Pisang merupakah antara buah yang digemari ramai, termasuklah sis. Dulu-dulu, kalau makan pisang sure makan isinya jer. Tang kulit pisang terus campak tepi!
Padahal khasiat kulit pisang tu sebenarnya cukup hebat! Bila dah tahu khasiatnya, sekarang nie bila makan pisang dah tak buang lagi. Sis akan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin sebagai bahan untuk merawat kulit muka. Ahhaa gitewwwww!
Korang tahu tak, pisang adalah buah yang mengandungi serat, tinggi protein , ada vitamin A, B6,C, potassium dan juga zat besi.
Apapun, kalau korang nak dapatkan khasiat kulit pisang yang sebenarnya, pastikan memilih kulit pisang yang bersih dan masih segar untuk dimanfaatkan.
Kalau korang guna kulit pisang yang dah kotor, ada bakteria tau. Silap haribulan ia boleh menyebabkan penyakit serta menimbulkan gangguan kesihatan.Hilang pulak misi sebenar kita nak nampak lebih cantik!
So, alert ok. Pilihlah pisang atau kulit pisang yang bersih, segar dan tak ada kesan lebam-lebam hitam!
Berikut antara petua kulit cantik dengan khasiat kulit pisang yang sis pernah cuba dan hasilnya memang ‘superb’.
Petua Kulit Cantik Dengan Khasiat Kulit Pisang Yang Perlu Diketahui:
1. Meredakan Sakit Kepala Dan Stress
Khasiat kulit pisang untuk kesihatan ialah dapat mengatasi sakit kepala atau migraine. Caranya mudah sahaja, hancurkan kulit pisang dan tempelkan pada dahi. Lakukan cara ini sehingga sakit kepala kita itu reda.
Minum jus kulit pisang dikatakan dapat meredakan stress atau emosi. Ini adalah kerana kulit pisang juga mengandungi triptofan yang mampu memperbaiki suasana hati dengan cara menaikkan kadar hormon serotonin.
Hormon inilah yang bertanggungjawab menyeimbangkan emosi dan mood kita. Tapi hok nie sis tak pernah cuba lagi! Hahaha….
2. Menghilangkan Jerawat
Kulit pisang sangat berguna untuk kencantikan kulit muka kerana mengandungi vitamin B, vitamin C, vitain B6, mangenesium, fostor dan zat besi.
Penggunaan kulit pisang dapat menyelesaikan masalah jerawat di muka. Kandungan antioksidan dan anti kulat yang terdapat di dalam kulit pisang juga dapat mengurangkan kandungan minyak yang berlebihan di muka serta mengatasi iritasi dan rasa gatal pada kulit yang berjerawat.
Khasiat kulit pisang juga dapat mempercepatkan penyembuhan dan menghilangkan bekas-bekas jerawat.
3. Menghilangkan Kedutan Dan Garis-Garis Halus Pada Muka
Pertambahan usia akan menimbulkan pelbagai masalah pada kulit muka, contohnya kehadiran kedutan ataupun garis-garis halus pada muka.
Jika ia dibiarkan keadaan akan jadi bertambah teruk sehingga boleh menggangu penampilan muka. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah gunakan kulit pisang.

Ambil bahagian dalam kulit pisang (4 biji), kemudian masukkan ke dalam mangkuk kecil.Campurkan dengan sudu kecil madu asli.
Kemudian gaul sehingga rata, kemudian gunakan campuran tersebut pada bahagian muka yang terdapat kedutan atau garis-garis halus.
Biarkan selama 15 minit dan bilaslah sehingga bersih. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, lakukannya 3 kali seminggu.
4. Menyamarkan Lingkaran Hitam Bawah Mata
Penat dan kurang tidur boleh menyebabkan bawah mata kelihatan hitam atau lebam. Cubalah gunakan bahagian dalam kulit pisang, dan sapukan pada bahagian bawah mata supaya kesan lebam atau hitam tersebut hilang secara perlahan-lahan.

5. Mencegah Sel Kulit Mati
Sel kulit mati yang menebal boleh mendatangkan pelbagai masalah kulit seperti pori-pori tersumbat, bintik-bintik hitam dan juga jerawat.
Untuk mencegahnya, korang boleh cuba memanfaatkan khasiat kulit pisang. Caranya pun senang jurr… ambil kulit pisang dan hancurkannhya. Lepas tu sapukan pada permukaan kulit muka.
Biarkan selama 10-15 minit, kemudian bilasahlah sehingga bersih. Kalau nak result yang mengagumkan, buatlah setiap hari gitew.
Itulah beberapa khasiat kulit pisang yang wajar kita ketahui. Lepas nie ingat tau, bila makan pisang, jangan dibuang kulitnya tu.
Manfaatnya selagi boleh, lagipun ia adalah alternatif yang bijak untuk merawat kulit muka tanpa perlu mengeluarkan bajet cantik yang mahal.
Selamat mencuba, semoga perkongsian khasiat kulit pisang ini bermanfaat untuk korang semua.
Lurve,
Sis Anie Mohamed

Kredit foto: Google
0 Comments