bekerja dari rumah

Masuk tahun nie dah lebih 5 tahun sis bekerja dari rumah.Walaupun bekerja dari rumah mempunyai waktu yang lebih fleksibal, cabarannya tetap ada!

Macam sis cakaplah, sis cukup alergik kalau ada yang cakap, “Ala ko senanglah bekerja dari rumah.Tak payah nak susah-susah meredah jem, tak payah nak fikir itu ini.”. 

Hellooooo…. Ingat bekerja dari rumah boleh duduk goyang kaki wey. Duit boleh datang bergolek-golek atas riba macam tu jer tanpa usaha.Banyak menda nak dibuatnya, lagi-lagi kalau dah beranak pinak.

Mudah-mudahan, yang mana dah rasa terpaksa bekerja dari rumah time covid-19, sedikit sebanyak dapat belajar untuk memahami cabaran-cabaran insan-insan terpilih yang harus bekerja dari rumah demi kelangsungan hidup. Mulut jangan sedap-sedap jer nak cakap lagu tu ok!

Okaylah, kita tutup cerita si mulut-mulut puaka tu. Apa yang sis nak share kali ni cerita tentang punca atau penyebab badan lebih mudah rasa letih bila bekerja dari rumah.

Semua ini sis alami sendiri dan alahai… lemaunya sampai otak pun rasa macam tak function jer nak buat kerja.

Berikut antara sebab bekerja dari rumah yang dikenalpasti membuat badan rasa letih atau lemah:

bekerja dari rumah

1. Stress

Lagi sis rasa stress lagilah rasa badan nie rasa lemah semacam. Nak buat apa kerja pun rasa macam tak bersemangat jer.Lagi-lagi kalau dah bekerja dari rumah sampai berkulat ha.. hahaha… Tu yang buat rasa lagi stress.

Mungkin sebab itulah, sis suka pergi mana-mana event ataupun keluar lepak-lepak walaupun sekejap.
Tak pun, buat aktiviti yang sis senangi. Macam masak-masak, berkebun ataupun bershopping. Hehehe…


bekerja dari rumah


2. Jadual Pemakanan Yang Tak Betul

Sis percaya, ramai yang bekerja dari rumah mengalami situasi yang sama dengan sis iaitu badan cepat rasa letih. Sis nie kalau dah sibuk, soal makan memang sis tolak tepi. Kadang-kadang disebabkan terlalu penat, sampai tak lalu nak makan.Kalau makan pun, ada masanya makan makanan yang tinggi lemak serta gula hahaha… Sedangkan perbuatan tersebutlah yang mengundang badan rasa lebih letih ketika bekerja dari rumah.

Mengatur jadual pemakanan yang betul serta bernutrisi sangat penting. Kita juga perlu makan sayur-sayuran,buah-buahan, ambil vitamin dan mineral bagi mendapatkan energi serta badan yang sihat. So, marilah kita bersama-sama mengamalkan pemakanan yang tepat dan sihat.


bekerja dari rumah


3. Masalah Hormon

Apa yang sis perasan la semakin meningkatnya umur nie, semakin cepat rasa letihnya. Dulu masa setahun dua bekerja dari rumah, lemaunya tak macam sekarang nie. Makin menjadi-jadi pulak. Hahahaa… penangan usia yang semakin kertu!

Kadar hormone yang tidak seimbang seperti hormone tirod, testosterone, estrogen dan progesterone dikatakan boleh menyebabkan badan terasa cepat letih ketika bekerja dari rumah.

Lagi satu, bagi wanita yang sudah berusia macam sis kan… tanda-tanda menopause (macam berpeluh pada malam hari) juga boleh menyebabkan badan terasa letih di keesokkan harinya.


bekerja dari rumah


4. Kurang Bersenam

Bab kurang bersenam sewaktu bekerja dari rumah nie kerap terjadi.Sis sendirilah kan kalau kurang bergerak, kurang bersenam atau kurang melakukan aktiviti fizikal, alahai badan pun boleh terasa lemau.

Sis rasa ramai juga yang tak tahu, situasi tersebut sebenarnya boleh menurunkan sistem cardiovascular dan membuatkan kita cepat rasa letih.

Jadi, walaupun kita bekerja dari rumah kita tetap perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain menjaga pemakananan yang betul, bijak mengurus emosi dan emosi, kita perlu juga bersenam bagi mendapatkan tubuh yang lebih sihat dan bertenaga.

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan manfaat buat korang yang bekerja dari rumah. Jangan sesekali patah semangat dan buatlah kerja dengan penuh rasa cinta dan keikhlasan hati.

Insya-Allah, pasti ada kebaikan yang menanti kita.

Sekian dulu. Tataaa!

Lurve,
Sis Anie Mohamed

Kredit Foto: Google