kolesterol

Punca kolesterol tinggi ada bermacam-macam. Ada yang puncanya mungkin tidak kita sedari dan tidak diduga sama sekali. Tau-tau jer, alamak paras kolesterol dah tinggi! Bahaya sey!! 

kolesterol

Kolesterol adalah zat yang diperlukan oleh tubuh. Namun, jika diambil melebihi had yang sepatutnya ia boleh membahayakan tubuh. Kolesterol tinggi adalah di mana tubuh kita mempunyai kolesterol yang banyak di dalam darah.

Biasanya tubuh tidak akan menunjukkan tanda tertentu, dan sebab itulah tidak ramai di antara kita yang menyedari bahawa kadar kolesterol kita sudah terlalu tinggi.

Orang yang mempunyai kadar kolesterol tinggi jauh lebih mudah untuk terkena pelbagai penyakit seperti atherosclerosis (saluran arteri tersumbat), strok dan serangan jantung.

kolesterol
Kolesterol tinggi juga boleh menyebabkan kita diserang penyakit jantung

Berikut Beberapa Punca Kolesterol Tinggi:


kolesterol

1. Makanan

Kebiasaan mengambil makanan yang tidak sihat sangat mempengaruhi kadar kolesterol dalam darah. Santan dan makanan berlemak adalah antara punca yang paling serius menyebabkan kolesterol tinggi.

Begitu juga dengan makanan bergoreng dan makanan banyak lemak. Kolesterol tinggi boleh meningkat naik setelah kita menikmati makanan tersebut.


kolesterol

2. Berat Badan


Punca kolesterol tinggi, selain makanan yang berlemak adalah disebabkan kelebihan berat badan.
Apabila berat badan kita berlebihan, lemak ada di mana-mana.

Usahakan untuk bersenam secara rutin dan perbanyakkan minum air masak supaya perut sentiasa kenyang dan akan mencegah kita untuk mengambil makanan berlemak.


3. Kurang Bersenam

Sejak PKP nie, mungkin ada di antara kita yang sering duduk, makan, tidur serta jarang bersenam. Sedangkan keadaan sebegini akan meningkatkan lagi kolesterol jahat dan menurunkan kolesterol baik.

Berjalan kaki atau berjogging akan membuatkan badan kita berpeluh dan akan menghindari dari kolesterol tinggi.

Sebaiknya cuba ubah sikap malas itu dan kita perlu aktif bergerak. Melakukan senaman secara rutin bukan sahaja membuatkan badan terasa segar, bahkan kesihatan dan juga kolesterol dalam badan juga akan terjaga dan seimbang.

kolesterol

4. Usia Dan Keturunan

Selain dari faktor usia, sejarah keturunan juga tidak menutup kemungkinan kita untuk turut sama mengalami masalah kolesterol tinggi sepertimana yang dihidapi oleh kaum keluarga kita.

Biasanya ketika seseorang itu memasuki usia 20 tahun, kadar kolesterol secara semulajadi akna meningkat.Semakin tua seseorang, semakin besar kemungkinan untuk terkena penyempitan atau saluran pembuluh darah tersumbat (atherosclerosis) kerana masalah kolesterol.



5. Merokok

Merokok boleh menurunkan kadar kolesterol baik dan menjadikan tubuh lebih mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.

Bahan kimia beracun dalam rokok mampu menghentikan kolesterol baik yang mengangkut timbunan lemak ke hati, sehingga menyebabkan penyumbatan atau penyempitan saluran pembuluh darah (atherosclerosis)

kolesterol

6. Stres

Stres juga boleh menjadi punca kolesterol tinggi. Ini kerana apabila kita terkena stress, kita akan makan sembarang (makanan yang tidak sihat), merokok dan sebagainya sehingga membuatkan kadar kolesterol dalam tubuh jadi meningkat.

Jadi, cubalah menghindari stres sebaik mungkin supaya kadar kolesterol dalam tubuh kita tetap seimbang.

kolesterol
Menjaga pemakanan sangat penting. Cuba hindari makan makanan bergoreng dan berlemak tinggi.

Itulah beberapa punca kolesterol tinggi, semoga perkongsian kali ini tetap memberikan manfaat buat semua. Usahakan supaya menjaga pemakanan dan kesihatan tubuh agar bebas daripada kolesterol dan juga penyakit berbahaya! 

Sampai jumpa lagi. Tata!

Lurve,
Sis Anie Mohamed


Kredit Foto: Google