sudio nio review

Sebenarnya dah lama sis berangan nak ada earphone tanpa wayar secanggih produk Sudio ini. Rasa keterujaan itu semakin bertambah apabila berpeluang untuk memiliknya (Sudio Nio Review).

Sewaktu menerima bungkusan yang datang dari jauh Stockholm, Sweden hatipun dah rasa berbunga-bunga. Apatah lagi apabila membukanya. Reka bentuk pembungkusannya sangat menarik dan punya ‘kelas’ tersendiri.


sudio nio review

Mungkin ada di antara korang yang sememangnya peminat tegar produk Sudio, sebab nama brand nie dah kukuh dan cukup popular dalam mengeluarkan pelbagai jenis wireless dan speakers sejak dari tahun 2021 lagi. Ada macam-macam tau, antaranya Sudio Tolv, Sudio Ett, Sudio Elva, Sudio Fem dan Sudio Femtio. Sudio Nio merupakan produk wireless earphone terbaru yang dilancarkan pada 11 Januari lalu. 


sudio nio review

Sudio Nio adalah koleksi pertama sis.Mudah-mudahan lepas nie akan bertambah lagilah. Ye la sebab dah terjatuh hati, kan…. Sis pilih warna putih, tetapi Nio juga tersedia dalam warna hitam, hijau dan pasir. Putih suci murni gitew!! 

Sis tertarik dengan reka bentuknya yang ramping (nampak seksi gitewww hahaha),spesifikasinya yang menarik,tempoh penggunaannya yang mampu bertahan lama (tahan sehingga 20 jam), kalis air (ada perlindungan IPX4). So tak ada masalah kalau terkena percikan air hujan ataupun lelehan peluh sewaktu bersenam serta dalam keadaan cuaca yang panas. Tahulah kan Malaysia, cuaca tak menentu. Ada masanya, nampak macam nak hujan tapi panas terik! Dah pastilah, kita jadi cepat berpeluh. Sikit sebanyak ‘beruwap’ juga kat telinga! 

 
sudio nio review

Sudio Nio juga menggunakan teknologi dwi mikrofon adaptif. Ianya sangat membantu, apatah lagi untuk sis yang lebih banyak menghabiskan waktu di rumah.Maklumlah sis work from home dan ada masanya banyak membuat/menerima panggilan telefon.

Sudio Nio yang mempunyai teknolgi dwi mikrofon adaptif ini mampu menyaring kebisingan ‘suara-suara sumbang’ kat belakang yang kita tak nak dengar sewaktu membuat/menerima panggilan.
Bermakna bila sis ‘on call’, haru biru dalam rumah nie, tak adalah membuatkan darah sis naik akibat panggilan sis tu terganggu. Hahaha.. hahha..


sudio nio review
Kini Sudio Nio menjadi peneman setia sis di mana sahaja

Sound-nya pun very smooth la…untuk pendengaran santai, untuk aktiviti fitness dan melayan muzik, memang best. Tahan sehingga lebih 20 jam lamanya tau. Sis pun tak yah nak risau atau stress baterinya akan habis ketika sis tengok movie ataupun melayan muzik, terutamanya pada sebelah malam semasa sis menyelesaikan tugasan kerja.

Selain mempunyai easy pairing, touch panel Sudio Nio juga lebih mudah. Jadi senanglah sis mengawalnya sama ada, nak kuatkan volume, perlahan volume, memainkannya atau mengulangi balik lagu kegemaran sis tu.



Touch Panel Sudio Nio Sangat Simple Dan Senang Nak Ingat!

 Untuk Muzik:-

· Play/Pause - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan)

· Undo - Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kiri)

· Next - Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kanan)

· Kuatkan Volume - Sentuh Tiga kali (earphone sebelah kanan)

· Perlahankan Volume - Sentuh Tiga Kali (earphone sebelah kiri)



Untuk Panggilan

· Jawap Panggilan - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/ kanan)

· Tolak Panggilan - Sentuh Tiga Saat (earphone sebelah kanan/kiri)

· Jawab Panggilan - 
Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan)


sudio nio review


Lagi satu yang buat sis suka wireless earphone Sudio Nio nie ialah wingtip, ada 4 dengan saiz yang berbeza untuk disesuaikan. So, korang boleh cuba dan pilih mana yang sesuai serta selesai dikenakan di telinga. Sebenarnya sebelum ini sis memang tak tahan pakai earphone, sebab rasa tak selesa sangat. Kebas telinga! Hahaha...

Tapi, setelah mencuba wireless earphone Sudio Nio untuk tempoh yang agak lama, serius rasa ok sangat. Reka bentuk wingtip tu sangat membantu. Mungkin dua lubang udara tu turut membantu mengurangkan tekanan telinga.

Bagi sis, yang dah menggunakan Sudio Nio dekat sebulan ini, memang merasakan Sudio Nio sangat selesa apabila dikenakan di telinga. Di samping itu, tak mudah tercabut atau terlucut dari telinga.


sudio nio review

Miliki Sudio Nio Sekarang Dengan Harga Diskaun!

Ada berita baik yang sis nak share nie. Andaikata korang nak dapatkan Sudio Nio atau semua produk Sudio yang lain, sis ada kod diskaun eksklusif sebanyak 15% yang boleh korang gunakan gunakannya.

Harga asal untuk Sudio Nio adalah RM359, dan setelah menggunakan KOD DISKAUN  sis iaitu ANIENIO korang boleh mendapatkannya dengan harga RM306 sahaja semasa pembelian di website Sudio.

sudio nio review
 Kalau korang beli sekarang sehingga 21 Mac, 2021 ini, korang akan mendapat
 
1x Sudio Earbuds Care Kit secara PERCUMA


Sekiranya korang beli Sudio Nio, bermula 15 Feb sehingga 21 Mac, 2021 ini, korang akan mendapat 1x Sudio Earbuds Care Kit secara PERCUMA. Lagi satu, penghantaran pun PERCUMA (worldwide) dan korang juga akan mendapat tiga tahun waranti antarabangsa apabila mendaftar di Sudio SPHERE selepas pembelian.

Check them out here!

So, jangan lepaskan peluang terbaik untuk memiliki earphone tanpa wayar secanggih Sudio Nio ini. Jangan lupa juga gunakan kod diskaun sis tu kalau nak korang nak beli apa jer produk Sudio. Dapatlah murah sikit, siapa nak bagi, kan...

sudio nio review
 Luv sangat dengan Sudio Nio nie. Berbaloi siapa memilikinya.

Okay, sekian dulu catatan sis. Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed