ORYN Skincare

Masih mencari-cari skincare yang sesuai untuk kulit wajah korang yang agak kering atau berjerawat?Korang boleh try, ORYN Skincare, brand local yang menawarkan produk berformulasi vitamin C.

Formulasi yang ringan, mudah diserap ke dalam kulit mampu meningkatkan keserian wajah serta memperbaiki tekstur kulit muka dengan baik, lebih-lebih lagi apabila digunakan secara konsisten.
Sudah sebulan sis menggunakan produk ORYN Skincare, hasilnya ok dan tidak menghampakan. Maybe, ia serasi dengan kulit sis.Sis memang suka dengan skincare yang ada vitamin C nie.

Rasanya korang pun tahu kan ada banyak manfaat vitamin C untuk kulit muka. Antaranya berupaya merawat kulit dari kerosakan sinaran matahari, mencerahkan kulit muka dan membantu melawan penuaan.
ORYN Skincare
Ada tiga produk ORYN Skincare yang boleh korang cuba atau pilih untuk mendapatkan kulit muka yang lebih sihat, mulus dan juga glowing.



ORYN HydraBright Gentle Cleanser

ORYN HydraBright Gentle Cleanser diformulasikan untuk membantu membersihkan, menghidrat dan mencerahkan kulit muka. Selain memiliki formula Mild-Foam, ORYN HydraBright Gentle Cleanser turut mengandungi Hyaluronic Acid + Panthenol, Niacinamide, Pentavitin dan Madu.

Setelah menggunakan ORYN HydraBright Gentle Cleanser,korang akan dapat rasakan kulit muka kurang berminyak. Sebaliknya kulit muka akan terasa lebih segar, lembut dan tidak kering.

Cara Penggunaan:

● Basahkan muka, kemudian sapukan 1-2 pam ORYN HydraBright Gentle Cleanser ke kulit, urut dengan lembut ke kulit dalam gerakan bulat. Setelah itu bilas dengan air suam.

Untuk mendapat kanhasil terbaik, korang disarankan menggunakan ORYN HydraBright Moisturizer setelah mencuci muka dengan ORYN HydraBright Gentle Cleanser. Ia akan berikan penghidratan yang lebih kuat pada kulit muka dengan serta-merta.

ORYN Skincare

Pelembap ORYN HydraBright

Memakai pelembab muka secara rutin sangat penting. Tak kiralah kulit muka korang jenis apa.Lagi berusia, lagilah kita kena titik beratkan penggunaan pelembab muka nie. Kalau tak pakai, kulit muka kita akan jadi lebih cepat berkedut atau ‘berkerepot’. Hahhaaaa….

Bagi sis, pelembab muka nie macam ‘skin barrier’ yang menjadi pelindung kulit daripada sebarang masalah kulit.Lagipun kalau tak pakai pelembab muka, kulit akan jadi kering. Apabila kering kulit yang terhidrasi akan memunculkan garis-garis kedutan di muka.

Pelembap ORYN HydraBright dengan formulasi bahan pelbagai tindakan baru ini dapat membantu mencerahkan kulit dan memberikan kelembapan, terutama yang memiliki kulit kering. Perpaduan kandungan bahan Multi-Action Vitamin C, Glutathione + Alpha-Abutine, Natural Phyto yang terderdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan seperti Centella Asiatica Extract,Ekstrak Aloe Vera dan Chamomile sangat membantu mengurangkan kegatalan pada kulit sensitif, mengurangkan kegatalan dan juga membantu mempercepat pembaharuan sel.

Manakala kandungan Asid hyaluronik + pentavitin dapat membantu melembapkan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan dan mengurangkan penampilan pori-pori pada kulit.

Begitu juga dengan Niacinamide, sejenis Vitamin B3 yang membantu mencegah kerosakan UV pada kulit seperti pigmentasi. Secara tak langsung ia turut membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan meminimumkan penampilan pori-pori pada kulit.

Yang bestnya, pelembap ORYN HydraBright ini bertekstur ringan, tidak berminyak dan memberikan penghidratan yang kuat. Ia dapat memperbaiki penampilan kulit kering yang ‘flaky’ dan kasar. Kulit wajah akan kelihatan lebih sihat dan nampak ‘fresh’ 

ORYN Skincare


ORYN HydraBright Clear Gel (untuk Jerawat, Whitehead & Blackhead)
Korang yang memiliki kulit muka berjerawat, sis sarankan korang cuba ORYN HydraBright Clear Gel ini.

Gel jernih dan ringan yang mengandungi vitamin C ini mampu mengekalkan tahap pH yang mesra dengan kulit sangat membantu mengurangkan cela dan juga jerawat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, elok korang gunakan ORYN HydraBright Gentle Cleanser sebelum mengguakan ORYN HydraBright Clear Gel ini ya.

Selepas menggunakannya, korang akan lihat keberkesanannya apabila warna kemerahan akan nampak pudar dan jerawat juga semakin kurang kelihatan. ORYN HydraBright Clear Gel bertindak pantas untuk memberikan hasil kulit yang sempurna dan berseri. Ternyata kandungan utamanya seperti Vitamin C, Aloe Vera, Ekstrak Zink,Salicylic Acid dan Niacinamide berindak sebagai antibakteria untuk merawat kulit berjerawat, menyamarkan kesan-kesan jerawat, membunuh bakteria, mengangkat sel-sel kulit mati dan mengurangkan inflamasi.

Cara Penggunaan:

Bersihkan muka dan keringkan. Lepas tu titiskan sedikit ORYN ORYN HydraBright Clear Gel di hujung jari dan sapukan pada jerawat atau kawasan bintik gelap.Sapukan sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari atau seperti yang disarankan oleh doktor.

Untuk hasil terbaik, sebelum menggunakanORYN HydraBright Clear Gel, bersihkan terlebih dahulu muka dengan ORYN HydraBright Gentle Cleanser. Selepas tu, korang sapu ORYN HydraBright Moisturizer terlebih dahulu ya. Lepas tu barulah korang sapu pula dengan ORYN HydraBright Clear Gel.

ORYN Skincare

Itulah pelbagai kebaikan yang ditawarkan ORYN Skincare. Penggunaan secara rutin atau berterusan akan mengembalikan keserian wajah korang yang selama ini mungkin nampak kusam seakan tidak bermaya.

Sekian dulu catatan sis kali ini. Sampai jumpa lagi. Take care n stay at home ya!

Lurve,
Sis Anie Mohamed