The Chicken Rice Shop

Korang dah try ke menu istimewa, Grilled Butter Chicken daripada The Chicken Rice Shop? Sis baru berkesempatan untuk cuba menikmatinya. Itupun tapau jer sebab malas nak keluar, time Covid-19 nie.

Bermakna, dapur sis tak lah berasap! Sis dan anak-anak menjamu selera dengan seleksi menu terbaik daripada The Chicken Rice Shop (TCRS). 


The Chicken Rice Shop
Sis order set Meal C - makan untuk 4 orang 


The Chicken Rice Shop


Grilled Butter Chicken adalah menu akhir tahun, so hidangan istimewa ini terhad. Kalau korang nak menikmati isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah, kena cepat-cepatlah sebab promosi ini akan berakhir pada 17 Januari, 2021 nanti. 

Apa yang pasti, TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu citarasa tempatan seperti hidangan akhir tahun ini.

The Chicken Rice Shop



Menurut June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan tetapi juga kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. TCRS sentiasa bersedia untuk menghidangkan menu popular ini setiap hujung tahun khas buat rakyat Malaysia.

Nak tahu lebih lanjut tentang Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, korang boleh kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Sekian dulu catatan sis kali ini. Sampai jumpa lagi. Tata…

Lurve,
Sis Anie Mohamed