Pelembab Bibir | Korang selalu tak mengalami masalah bibir dan mudah mengelupas? Penggunaan lip balm memang boleh membantu, tapi kadang-kadang tak kekal lama dan bibir kembali menjadi kering dan menggelupas. So, apakata korang cuba pelembab bibir semulajadi ini.


pelembab bibir


Pelembab Bibir Semulajadi

Berikut beberapa bahan semulajadi yang mampu mengatasi masalah bibir kering dan pecah-pecah yang si rangkum dari pelbagai sumber. Tak susah manapun , dan korang pun boleh buat sendiri kat rumah.

Jika ingin memilih pelembab bibir, pilihlah pelembab yang menggunakan bahan-bahan seperti berikut: 


pelembab bibir


1. Madu

Merupakan pelembab terbaik untuk bibir kering. Kandungan antioksidan dan bersifat anti bakteria mampu mencegah bibir menjadi lebih kering ataupun pecah-pecah.

Sapukan madu secara rutin setiap hari. Di samping itu, madu juga membantu proses pengelupasan sel kulit mati secara lembut dan semulajadi. Kalau sis, sis akan campurkan madu dengan petroleu jelly. Bibir akan terasa lebih lembut dan secara tak langsung memberikan nutrisi pada bibir. Gitewww....

2. Minyak Zaitun

Berfungsi sebagai pelembab bibir untuk mengatasi bibir kering, bibir pecah-pecah dan menghitam. Kandungan dalam minyak zaitun juga sangat efektif untuk memerahkan bibir secara semulajadi dan tanpa efek sampingan.

4. Minyak Kelapa

Minyak kelapa mampu mnengurangkan peradangan dan mengandungi emolien yang boleh menenangkan sserta melembutkan kulit.

Sapukan minyak kelapa di bibir dan biarkan seketika. Sangat efektif terutama ketika korang mengalami bibir pecah-pecah dan kering akibat cuaca sejuk. Sapukan minyak kelapa kat bibir, 2 atau 3 kali sehari, termasuk sebelum tidur.

5. Lidah Buaya

Cara mengatasi masalah bibir kering secara semulajadi dengan menggunakan lidah buaya elok korang cuba.Lidah buaya bagus untuk mengatasi bibir pecah-pecah kerana sifatnya yang menyejukkan dan menyegarkan kulit.

Selain menyembuhkan kesan luka dan terbakar, lidah buaya juga membantu melembabkan bibir untuk mencegah kerosakan bibir. Sapukan gel lidah buaya secara rutin dan elok dilakukan sebelum tidur.

6. Mentega

Pelembab bibir semulajadi yang paling mudah untuk digunakan. Korang hanya perlu sapukan mentega pada bibir dengan rata,lakukan secara rutin sehingga masalah bibir pecah dan kering itu sembuh.

Biasanya sis akan buat time aktiviti memasak berlangsung. hahhaa... sis akan sapukan sedikit mentega kat bibir dan biarkan jer.


Baca Juga:

Sakit Tengkuk Tidur Salah Bantal
8 Cara Mudah Memilih Ikan Segar


CUBA TIPS INI!

Lakukan Eksfoliasi Bibir





Angkat sel kulit mati di bibir! Ini adalah kerana kulit bibir akan mengalami pengelupasan supaya menjadi lebih lembut dan sihat. Pengelupasan kulit bibir akan membuang sel-sel kulit mati di bahagian lapisan atas bibir dan menggantikannya dengan baru.




Gula pasir boleh digunakan sebagai skrub bibir bagi menghilangkan sel kulit mati dan kering.
* Campurkan sedikit gula dan minyak zaitun ke dalam mangkuk, gaul sebati.
* Kemudian gosoklah permukaan bibir dengan gerakan melingkar kecil.
* Cara ini juga dapat mengatasi masalah bibir kering dan pecah-pecah.

Selamat mencuba pelembab bibir semulajadi nih ya.Moga bibir korang terus cantik dan pink secara semulajadi.