Nak tahu apa penyebab bibir hitam? Sebelum tu cuba check bibir korang... nampak gelap atau hitam tak, kalau tak pakai lipstik? Maybe ia bukanlah masalah yang serius sangat, tapi boleh buat kita rasa hilang keyakinan diri.
Masalah Bibir Hitam
Sis percaya, kita-kita yang berdepan dengan masalah bibir hitam akan cuba menutupi kekurangan tersebut dengan penggunaan lipstik.
Bila tak pakai lipstik, warna gelap pada bibir dan sekitarnya secara tak langsung akan membuatkan wajah kita nampak kusam dan tidak berseri.
Penyebab Bibir Hitam
Berikut adalah antara penyebabnya:
1. Kurang Minum Air Masak
Pastikan korang minum air masak secukupnya pada setiap hari, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Jangan malas untuk minum air masak untuk mengelakkan dehidrasi yang sememangnya tidak baik untuk kesihatan tubuh.
Dehidrasi boleh menyebabkan bibir kita menjadi kering dan menghitam.
2. Pancaran Cahaya Matahari
Melakukan aktiviti di luar rumah dalam keadaan yang lama terdedah kepada cahaya matahari juga boleh membahayakan kulit.
Ia boleh menganggu penampilan bibir sehingga membuatkannya nampak lebih gelap.
Jika ingin keluar rumah, kita disarankan menggunakan lip balm atau pelembab bibir yang mengandungi SPF tinggi.
Jika ingin keluar rumah, kita disarankan menggunakan lip balm atau pelembab bibir yang mengandungi SPF tinggi.
Tetapi, biasalah kita sering buat tak endah atau mengabaikanya. Betul,tak? Heee... hehehe...
3. Kafein
Korang memang pencinta kopi? Kalau korang nak tahu jumlah kafein yang diambil boleh menyebabkan bibir menjadi hitam.
Pengambilan kafein secara berlebihan boleh membuatkan dehidrasi,dan cecair terus keluar melalui air kencing. Secara tak langsung, dehidrasi boleh membuatkan bibir pecah-pecah dan menghitam.
4. Kekurangan Vitamin C
Jika anda kekurangan vitamin C, maka perubahan bibir akan cepat berlaku. Penuhilah keperluan vitamin C anda agar bibir anda akan tetap kelihatan segar.
5. Diet
Hati-hati ye korang bila berdiet. Sebabnya bila berdiet secara automatik beberapa pengambilan yang diperlukan oleh tubuh khususnya vitamin akan berkurangan sehingga boleh menjadi penyebab bibir hitam.
Oleh sebab itulah masa diet, korang tetap perlu kekal mengambil vitamin.
6. Gaya Hidup Yang Tidak Sihat
Rokok mengandungi nikotin yang tinggi. Kalau dah lama-lama merokok, kesan nikotin mampu mempengaruhi warna bibir dan membuatnya pecah serta berubah kehitaman.
Orang yang kuat merokok biasanya mempunyai bibir dan gusi yang menghitam. Jika masih tak mampu untuk berhenti merokok, ada baiknya korang sapu lip balm sebelum merokok.
Selain itu, jangan lupa gunakan scrub bibir atau serum bibir supaya ia tidak tidak menghitam.
Baca Juga:
7. Lipstik
Korang kena alert bila pakai lipstik, lip tint ataupun lip cream sebab ia boleh membuatkan bibir jadi hitam. Apatah lagi jika produk tersebut mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan bibir alergi.
Di samping itu, pastikan korang membersihkannya lipstik atau sisa-sisa lipstik sebelum tidur. Jadi, untuk mencegah bibir menjadi hitam, bersihkan bibir dan jangan biarkan sisa lipstik melekat di bibir.
Di samping itu, jangan lupa mengeksfoliasi bibir sebab sel kulit mati yang berkumpul di bibir akan menjejaskan kesegaran serta warnanya. So rajin-rajilah scrub bibir ya!
Itulah antara penyebab bibir hitam dan nanti sis kongsikan pula cara menghilangkan bibir hitam.Stay tune ye! Semoga artikel ini bermanfaat.
0 Comments