www.aniemohamed.blogspot.com

Lama giler rasanya tak menjejakkan kaki ke Aquaria KLCC ini. Kesempatan mengunjunginya di penghujung tahun 2019 tetap menjadi satu kenangan manis.


www.aniemohamed.blogspot.com


Apatah lagi, berpeluang membawa kesayangan sekali. Itulah kali pertama Dea Marissa melawat Aquaria KLCC. Betapa terujanya anak kecil ini melihat pelbagai spesis ikan dengan mata kepalanya sendiri. Sis pun tumpang sekakilah keterujaannya itu.


www.aniemohamed.blogspot.com


So, nie kira 'throwback' punya ceritalah. Saja nak mengimbas balik kenangan (padahal hati berkobar-kobar nak p lagi) Hahahaha... Saje buat taktik! Huhuu..huu.. kot-kot dapat pergi lagi!


Aquaria Kembali Dibuka
Aquaria KLCC sudah dibuka semula untuk semua pengunjung pada 1 Oktober lalu. Confirm la ramai yang tak lepaskan peluang untuk membawa anak-anak untuk melihat hidupan akuatik.Nak best, pergi weekdays. Tak perlu nak bersesak-sesak sikit.

Tapi pastikan korang dah mendapat vaksin sepenuhnya tau. Kanak-kanak yang dibawah 17 tahun (walaupun belum divaksin atau belum diberikan vaksin sepenuhnya) boleh jer masuk, asalkan selaku mak bapak, korang dah menerima sepenuh vaksin.

www.aniemohamed.blogspot.com

Harga Tiket Masuk Seperti Berikut:

Dewasa -RM 49

Kanak-kanak (3-12 Tahun) -RM39

Warga Emas- RM39

Orang Kelainan Upaya – RM16

· Korang boleh jer beli website depa. Tak pun beli terus jer kat kaunter Aquaria KLCC.

· Dibuka jam 10 pagi sehingga 7 malam.


Teruja Tengok Jerung

Terus-terang sis katakan, time tu sis anak beranak rasa teruja sangat bila tengok ikan jerung kat depan mata. Ada yang besar, ada yang masih kecil. Boleh tengok ikan jerung nie melintas kiri, kanan dan atas kepala kita di underwater tunnel (sepanjang 90 meter)

www.aniemohamed.blogspot.com
Dea Marissa seronok dapat tengok ikan dalam terowong tu

Di samping itu, ada banyak juga akuarium yang menempatkan pelbagai spesis ikan yang mungkin selama ini tak pernah kita tahu dan tengok. Ikan pirana dan ikan gergasi Arapalma pun ada tau.

Setiap hari, ada feeding time dan kita tengok macam mana petugas di sana memberikan makanan kepada hidupan laut tersebut. 

www.aniemohamed.blogspot.com


Tentu Banyak Aktiviti Menarik

Memandangkan nie dah hujung-hujung tahun, tempat nie pun baru dibuka kembali. Dah tentulah banyak aktiviti menarik yang menanti pengunjung.

Yang sis dengar-dengar, antaranya Experience a MySEAterious Halloween. Confirm best nie. Moh le kiter pergi. Hehe…

Tempat nie dibuka pada setiap hari, termasukklah cuti umum. Jadi senanglah nak pergi. Lagi-lagi bila anak-anak dah kembali bersekolah.

Sis pun teringin nak pergi lagi bawak Dea Marissa ke Aquaria KLCC dan nikmati pengalaman dasar laut yang cukup menakjubkan itu. Biar dia xplore lagi tentang hidupan laut ini. Apapun, dalam keseronakan itu kita jangan pula teralpa ok. Kita kena patuhi SOP yang telah ditetapkan. Ingat tau...


Okay, sekian dulu. Jaga diri dan selamat berhujung minggu!

Lurve,
Sis Anie Mohamed