Gastrik.Tak sampai sebulan lagi dah nak masuk bulan Ramadan.Bagi penghidap gastrik, tentulah rasa bimbang. Takut-takut tahun nie gagal lagi untuk berpuasa penuh!  Korang yang menghidap gastrik kenalah buat persiapan sikit supaya dapat menjalani ibadah berpuasa di buan Ramadan dengan sebaiknya.

www.aniemohamed.blogspot.com


Masalah Gastrik 


Sis faham sangat, bila gastrik tu menyerang hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya. Biasanya orang yang berhadapan dengan masalah gastrik ini akan berasa sakit di bahagian perut. Sama ada kat tengah ataupun bawah dada.

Okay, kat sini sis nak kongsikan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kemungkinan diserang penyakit tersebut.

Lagipun ketika berpuasa jadual pemakanan kita akan berubah. Biasa kita makan tiga kali sehari dan bila berpuasa dua kali sehari jer. Perubahan ini sedikit sebanyak akan menyebabkan asid perut muncul kerana keadaan perut yang kosong.



Berikut Tips Puasa Bagi Penghidap Gastrik: 


gastrik


1. Lengahkan Imsak & Percepatkan Berbuka


Memilih waktu makan sahur dan berbuka puasa untuk orang-orang gastrik ini sangat penting. Sebaiknya bersahur sewaktu hampir imsak dan berbuka puasa sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.


www.aniemohamed.blogspot.com


2. Elakkan Makanan ‘Tajam’


Menjaga pemakanan juga sangat penting supaya asid perut tidak ‘naik’.Hindari makanan yang ‘tajam’ seperti buah oren, limau, nanas dan segala makanan yang mengandungi cuka.

www.aniemohamed.blogspot.com


3. Pilih Makanan Berkarbohidrat


Pastikan ketika bersahur, kita makan makanan yang tinggi karbohidrat supaya terasa lebih mengenyangkan dan tidak cepat lapar serta kurang energi di siang hari.

Lagipun makanan berkarbohidrat seperti kentang, pisang, gandum, oatmeal dan banyak lagi termasuk dalam kategori makanan yang lambat dicerna. So memang baguslah kalau kita menikmatinya ketika bersahur.


www.aniemohamed.blogspot.com


Selain itu, jangan lupa menikmati kurma (sekurang-kurangnya 3 biji kurma) ketika berbuka puasa dan bersahur kerana ia dapat mengurangkan gejala gastrik secara perlahan-lahan.Buah kurma kaya dengan karbohidrat, kalium dan juga magnesium.



www.aniemohamed.blogspot.com



4. Minum Air Masak Secukupnya


Kita memang disarankan untuk minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas pada setiap hari. Memandangkan berpuasa, tubuh kita juga akan mengalami dehidrasi apabila kekurangan cecair dalam badan.

Tubuh kita memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan. Jadi, bila tak cukup air badan akan jadi lemah, tidak bertenaga, sakt tekak, pening dan sebagainya.

Di sebabkan berpuasa pada siang hari dan bagi memastikan kita minum air secukupnya supaya tubuh kekal sihat dan bertenaga korang boleh ikut cadangan minum air tersebut ya.

· 1 gelas – Sebaik bangun dari tidur untuk bersahur

· 1 gelas – Selepas makan sahur

· 1 gelas - Sewaktu berbuka puasa

· 1 gelas – Selepas makan (berbuka puasa)

· 1 gelas – Selepas solat maghrib

· 1 gelas - Selepas solat isyak

· 1 gelas – Selepas solat tarawih

· 1 gelas – Sebelum tidur

Selain minum air masak, korang juga boleh menambahkan segelas susu ketika sahur bagi mengurangkan gejala gastrik. 


www.aniemohamed.blogspot.com



5. Jangan Lupa Makan Ubat Gastrik!


Sekiranya korang memang penghidap gastrik yang agak teruk, jangan sesekali lupa untuk makan/minum ubat yang telah disarankan oleh doktor sewaktu berbuka puasa dan juga bersahur.
Cara ini dapat membantu mencegah kemunculan penyakit gastrik supaya korang dapat berpuasa penuh nanti. Insya-Allah.

Itulah antara tips elak atau cara hilangkan gastrik yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadan nanti.Semoga bermanfaat!



Credit Images: pexels.com