Korang selalu stres? Selalunya kalau stres korang buat apa untuk meredakannya? Ternyata ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh dijadikan salah satu cara menangani stres dengan mudah.


stres

Mudah Terkena Stres


Seiring dengan perkembangan zaman, nampaknya semakin ramai orang mudah terkena stres atau tekanan.Tetapi, cara yang paling best untuk mengatasi stres/depresi adalah dengan menikmati makanan dan minuman segar.

Jadi, jangan teragak-agak untuk cuba menjamah atau menikmati beberapa makanan dan minuman yang disyorkan ini bagi mengurangkan dan menghilangkan stres yang dihadapi.Untuk yang hamil, awas ya!


Cara Mudah Tangani Stres


Berikut beberapa jenis makanan dan juga minuman yang boleh dijadikan cara menangani stres dengan mudah:


1. Segelas Susu


stres


Trytophan yang terdapat pada susu diubah oleh tubuh kita menjadi serotonin iaitu hormon yang dapat meningkatkan ketenteraman hati.

Di samping itu, susu juga kaya dengan mineral ini juga mampu menambah mood kita kerana dapat mengurangkan ketegangan otot dan menenangkan saraf.

Jika kita berasa stres atau despresi, cubalah minum segelas susu sambil beristirahat seketika. Pilihlah susu rendah lemak sekiranya kita takut gemuk!

2. Secawan Coklat Panas

Suhu badan yang panas suam merupakan satu tanda bahawa kita berada dalam keadaan yang selesa.

Minum secawan coklat panas dapat meningkatkan susu badan. Otak juga akan memberikan respons bahawa kita sedang relaks dan stres pun mula menghilang.


3. Blueberry


Buah ini boleh dijadikan ubat stres yang cukup berkesan kerana blueberry mengandungi antioksidan, flavonoid dan vitamin C untuk mengatasi stres.

Di samping itu, buah ini juga kaya dengan kandungan serat sehingga membantu menyeimbangkan tekanan darah di dalam badan.

Jika susah sangat untuk mendapatkan buah ini, boleh sahaja menggantikannya dengan buah strawberri.


4. Pisang


Buah pisang merupakan ubat stres yang cukup efektif. Ini adalah kerana pisang kaya dengan vitamin A,B dan C.

Manakala mineral yang terdapat dalam buah ini cukup bermanfaat untuk tubuh, terutama ketika kita sedang stres. Pisang juga mampu menormalkan denyutan jantung.








5. Kismis Dan Buah-Buahan Kering


Kismis, aprikot, kacang almond dan kacang hazelnut merupakan antara contoh makanan yang kaya dengan selenium, magnesium serta vitamin B yang mampu menjadi ubat stress.

Di samping itu, makanan tersbeut juga berkesan digunakan untuk merelakskan otot. Vitamin E dan B2 yang terdapat pada almond dapat melawan depresi dengan meningkatkan daya ketahanan badan. Begitu juga kismis yang kaya nutrisi dan serat.

6. Oatmeal

stres

Semangkuk oatmeal suam dari hasil gandum yang dinikmati sebagai sarapan pagi bukan sahaja memberikan kehangatan dan kelazatan. Bahkan dapat meredakan stres.

Makanan ini akan merasang peningkatan hormon serotonin yang membuatkan fikiran kita menjadi lebih tenang. Di samping itu juga makanan ini juga selamat dimakan kerana rendah kandungan gula.

Itulah 6 jenis makanan sihat yang boleh dijadikan penawar untuk meredakan stres atau depresi. Selain itu, jangan lupa minum air masak banyak-banyak ketika kita stress kerana ia juga boleh dijadikan penawar stres yang mujarab!

Selamat mencuba 6 Cara Menangani Stres dengan mudah ini. Semoga bermanfaat!