gatal kulit

Gatal kulit! Korang yang ada masalah gatal kulit nie tentu dah faham sangat, betapa terseksanya menahan rasa untuk mengaruk-garuk bahagian yang gatal tu. Rasa mengenyam-genyam selagi tak digaruk!

Kali ini sis nak kongsikan beberapa petua tradisional yang sis tahu, dan pernah mak sis di kampung praktik sejak sekian lama. Biasalah kan orang dulu-dulu, memang lebih senang merawat masalah gatal kulit secara semulajadi. Disebabkan petua tersebut serasi, alhamdulillah masalah gatal kulit yang dialami pulih.

Penyebab atau punca gatal kulit nie ada banyak dan bervariasi. Biasanya penyebab utama gatal kulit adalah kerana berpunca daripada bakteria-bakteria yang berkumpul di kulit. Merawatnya tidak mudah kalau tak kena caranya. Silap haribulan jika salah merawatnya boleh membuatkan kulit menjadi bertambah gatal yang mana pada akhirnya terjadi jangkitan yang teruk seperti ‘dermatitis’.

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk merawat gatal kulit, misalnya dengan mengunakan ubat gatal yang banyak dijual di pasaran dan farmasi. Namun, sis lebih suka menghilangkan rasa gatal kulit dengan cara semulajadi kerana ia lebih selamat dan jimat! Ahh.. giteww... nak jimat sahaja, kan! Hehehe.. hehhe...

gatal kulit


Berikut Beberapa Cara Merawat Gatal Kulit Secara Semulajadi:

gatal kulit

1.  Daun Salam

Tentu ramai yang tahu, daun salam yang digunakan sebagai penambah rasa kesedapan masakan ternyata boleh juga digunakan untuk merawat gatal pada kulit. Mungkin sebab itulah sis sanggup tanam pokok daun salam nie walaupun hanya di dalam pasu!! 

Caranya mudah sahaja, hancurkan beberapa helai daun salam segar (sebaiknya) yang sudah dicuci bersih. Kemudian tempelkan pada mana-mana bahagian kulit yang gatal, tiga kali sehari.

gatal kulit

2. Minyak Masak Dan Garam

Minyak masak dan garam juga boleh menghilangkan rasa gatal kulit. Korang hanya perlu campurkan minyak masak dengan sedikit garam halus. Selepas itu, sapukan pada kulit yang gatal.

Cara nie pun dan sis biasa guna. Selain untuk menghilangkan rasa gatal, kulit pun jadi lebih bersih dan lembab. Cuba tau tapi janganlah tenyeh/gosok kuat-kuat.Kang melecet plak kulit! Hahhaa..


gatal kulit

3. Mahkota Dewa

Selain mampu mengubati pelbagai jenis penyakit, daun mahkota dewa juga boleh digunakan untuk menghilangkan gatal pada kulit. Dulu sis ada tanam pokok Mahkota Dewa nie, tanam dalam pasu jugaklah. Tapi, disebabkan asyik terlupa nak siram, habis mati! Hahhaa..

Korang hanya perlu hancurkan daun Mahkota Dewa sampai lumat, kemudian sapukan pada kulit yang gatal.


gatal kulit

4. Kunyit Dan Daun Hempedu Bumi

Khasiat kunyit memang luar biasa, dipercayai mampu mengatasi pelbagai jenis masalah pada kulit. Untuk merawat gatal pada kulit, ambil kunyit hidup yang sudah tua dan beberapa helai daun Hempedu Bumi.Sis tak de tanam pokok Hempedu Bumi, maybe kat kampung ada kot.

Bersihkan terlebih dahulu kunyit dan daun Hempedu Bumi, tumbuk atau giling sampai lumat. Setelah itu, sapukan ramuan tersebut pada bahagian tubuh yang gatal.

gatal kulit

5. Minyak Kelapa Dara Dan Lemon

Cara nie paling mudahlah bagi sis.Korang hanya perlu,ambil sedikit air perahan lemon dan campurkan dengan 4 sudu makan minyak kelapa dara.

Kemudian sapukan pada bahagian kulit yang gatal, biarkan selama semalaman.Insya-Allah, masalah gatal pada kulit yang anda hadapi akan berkurangan.

Itulah 5 cara yang boleh korang cuba andaikata ada masalah gatal kulit.Cuba-cubalah cara semulajadi nie, mana tau serasi.Kot-kot korang dah jenuh berubat sana-sini masih tak sembuh. jadi cuba jer ok. Mana tau rasa gatal kulit tu nanti akan berkurangan dan beransur pulih.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Okay, jumpa lagi. Daaaaa..

Lurve,
Sis Anie Mohamed


Kredit Foto: Google