Sejauh mana kita menjaga kesihatan mata sedangkan mata merupakan salah satu panca indera yang sangat penting untuk melihat.





Mata Penat Bekerja

Ramai di antara kita yang tidak sedar betapa penatnya mata bekerja, sentiasa digunakan pada setiap aktiviti yang kita lakukan. Berjam-jam kita di depan computer, laptop, handphone, menonton TV atau membaca buku di ruangan yang kurang cahaya dan sebagainya. Secara tak langsung ia  membuatkan mata terpaksa bekerja dengan lebih gigih lagi.


Jika sebelum ini kita kurang menitikberatkan soal kesihatan mata, ayuh kita sama-sama kembali peduli sebelum kita jadi menyesal apabila panca indera istimewa yang Tuhan berikan ini tidak dapat berfungsi dengan baik lagi.

Cara Menjaga Kesihatan Mata

Berikut berapa yang  boleh dipraktik:

1. Pemeriksaan Kesihatan Mata Secara Rutin 

Kalau taka da hal, sis memang tak de pun buat pemeriksaan kesihatan mata nih. Sedangkan sebaiknya, kalau kita dah berusia 40 tahun ke atas kena buat pemeriksaan mata, sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Manakala, kanak-kanak pula disarankan melakukan pemeriksaan mata setahun sekali. Ini adalah kerana golongan berusia lebih mudah terkena penyakit berbanding kanak-kanak. 


Baca Juga: 

Mata Letih : Cuba 8 Cara Segarkannya

Kempiskan Perut Buncit Dengan Teh Hijau



kesihatan mata


2. Jangan Biarkan Mata Terlalu Penat


Jangan tak percaya bahawa radiasi yang disebabkan oleh peralatan elektronik macam computer, handphone serta keasyikan bermain video game boleh merosakkan kesihatan mata. Apatah lagi jika kita menghadapnya selama berjam-jam.

Setelah sejam menghadapnya, kita disarankan berehat seketika atau keluar ambik angin sekitar 10 minit. Seeloknya tengok pemandangan yang menghijau.Di samping itu, ketika menggunakan gadget jangan lupa kedip-kedipkan mata untuk menghindari mata kering dan memandang ke arah lain bagi menstabilkan gerakan mata.

Pastikan juga cahaya mencukupi supaya dapat menfungsikan mata dengan baik serta cahaya dari layar gadget diatur dengan baik supaya tidak menggangu kesihatan mata.


3. Elakkan Menggosok-Gosok Mata Dengan Kasar


Pernah tak korang alami, kadang-kadang mata terasa gatal atau rasa seperti termasuk sesuatu ke dalam mata sehingga membuatkan tangan kita laju jer menggosok-gosok mata.

Sebenarnya tindakan kita yang menggosok-gosok mata dengan bersungguh-sungguh boeh mempengaruhi gerak kerja mata. Sebaiknya, gosoklah dengan lembut dan penuh berhati-hati. Tapi, sis selalu lupa! Hahah.. rasa sedap sangat menenyeh-nenyeh mata… gitewww laaa…

4. Pilih Makanan Yang Bagus Untuk Mata


kesihatan mata



Makanlah buah-buahan ataupun sayur-sayuran yang bagus untuk kesihatan mata secara rutin. Buah-buahan/sayuran seperti betik, tomato dan lobak merah mengandungi vitamin A yang elok untuk mata.

Lobak merah mengandungi beta karoten yang sememangnya bagus untuk kesihatan mata. Manakala brokoli dan bayam pula mengandungi zeaxanthin dan lutein iaitu zat yang mampu membantu mengurangkan risiko katarak serta gangguan pada pusat retina mata.


5. Amalkan Gaya Hidup Sihat


Sis ada terbaca, gaya hidup yang tidak sihat boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk diabetis yang boleh jadi menyebab utama terjadinya kebutaan.Jadi, sebaiknya pilih makanan yang berzat dan seimbang serta rutin melakukan senaman walaupun sekejap.

Selain itu, hindari rokok kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit katarak dan keroskan saraf optic yang boleh menganggu retina mata. Asap rokok juga boleh menyumbang kepada kerosakan mata. So, elakkan diri daripada terkena asap rokok ya.

Itulah beberapa tips atau cara untuk menjaga kesihatan mata daripada kerosakan. Semoga bermanfaat.