanfaat!

Lurve,
Sis Anie Mohamed



Kredit Foto: Google