Peria. Ramai yang tak sanggup untuk menikmatinya disebabkan rasa pahit peria yang sukar untuk digambarkan.Namun, bagi pencinta sayur ini kepahitan tersebut bagaikan penawar bagi segala penyakit. Terlalu banyak kebaikan peria untuk kesihatan tubuh.





Kebaikan Peria


Peria juga kaya dengan nutrisi seperti vitamin A, zink, serat, folat dan vitamin C yang bagus untuk tubuh.
Jus peria juga dikatakan bagus untuk membantu membunuh sel kanser. Ia juga dikatakan dapat membantu menurunkan kadar gula darah serta melawan virus.

Cara Menghilangkan Rasa Pahit Peria

Sis tak berapa mampu sebab rasa pahit tu melekat sampai kat anak tekak! Hahaha... Tapi, bagi mak sis itulah menu yang paling sedap! Lagi pahit lagi bagus! Ahh... gitewww!! Bagi yang masih belum menyukai sayur peria, marilah kita sama-sama belajar makan! 

Manfaat peria terlalu banyak dan untuk mengurangkan rasa pahit tersebut, jom kita cuba trik yang mak sis ajar nih!

Belah Dua

Didihkan air dalam periuk. Sementara itu, potong hujung peria dan belah menjadi dua. Lepas tu, masukkan dalam air yang menddih tadi dalam beberapa minit (rebus).

Rebus Separuh Masak

Rebus separuh masak, sekitar dua hingga tiga minit. Lepas tu, toskan.
Jika menggunakan teknik ini, sewaktu menumis nanti masaklah peria tadi lebih lama supaya empuk.
Kalau nak makan terus dengan teknik rebusan, so rebuslah sampai masak ok!

Buang Biji

Buang biji serta empulur putih peria dari bahagian tengah dengan menggunakan sudu. Membuang bijinya juga boleh mengurangkan rasa pahit peria.

Baca Juga:

Jenis Teh Buat Usus Sihat




Potong Nipis-Nipis & Rendam Air Garam


Potong atau hiris nipis-nipis dan rendam dengan air garam juga boleh mengurangkan kepahitan peria.

Tumis Bahan Lain Dulu


Untuk mengurangkan rasa pahit peria, masukkan peria pada akhir masakan. Tumiskan segala bahan, termasuk cili, garam dan sebagainya sehingga masak. Selepas itu, masukkan peria dan kacau hingga sebati. Kombinasi rasa tersebut akan membantu mengimbangi rasa peria yang pahit itu.

Itulah cara sederhana untuk menghilangkan rasa pahit peria. Selamat mencuba!