Tahan Kencing | Adakalanya disebabkan terlalu sibuk atau malas kita jadi tidak peduli dengan perkara-perkara kecil seperti membuang air kecil. Padahal kita mungkin tahu, bahaya tahan kencing!



tahan kencing


Tahan Kencing Boleh Datangkan Bahaya


Sekali dua menahan kencing masih normal, tetapi kalau dah selalu sangat dan berterusan, memang tak bagus sebab bahaya tahan kencing ini. Boleh kena penyakit tau.

Lagipun air kencing atau urin kita mengandungi bakteria. Jika ditahan-tahan, sudah pasti tidak bagus untuk kesihatan buah pinggang kita.Orang yang suka menahan kencing akan mengalami masalah pundi kencing dan kejap-kejap rasa seperti nak kencing biarpun air kencing yang keluar adalah sedikit.

Ia berpunca kerana kita suka menahan kencing. Akibatnya pundi radang serta rasa nak kencing itu akan menjadi lebih cepat. Ia menyakitkan jika kita tidak kencing.








Lemah Kawalan Pundi Kencing


Lemah Kawalan Pundi Kencing adalah istilah dalam bahasa Melayu yang merujuk kepada masalah inkontinensia urinari atau gangguan kawalan pundi kencing. Ini bermaksud seseorang menghadapi kesulitan untuk mengawal atau menahan kencing, yang boleh menyebabkan kebocoran urine secara tidak terkawal.



Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, termasuklah:


Kelemahan Otot Pundi Kencing: Otot-otot di sekitar pundi kencing memainkan peranan penting dalam mengawal aliran urin. Kelemahan pada otot-otot ini boleh menyebabkan ketidakupayaan untuk menahan kencing.



Kegagalan Saluran Saraf: Gangguan pada sistem saraf yang mengawal pundi kencing boleh menyebabkan gangguan kawalan kencing. Ini mungkin berpunca daripada masalah seperti cedera tulang belakang, penyakit saraf, atau penyakit tertentu seperti diabetes.



Faktor Usia: Kelemahan semulajadi otot dan tisu penyokong semasa penuaan boleh menyumbang kepada masalah kawalan pundi kencing.



Pembedahan: Pembedahan pada pundi kencing atau organ-organ bersebelahan seperti prostat boleh merosakkan saraf atau struktur yang berkaitan dengan kawalan pundi kencing.



Penyakit Kronik: Penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit Parkinson juga boleh mempengaruhi kawalan pundi kencing.



Kegemukan: Kelebihan berat badan boleh memberi tekanan kepada pundi kencing dan otot-otot yang berkaitan dengannya.



Faktor Ginekologi: Pada wanita, kehamilan, bersalin, dan penurunan tahap estrogen semasa menopaus boleh mempengaruhi kawalan pundi kencing.



Amalan Kencing yang Tidak Sihat: Amalan kencing yang tidak sihat seperti kerap menahan kencing atau selalu memaksa untuk kencing, juga boleh menyebabkan masalah kawalan pundi kencing.


Tips Tambahan Untuk Bantu Masalah Ini


Tahan kencing atau masalah kencing kerap adalah isu yang boleh mempengaruhi keselesaan dan kesihatan anda. Berikut adalah beberapa tips tambahan untuk membantu anda menguruskan masalah ini:

Amalkan Kehidupan Sihat:

Pastikan anda menjalani gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang, senaman secara berkala, dan mengawal berat badan. Ini boleh membantu mengurangkan risiko masalah berkaitan kencing.


Minum Air Secukupnya:

Amalkan minum air secukupnya sepanjang hari. Pengambilan air yang mencukupi membantu menjaga fungsi sistem kencing dan mengelakkan kekeringan.


Elakkan Pengambilan Kafein dan Alkohol:

Kafein dan alkohol boleh bertindak sebagai diuretik, yang meningkatkan pengeluaran air kencing. Mengurangkan pengambilan bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan kekerapan kencing.


Bersenam

Amalkan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot panggul. Otot panggul yang kuat dapat membantu mengawal kencing dan mengurangkan risiko kencing tak terkawal.


Hindari Makanan Pedas dan Berasid:

Makanan pedas dan berasid boleh merenggangkan kandung kemih dan menyebabkan iritasi. Elakkan pengambilan makanan yang boleh memburukkan simptom kencing kerap.


Kurangkan Gula dan Pengambilan Garam Berlebihan:


Gula berlebihan dalam diet boleh menyebabkan risiko kencing kerap. Pengambilan garam berlebihan pula boleh menyebabkan kembung dan tekanan dalam saluran kencing.


Urut Pernafasan Mendalam:

Amalkan teknik urut pernafasan mendalam atau teknik relaksasi untuk mengurangkan tekanan dan kegelisahan yang boleh mempengaruhi frekuensi kencing.


Pantau Kandungan Makanan dan Minuman:


Jika terdapat makanan atau minuman tertentu yang menyebabkan masalah kencing, cuba elakkan atau kurangkan pengambilan mereka. Setiap individu mungkin mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap makanan tertentu.


Rundingan dengan Pakar Kesihatan:

Jika masalah kencing kerap berlarutan atau teruk, rundingkan dengan doktor atau pakar kesihatan. Mereka boleh memberikan nasihat dan penyelesaian yang lebih terperinci berdasarkan situasi dan keperluan korang.


Bahaya Tahan Kencing 


Batu Karang

Jangan main-main ok, disebabkan tabiat kita yang suka menahan kencing, kita boleh terkena penyakit batu karang. Batu karang terbentuk akibat dari pengumpulan urin yang ada di dalam buah pinggang. Lama kelamaan urin ini jadi bergumpal sehingga mengeras dan akhirnya menjadi batu.


Satu-satunya cara untuk memecahkan batu atau menghapuskannya adalah dengan melakukan pembedahan bagi membuang batu karang tersebut.






Sakit Pinggang

Kalau menahan kencing, rasa sakit di bahagian pinggang akan mula terasa. Jadi janganlah suka menahannya kerana bahaya tahan kencing ini boleh membuatkan kita sakit pinggang. Membuang air kecil sangat elok kerana ia akan membuang segala racun yang ada di dalam badan kita.






Masalah Buah Pinggang

Dengan membuang air kencing, bermakna kita memperlancarkan badan untuk mengalami pelbagai penyakit yang melibatkan organ penghadaman.

Infeksi pada buah pinggang disebabkan pengumpulan air kencing yang sepatutnya dikeluar pada bahagian buah pinggang. Disebabkan terganggu, lama kelama-lamaan buah pinggang akan mengalami kerosakan akibat terlalu lama menampung air kencing.

Apabila buah pinggang rosak atau tidak berfungsi, ia tidak lagi mampu untuk menyaring dan membuang segala kotoran sisa-sisa penghadaman.


Baca Juga: 5 Penyebab Kenapa Kaki Kebas






Menganggu Proses Penghadaman

Jika kita selalu menahan kencing, yang terganggu bukan hanya buah pinggang, tetapi juga sistem penghadaman kita.


Apatah lagi jika kita menahannya dalam tempoh atau jangka masa yang lama secara automatik ia akan menganggu proses penghadaman kita.

Air kencing perlu dikeluarkan, jika tidak bahaya tahan kencing akan meninggalkan kesan buruk ketika proses membuang air kencing yang seterusnya.


tahan kencing



Infeksi Pundi Kencing

Air kencing atau urin merupakan sisa-sia penghadaman yang mempunyai banyak bakteria dan kotoran yang tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Dengan menggumpulkannya (disebabkan menahan kencing) ia akan menimbulkan ifeksi pada bahagian saluran kencing. Infeksi atau jangkitan ini disebabkan oleh bakteria-bakteria yang melekat pada bahagian saluran kencing.

Infeksi pundi kencing ini dapat dirasakan ketika munculnya rasa ngilu atau sakit pada perut bahagian bawah, muncul rasa perit atau ngilu ketika membuang air kecil, kerap kencing dengan jumlah yang sedikit dan adakalnya disertai dengan pendarahan ketika membuang air kencing.


Baca Juga: Cara Mengatasi Sakit Kepala Berdenyut

Itulah beberapa bahaya tahan kencing yang perlu kita ketahui dan wajib diberikan perhatian sebelum keadaan menjadi bertambah buruk. Semoga bermanfaat.