www.aniemohamed.blogspot.com

Ada tak yang sedang mencari port Hi-Tea yang best? Tak payah cerita banyak, jom Hi-Tea di Concorde Hotel Shah Alam.

Serius beb, berbaloi. RM100 nett (untuk dua orang). Dan Hi-tea nie boleh dijadikan Lunch-tea ok! Set menu yang ditawarkan memang mampu mengenyangkan perut. Daripada menu yang ringan sampailah ke yang berat.Jadi, memang sesuai sangat dijadikan Lunch-tea.

www.aniemohamed.blogspot.com

Tak Akan Menyesal!

Sis yakin korang tak akan menyesal, menikmati Hi-Tea Set yang ditawarkan di Concorde Hotel Shah Alam.

Cuma, ia berlangsung pada Weekdays sahaja ok, Isnin sampai Khamis. Hujung minggu ataupun Cuti Umum, memang tak ada set Hi-Tea nie.

Kalau nak datang, nak dating ke apa, datang hari biasa. Bermula dari jam 12 tengahari sampai jam 6 petang. 

www.aniemohamed.blogspot.com

Ada 3 set menu berbeza dan setiap menu disajikan mengikut giliran. Ikut nasib la hari yang korang mai tu menu set apa yang tersedia. Apapun jangan risau, sebab ketiga-tiga menu tu semuanya sedap dan mampu mengenyangkan perut!

Menu terdiri daripada Starters, Hot Selections dan Desserts termasuk dua jenis minuman iaitu Sirap Selasih dan Teh Tarik. Teh tariknya tu memang favourite sis. Tak sah, kalau tak minum!!! 

www.aniemohamed.blogspot.com

Set Menu Hi-Tea di Concorde Hotel Shah Alam

Antara 3 set menu yang ditawarkan pada hari sis berkunjung ke Concorde Hotel Shah Alam, sis dapat menu yang ada Prawn Fruits Melon Salad, Croissant Chicken Toasted Sandwich, Sotong Kangkung with Sweet Sesame Sauce untuk starters.


STARTERS:

www.aniemohamed.blogspot.com
Prawn Fruits Melon Salad pembuka selera


www.aniemohamed.blogspot.com
Lamanya tak makan Sotong Kangkung. Makan puas-puas!


www.aniemohamed.blogspot.com
 Croissant Chicken Toasted Sandwich


HOT SELECTION:
Manakala Hot Selection-nya pula Mee Mamak, Fried Rice Kampung Style,BBQ Chicken Wing, Fish Piccatta wit Tartar Sauce,Chicken Mutrabak with Dhall Curry dan Chicken Satay with Condiments.


www.aniemohamed.blogspot.com
Mee Mamak nie sedap betul! Kena dengan tekak sis.


www.aniemohamed.blogspot.com
Fried Rice Kampung Style, rasa yang tidak menghampakan!


www.aniemohamed.blogspot.com
BBQ Chicken Wing dan  Fish Piccatta with Tartar Sauce nie pun enak tau


www.aniemohamed.blogspot.com
Chicken Mutrabak with Dhall Curry dan Chicken Satay with Condiments. Korang wajib rasa!! 

Melihatkan hidangan Hot Selection tu, dapat membayangkan macam-macam ada kan… Tu yang sis cakap, Hi-Tea Menu nih dah macam Lunch-Tea. Hahaha… Boleh kenyang terus!


DESSERTS:
Desserts pula,  disediakan  Bubur Kacang Hijau, Bread Butter Puding, Crème Caramel dan Fruits in Glass. Bread Butter Puding tu fav sis tau.Memang sedap laaa..... 

www.aniemohamed.blogspot.com
Bubur Kacang Hijau


www.aniemohamed.blogspot.com
Bread Butter Puding, Crème Caramel

Jom Singgah!

Memang puas hati dan rasa berbaloi sangat. Hanya RM100 untuk dua orang. Tapi tengok pada makanan, macam 3 orang boleh makan! Bagi sis, harga yang ditawarkan tu berpatutan dan berbaloi.
www.aniemohamed.blogspot.com
Bersembang sambil menikmati makanan enak memang cukup membahagiakan.

So, korang bolehlah try Hi-Tea di Melting Pot Café @ Level 1, Concorde Hotel Shah Alam. Tapi, pastikan korang dah lengkap vaksin dan lepas 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua tu ya.

Selamat menjamu selera!

Lurve,
Sis Anie Mohamed