Udang Galah

Kalau korang memang peminat Udang Galah, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan masakan D'Empangan Udang Galah, yang terletak di Presint 5, Putrajaya ini.

udang galah
Makan sambil tengok view cantik, memang best!

Bagi yang dah try segala menu yang terdapat D’Empangan Udang Galah, salah satu lokasi makan popular di Putrajaya ini pasti gembira kerana restoran ini kembali merancakkan operasinya selepas sekian lama sepi ekoran terjejas pandemik Covid-19.

udang galah
Pemilik Premis, D'Empangan Udang Galah, Datin Zurinah Mohd mahu menjadikan restorannya
sebagai pusat komersial udang galah di Putrajaya.

Menurut pemilik premis, Datin Zurinah Mohd, kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada pengusaha restoran turut memberikannya semangat baharu untuk menghangatkan semula lokasi berkenaan, sekali gus membantu peniaga-peniaga gerai di situ menjana kembali pendapatan yang terjejas.

“Impian saya untuk menjadikan D’Empangan Udang Galah sebagai pusat komersil udang galah. Dalam Putrajaya ini, hanya kita sahaja yang menawarkan makanan berasaskan udang galah.

“Jadi selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) banyak perniagaan yang terjejas, sebagai pemilik premis menjadi tanggung jawab saya menaikkan D’Empangan Udang Galah semula. Membawa objektif yang lebih besar, kami mahu menjadikan D’Empagan Udang Galah, sebagai salah satu tarikan pelancongan di Putrajaya,” beritahunya di Majlis Makan Malam Bersama Media baru-baru ini.

udang galah
Tiga menu utama berasaskan udang galah yang cukup lazat.
Nasi Goreng Udang Galah, Mee Kari Udang Galah dan Udang Galah 3 Rasa (dari kiri)

Sis yang turut serta di majlis makan malam tersebut turut berasa teruja untuk mencuba pelbagai menu yang disajikan terutama menu utamanya yang berasaskan Udang Galah itu. Ada Mee Kari Udang Galah, Nasi Goreng Udang Galah dan Udang Galah 3 Rasa. Ketiga-tiganya cukup enak, Udang Galahnya pun rasa fresh dan tak hanyir.

udang galah
Selain menu udang galah, ada macam-macam lagi menu lain yang disediakan.
Pilih jer nak makan apa, lebih sembilan 9 gerai ok!

Selain menyediakan aneka hidangan berasaskan Udang Galah, D’Empangan Udang Galah, para pengunjung juga berpeluang menikmati hidangan lazat yang lain. D’Empangan Udang Galah juga menyediakan hampir sembilan buah gerai kecil ala kiosk yang menjual pelbagai menu menarik.

udang galah
Kalau nak datang sebelah siang, jam 11 pagi, waktu operasinya ya!

Korang boleh cuba menu-menu lazat seperti Char Kue Tiaw, Yong Tau Foo, Roti John, Nasi Arab, Nasi Lemak Pandan, Nasi Dagang serta gorengan seperti pisang, ubi, baby crab atau colek ala rojak.

Masakan lain seperti Ikan Siakap 3 Rasa, Sotong Goreng Tepung, Satay, Burger dan Masakan Barat pun ada tau. Kalau korang sukakan menu-menu yang manis, gerai manisan dan ais krim Sangkaya juga ada disediakan di situ dengan pilihan perisa menarik dan mengasyikan tekak.

udang galah
Nak makan-makan sambil tengok artis buat persembahan, datang belah malam, hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Boleh layan Isma AF dan Hail Amir buat bersembahan.


Menjamu Selera Sambil Cuci Mata & Berhibur

Disamping menikmati menu-menu yang lazat di D’Empangan Udang Galah, mata sis juga tak lepas daripada menyaksikan panorama indah di Tasik Putrajaya. Tambahan pula, sis datang nie time malam. Memang cantik sangat view-nya.

Macam manalah tak terpersona, bandar berkeluasan 4,931 hektar ini menjanjikan satu pengalaman yang berbeza, dengan infrastruktur yang sistematik, dilatari bangunan yang unik mempersona lagi indah, dikelilingi kehijauan taman dan kebiruan tasik membentuk mercu tanda kebanggaan Malaysia.

Selain tu, ada beberapa lokasi lain yang menjadi tarikan pelancong seperti Istana Kehakiman, Kompleks Pejabat Perdana Menteri, Masjid Besi, Monument Millenium, Masjid Putra, Morrocan Pavilion dan Taman Botani, Putrajaya juga dikenali sebagai “lubuk” udang galah.

udang galah
Satay pun ada tau! Tu yang buat sis sukeeeeeee!!!

Bagi yang lalu-lalu atau jenjalan di Putrajaya, rugilah kalau tak singgah ke D’Empangan Udang Galah. Korang kena cuba dan rasakan keenakan serta kenikmatan menu-menu yang ada di stu.

Oh ya, lagi satu, D’Empangan Udang Galah juga satu-satunya lokasi di Putrajaya yang berkonsepkan makan sambil berhibur. Di mana pengunjung atau korang yang datang akan dihiburkan dengan persembahan hiburan dari artis residen tetap antaranya Hail Amir, Razis Ismail, Shidee Isma AF dan Azmi The Bubbles.

Pada malam tersebut, sis berpeluanglah menyaksikan persembahan mantap daripada penyanyi popular era 80an, Hail Amir dan Shidee. Perghh! Masih power suara dorang nie. Pada malam tu juga, Isma AF dan Azmi The Bubbles turut membuat persembahan. Manakala bintang Vokal Mania, Alif Kadim turut diundang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.


Pelbagai Pakej Istimewa

Kebetulan tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. D'Empangan Udang Galah juga bersedia untuk menyambutnya dengan pelbagai pakej istimewa.

Restoran D'Empangan Udang Galah juga adalah lokasi yang sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, majlis makan malam, ulang tahun perkahwinan, pelancaran produk dan sebagainya.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang D'Empangan Udang Galah, bolehlah hubungi Encik Zul di 012-2704304 ya.

udang galah
Selesa! Nak parking kereta pun senang.
 Sesuai kalau nak bawa keluarga, sanak-saudara dan juga kawan-kawan menjamu selera di sini.

udang galah
Anak dara sis, Dea Marissa dan anak dara sis Kolin Zainal pun enjoy 'makan-makan'.
Dua tiga kali berulang ambik ice cream! 

Kena Datang Lagi!

Nampaknya kena repeat lagilah nie. Bukan apa, selain rasa puas menikmati makanan yang sedap, menyaksikan panorama alam yang indah di Putrajaya, layan halwa telinga dengan persembahan artis, tempatnya pun selesa. Begitu juga dengan parking. Luas dan banyak, so tak de masalahlah.

Bagi yang nak datang, Restoran D'Empangan Udang Galah di buka pada setiap hari, dari jam 11 pagi hingga 11:30 malam.Cuma, kalau korang nak layan persembahan artis, kenalah datang pada belah malam, pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad okay.Lain-lain hari, tak ada tau.

udang galah
Menyelerakan! Nasi Goreng Udang Galah. Wajib cuba!!

Lagi satu, bercakap tentang harga masakan Udang Galah, sis yakin tentu korang nak tahu jugak kan… Harganya sangat berpatutan dan bergantung pada harga pasaran.

udang galah
Sis bersama teman-teman blogger tak lepaskan peluang bergambar dengan Datin Zurinah ( 5 dari kiri).
Terima kasih atas undangan.

Sebelum sis akhiri catatan nie, sis nak ucapkan terima kasih di atas jemputan serta selamat maju jaya buat pemilik premis D’Empangan Udang Galah, Datin Zurinah Mohd yang begitu cekal dan penuh semangat. Insya-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi.


P/S: Aduh, terliur-liur pula Nasi Goreng Udang Galah, Mee Kari Udang Galah dan Udang Galah 3 Rasa tu! Haaahahhaaa…. Confirm, kena repeat balik ni!

Jumpa lagi,

Lurve,
Sis Anie Mohamed