Korang suka makan sayur-sayuran tak? Kalau suka, okay kita boleh geng! Haahaha…Pengambilan sayur-sayuran penting untuk mendapatkan kesihatan yang baik.Banyak kebaikan, antaranya membantu menguatkan daya pertahanan tubuh, menyihatkan mata, kulit cantik, meremajakan sel kulit mati, mengurangkan risiko penyakit jantung dan banyak lagi. 

sayur-sayuran


Semua jenis sayur-sayuran mempunyai kebaikan nutrisi dan vitamin tersendiri. Ada yang rendah kalori, berserat tinggi, mengandungi protein dan sebagainya yang sememangnya bagus untuk kesihatan.Secara tak langsung, tubuh kita akan terhindar daripada penyakit. Jadi, korang yang tak suka makan sayur, 2022 nie kenalah belajar-belajar rajin makin sayur ya!

Sungguh pun begitu untuk mendapatkan khasiat yang sempurna adalah lebih baik jika kita memilih sayur-sayuran yang segar dan bebas daripada bahan-bahan kimia.

Tips Pilih Sayur-Sayuran Yang Segar


Berikut beberapa cara atau tips yang boleh korang jadikan panduan untuk memilih sayur-sayuran yang elok.

1. Pastikan Ia Tidak Layu

Kalau tanya sis, perkara pertama sekali yang akan sis lihat adalah kesegaran sayur-sayuran tersebut.
Kalau nampak daun atau tangkainya dah macam terlentok layu atau lebam, memang sahih la sayuran tersebut dah tak segar.

Baca Juga:
5 Makanan Punca Jerawat Tumbuh
Kebaikan Minum Kopi Tanpa Gula




sayur-sayuran

2. Perhatikan Warnanya


Selain itu, kita boleh tengok pada warna sayur-sayuran tersebut.Kalau warnanya masih kekal dan tidak berubah warna, maknanya ia masih elok lagi.Masih segar dan sihat gitewww…


Baca Juga: 
Pengalaman Buat Skin Analysis
Bedak Sejuk Cantikkan Kulit Muka



sayur-sayuran

3. Masih Kenyal

Masa memilih tu kita kena tengok atau belek-belek juga bentuknya. Kalau bila pegang masih kenyal, tidak lembik atau lebam sana sini tu tandanya ia masih lagi segar dan elok.

Sis kalau beli ubi kentang, bawang ataupun lobak merah memang beria-ia sikit. Sis tak lebih suka beli yang boleh kita pilih sendiri daripada yang dah siap-siap dalam bunjut tu. Sebabnya bukan semua kat dalam tu yang elok dan segar kan…Lagi satu, time pilih tu sis memang suka beli yang kecil dan muda. Bila masak tu, rasa lebih sedap.


sayur-sayuran


4. Cuba Bau

Kita boleh juga tahu sayur-sayuran tu masih segar ataupun tidak melalui baunya. Jika ia lembik, berbau semcam dan teksturnya juga lain macam, jelas la ianya dah tak elok. So, tak yah beli ok!

5. Beli Pada Waktu Pagi

Kalau nak yang fresh, memang elok kalau kita pergi ke pasar pada sebelah pagi. Time masih pagi nie, semua jenis sayur masih lagi segar bugar giteww. Menikmati sayur yang sihat dan segar nie memang nikmat tau. Betul… sayur yang dah fresh bagi sis la kan boleh mempengaruhi rasa bila dimasak. Kurang ‘crunchy’ he he he…


sayur-sayuran

6. Beli Terus Daripada Pekebun Sayur

Kalau ada kesempatan, sis suka juga beli sayur-sayuran nie direct daripada pekebun sayur.
Memang fresh kerana ia masih baru dipetik dari kebun sayur. Kadang-kadang sayur tu masih lagi berakar dan dikotori lumpur atau tanah.Lagipun ia bebas bahan-bahan kimia.

Okay, sekian dulu perkongsian sis tentang cara atau tips memilih sayur-sayuran yang segar.