Pernah tak rasa badan korang lain macam? Entah-entah itu petanda tahap kolesterol dalam badan dah melebihi paras normal. Kolesterol tinggi dalam badan boleh menjadi ancaman serius kerana ia boleh membawa kepada penyakit yang meragut nyawa seperti serangan jantung dan strok.

Oleh itu, sangat penting untuk kita mengenal pasti tanda-tanda awal kolesterol tinggi dan segera mengambil tindakan.


kolesterol tinggi

Apa Itu Kolesterol Tinggi?

Kolesterol adalah sejenis lemak yang terdapat dalam darah, dan ia penting untuk tubuh bagi membina sel-sel baru. Namun, kolesterol yang berlebihan boleh menyumbat saluran darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. 

Gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan makanan berlemak dan kurang bersenam, boleh menyebabkan kolesterol tinggi.

Punca Kolesterol Tinggi


kolesterol tinggi

  • Pemakanan Tidak Seimbang

Pengambilan makanan yang kaya dengan lemak tepu dan kolesterol seperti makanan segera, makanan bergoreng dan makanan manis boleh menyumbang kepada peningkatan kolesterol.

  • Kurang Bersenam

Aktiviti fizikal yang tidak mencukupi boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

  • Keturunan

Faktor genetik juga memainkan peranan dalam menentukan kadar kolesterol seseorang.

  • Obesiti 

Berat badan berlebihan meningkatkan risiko kolesterol tinggi kerana ia mengganggu metabolisme lemak dalam badan.


Baca Juga:

Kebaikan Kolegan Untuk Kulit
5 Cara Mudah Hilangkan Tumit  Kaki Merekah


6 Tanda Kolesterol Tinggi

kolesterol tinggi



1. Kebas Pada Kaki dan Tangan

Kebas di bahagian kaki dan tangan boleh menjadi tanda saluran darah tersumbat akibat pengumpulan kolesterol. Ini menyebabkan pengaliran darah yang tidak lancar ke bahagian anggota badan, terutama di kawasan betis dan paha.


2. Lenguh di Bahagian Pinggang dan Tengkuk

Jika korang kerap merasa lenguh di bahagian pinggang, tengkuk atau punggung, itu mungkin tanda kolesterol tinggi. Ini berlaku kerana saluran darah yang sempit akibat kolesterol jahat menyukarkan pengangkutan oksigen ke otak dan anggota badan.

3. Sakit Kepala yang Kerap

Sakit kepala yang berterusan mungkin berkaitan dengan pengumpulan plak kolesterol dalam pembuluh darah di kepala. Jika dibiarkan, ia boleh meningkatkan risiko strok.

4. Cepat Letih dan Mengantuk

Penyempitan saluran darah menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurang, menjadikan seseorang mudah letih dan cepat mengantuk walaupun tidak melakukan aktiviti berat.

5. Kaki Membengkak

Kekurangan oksigen ke kaki akibat saluran darah yang tersumbat boleh menyebabkan kaki membengkak, terutama jika pengaliran darah dari jantung ke kaki terganggu.

6. Biji Kolesterol di Sekitar Mata

Timbunan lemak di kelopak mata atau di bawah mata boleh menjadi tanda kolesterol tinggi, biasanya disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi dalam darah.

Cara Mencegah Kolesterol Tinggi


pemakanan sihat


Amalkan Pemakanan Sihat

Kurangkan makanan yang tinggi lemak tepu dan kolesterol seperti makanan bergoreng, daging berlemak, dan produk tenusu penuh lemak.

Bersenam Secara Berkala

Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berlari, atau berenang sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Hindari Rokok

Merokok boleh meningkatkan kolesterol jahat dalam badan dan merosakkan saluran darah.

Pantau Kadar Kolesterol

Lakukan pemeriksaan kolesterol secara berkala untuk memastikan kadar kolesterol dalam paras normal.

Kesimpulan

Kolesterol tinggi boleh menjejaskan kesihatan dan membawa kepada penyakit yang serius. Oleh itu, penting untuk kita mengenali tanda-tanda awal kolesterol tinggi dan mengambil langkah untuk mencegahnya. 

Amalkan gaya hidup sihat, kurangkan pengambilan makanan berlemak dan lakukan aktiviti fizikal secara konsisten. Jaga diri dan sayangi kesihatan korang tau!