Parut Jerawat

Bukan semua orang berjaya bebas daripada masalah jerawat. Malahan, ada terpaksa berdepan dengan kesan atau parut jerawat yang tidak mahu hilang. Jadi, dikongsikan beberapa petua hilangkan parut jerawat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh korang dapati dengan mudah.

Ini adalah cara mudah dan cukup menjimatkan, dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi masalah parut jerawat tersebut dapat diatasi. Penjagaan wajah dan rawatan secara rutin dengan bahan-bahan ini dikatakan berkesan untuk mampu mengatasi masalah parut jerawat dan tidak menimbulkan kesan sampingan.

Bagi korang yang punya banyak parut jerawat, dah cuba macam-macam ubat, namun seakan tidak berjaya, korang try la pulak petua ini. Manalah tahu ia serasi. 

Berikut 6  Petua Hilangkan Parut Jerawat Yang Boleh Dicuba:


Parut Jerawat


1. Lemon

Kandungan vitamin C pada buah lemon boleh mencerahkan warna kulit dan membuang sel kulit mati serta membuat kulit muka menjadi lebih elastik.

Sapukan perahan lemon pada bekas jerawat dan biarkan selama 10 minit. Setelah itu, cucilah muka dengan air bersih. Meskipun pada mulanya akan terasa pedih, tetapi jika dilakukan secara rutin, insya-Allah bekas-bekas jerawat atau parut jerawar itu akan beransur-ansur menghilang.


Parut Jerawat

2. Timun

Sensasi segar dan kandungan air yang banyak pada timun dapat mengurangi peradangan, menghaluskan kulit dan menyembuhkan luka yang disebabkan jerawat.

Timun merupakan toner kulit semulajadi yang boleh memperbaiki tekstur kulit. Korang cuma perlu memotong timun nipis-nipis, kemudian tempelkan hirisan timun pada bekas jerawat tersebut. Selain itu, kalau rajin, korang boleh juga parut timun dan buatlah menjadi masker muka.


Parut Jerawat


3. Madu

Ambil madu asli secukupnya, kemudian sapukan ke bahagian parut jerawat. Biarkan selama 5 minit.Setelah itu, bilas dengan air air suam.

Madu adalah pelembab semulajadi. Antioksidan pada madu juga dapat membuatkan kulit muka menjadi lebih segar dan cerah.


Parut Jerawat

4. Kentang

Kandungan nutrisi dan vitamin seperti vitamin A.B, C, zat besi, potassium dan fosfor pada masker kentang dikatakan mampu menanggalkan sel kulit mati, mencerahkan kulit sehingga berupaya mencegah penuaan semulajadi.

Cara memanfaatkan kentang untuk menghilangkan bekas jerawat juga sangat mudah. Korang hanya perlu melumurkan parutan kentang pada permukaan kulit muka.Biarkan selama 20 minit. Setelah itu barulah dicuci sehingga bersih dengan air suam.


Parut Jerawat

5. Betik

Betik mengandungi enzim papain yang berfungsi menanggalkan sel-sel kulit mati. Selain itu, betik juga mengandungi antioksidan dan vitamin yang boleh mengatasi kulit kemerahan akibat jerawat serta menyamarkan bekas atau kesan jerawat.

Cara hilangkan parut jerawat dengan menggunakan buah betik ini sangat mudah.  Ambil beberapa potong betik. Kemudian lumatkan, lalu lumurkan pada wajah. Biarkan selama 10 minit. Selepas itu barulah dibilas dengan menggunakan air suam.


Parut Jerawat


6. Kulit oren

Kulit oren mengandungi banyak vitamin c dan asid hidroksida serta kandungan yang terdapat di dalam kulit oren ini mampu membersihkan pori-pori kulit yang tersumbat disebabkan oleh kotoran dan debu.

Untuk menghilangkan parut jerawat dengan kulit oren ini, korang hanya perlu menggiling atau menghancurkan kulit oren yang sudah dikeringkan di bawah cahaya matahari selama beberapa hari (betul-betul kering) sehingga menjadi serbuk.

Kemudian tambahkan air pada serbuk kulit oren tersebut dan kacau sehingga menjadi pasta.

Lumurlah pasta kulit oren kawasan muka yang berjerawat dan biarkan selama 10 minit. Setelah itu, barulah dibersihkan dengan air suam.


Parut Jerawat

Itulah beberapa petua hilangkan parut jerawat yang memang berkesan jika dilakukan secara rutin. Selamat mencuba!

 Lurve, 

Sis Anie Mohamed


Kredit Foto: Google