sembelit

Bulan-bulan puasa nie tentu ramai yang mengalami masalah sembelit kan… Untuk mengatasi sembelit sepanjang bulan Ramadhan ini kita perlu menitikberatkan soal pemakanan.

Sebaiknya kita tidak makan atau mengambil minuman yang tidak bagus untuk perut. Setelah seharian berpuasa, beberapa waktu diperlukan untuk mengembalikan sistem pengahdaman dalam badan kita.

Sekiranya kita mengalami sembelit atau sukar membuang air besar, berikut beberapa langkah atau cara yang boleh dipraktik supaya masalah tersebut dapat diatasi.

sembelit

LANGKAH YANG PERLU DIBUAT BAGI MENGATASI SEMBELIT:

sembelit

1. Pastikan Keperluan Cairan Dalam Badan Mencukupi

Biasakan diri kita minum air secukupnya ketika berbuka puaa, sebelum tidur dan pada masa bersahur.
Minum air masak sangat penting untuk membantu melancarkan sistem penghadaman kita.

Selain dapat menghindari kita daripada dehidrasi ketika berpuasa, cairan tersebut berfungsi sebagai pelarut yang menghapuskan toksin dalam badan kita.

sembelit

2. Elakkan Menu Yang Pedas Atau Tajam


Kalau tanya sis, bab nie lah yang paling susah untuk sis hindari. Sebabnya inilah menu berbuka dan bersahur yang mampu menggoda selera kita. Misalnya, seperti makanan yang bersantan, berempah dan juga pedas.

Di samping itu, kita kena elakkan juga mengambil minuman berkafien seperti kopi ketika berbuka puasa. Jika terus berdegil, silap haribulan masalah sembelit yang kita alami jadi semakin parah. Mujurlah juga sis bukanlah terlalu ‘hantu kopi’!

sembelit

3. Makan Yogurt

Yogurt dikatakan mampu mengatasi masalah sembelit dengan efektif. Jadi, jangan lupa menikmati yogurt ketika berbuka puasa dan rasakan khasiatnya setelah kita menikmatinya.


sembelit

4. Makanan Berserat Tinggi

Selalunya ketika berbuka puasa, menu gorengan sering menjadi pilihan kita. Sekarang ni, jika kita sedang mengalami sembelit atau sukar membuang air besar, sebaiknya kurangkan pengambilan makan bergoreng.

Sebaliknya pilihlah makanan yang mengandungi serat seperti buah-buahan, sayur-saryuran dan roti gandum. Buah-buahan seperti epal, pisang, markisa dan avokado yang kaya dengan serat sebaiknya dimasukkan dalam menu bersaharu kita.

Selain membantu mencegah dehidrasi, ia juga mampu melancarkan sistem penghadaman ketika berpuasa.

Sayur-sayuran seperti kacang buncis, kacang peas boleh membantu mencegah sembelit yang kita alami sepanjang bulan puasa ini.

Selain itu, daun mint yang segar bagus untuk penghadaman. Tambahkan ke dalam minuman dan ia akan membantu masalah sembelit yang kita hadapi.

sembelit

5. Khasiat Kurma

Jangan lupa masukkan kurma dalam menu wajib sepanjang bulan puasa ini. Kurma mengandungi sumber serat, karbohidrat, kalium, kalium, magnesium dan gula semulajadi.

Menikmati kurma di bulan puasa ini dapat membantu kita mengawal kadar gula dalam darah serta mencegah sembelit.

Buah kurma paling disarankan sebagai menu utama atau pencuci mulut ketika bersahur dan berbuka puasa. Di dalam buah kurma terdapat kandungan gula iaitu glukosa dan fruktosa tinggi yang baik untuk memberikan energi pada tubuh seperti ke sel-sel otak, saraf, darah merah dan tulang belakang.


sembelit

6. Makan Puding Atau Agar-Agar 

Menikamti puding atau agar-agar dikatakan dapat mengatasi sembelit ataupun susah membuang air besar.Ini adalah kerana agar-agar diperbuat dari rumput laut dan mengandungi serat yang tinggi.

Pengambilan puding atau agar-agar ketika berbuka puasa dapat membantu mengaktifkan kembali fungsi sistem penghadaman kita yang telah berehat selama lebih kurang 14 jam itu.


sembelit

7.  Bersenam

Bersenam merupakan salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi sembelit, selain dari menjaga cara pemakanan dan pengambilan minuman kita.

Kita boleh melakukan gerakan senaman ringan bagi melancarkan sistem penghadaman dalam badan kita. Bersenam mampu membakar lemak dan kalori sehingga berupaya mencegah sembelit yang menganggu.Cuma lakukan senaman sebelum kita makan ‘berat-berat’ kerana boleh menghindari gas berlebihan yang boleh menyebabkan sembelit.

Itulah beberapa cara mengatasi sembelit yang boleh dipraktik. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Selamat berpuasa semua. Jumpa lagi.

Lurve,

Sis Anie Mohamed



Kredit Foto: Google