www.aniemohamed.blogspot.com

Untuk mommies yang sedang mengandung atau berhasrat untuk membuat pemeriksaan kehamilan sekaligus melahirkan bayi, tentunya dah mula sibuk mencari-cari informasi tentang lokasi Hospital Bersalin, kan…

Di sekitar Selangor memang banyak terdapat hospital ataupun poliklinik yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Salah satunya, Hospital Bersalin & Poliklinik Pusrawi yang terletak di Seksyen 8, Kota Damansara, Selangor. Sebenarnya hospital ini telah lama wujud, tetapi bermula 20 Mac, 2022 yang lalu Hospital Bersalin & Poliklinik Pusrawi ini kembali dibuka secara rasminya.

www.aniemohamed.blogspot.com

Majlis perasmian pembukaan hospital ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Harun.Turut hadir bersama di majlis tersebut adalah penasihat-penasihat MDC Asia Link Bhd yang juga usahawan wanita berjaya Malaysia, Datuk Faridah Hanim serta Pakar Shariah, Dr Zaharuddin Abd Rahman.


www.aniemohamed.blogspot.com


Mengetengahkan Konsep ‘Beyond Healthcare’


MDC Asia Link Berhad memiliki lebih 14 rangkaian klinik pergigian My Dental Care di sekitar Lembah Klang, farmasi serta aplikasi mudah alih Hi-Doktor dengan inisiatif “Digital Health Citizen” (DHC).

www.aniemohamed.blogspot.com

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MDC Asia Link Berhad, Dr Hj Aslan Bacho, dengan konsep ‘Beyond Healthcare’ iaitu melangkaui dunia kesihatan. MDC Asia Link Berhad mempunyai visi ke arah menjadi “A Leading Halal Healthcare Solution Provider in Southeast Asia” iaitu sebagai peneraju Halal didalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.

“Pembukaan semula Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara ini adalah permulaan kepada langkah kumpulan untuk terus memperkukuhkan kehadiran di dalam sektor kesihatan Halal di Malaysia dan seluruh rantau ini,” jelas beliau.

“Langkah kumpulan mengambil alih dan memberi wajah baru kepada Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara ini adalah batu loncatan ke arah pembukaan lebih banyak hospital berkonsepkan hospital ibu dan anak di seluruh negara pada masa akan datang.”

Dr Hj Aslan Bacho berkata, perancangan kumpulan memiliki hospital serta pelbagai perkhidmatan kesihatan lain adalah bagi memberikan orang ramai pilihan perubatan yang terbaik pada harga mampu milik.

Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi, Kota Damansara akan menjadi cawangan flagship kepada operasi kumpulan yang lain dari segi pengurusan, operasi dan reka bentuk dalaman serta luaran.
Penjagaan kesihatan yang holistic adalah fokus utama Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi,Kota Damansara, di samping memberikan kesempurnaan kepada menyambut kelahiran serta memberikan pengalaman yang bermakna kepada seluruh ahli keluarga yang akan turut bersama menyaksikan kelahiran little Caliphs ke dunia ini.

“Itu adalah tugas utama kami di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi ,Kota Damansara.Ada pelbagai lagi perkhidmatan akan ditawarkan di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara dalam tempoh akan datang. Ini akan menjadikannya sebagai hospital yang komprehensif,” tambah beliau lagi.

Pusat Berpantang Ibu Selepas Bersalin

Selain itu, antara tarikan utama yang akan diperkenalkan adalah Pusat Berpantang Ibu Selepas Bersalin yang dinamakan sebgai The Sanctuary – Pusrawi.Ia menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin dan bayi, menjadikan urusan lebih mudah dan selesa.

“Konsep ini akan memberikan kemudahan dan keselesaan mutlak kepada pelanggan.Bermula dari perkhidmatan bersalin sehinggalah habis tempoh berpantang. Tiada lagi hospital yang memberikan perkhidmatan seperti ini,” akhiri beliau.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi adalah:


• Klinik Obstetrik & Sakit Puan

• Klinik Pediatrik

• Klinik Fertiliti & Perancang Keluarga

• Klinik Kesihatan & Peremajaan Wanita

• Wad Bersalin 24 Jam

• Bilik Pembedahan 24 Jam

• Perkhidmatan Epidural

• Perkhidmatan Ambulan

• Khatan Bayi Lelaki & Perempuan

• Pendidikan Penyusuan Bayi

• Sonografi Imbasan Terperinci & Imbasan 3d/4d


Antara Barisan Doktor Pakar di Hospital Bersalin dan Poliklinik MDC Pusrawi:


• Obstetrik & Ginekologi

• Sakit Puan

• Pediatrik (Kanak-Kanak)

• Anesthesiologist (Bius)

• Kesihatan Awam & Peremajaan Wanita

Bagi korang yang sedang mencari-cari hospital atau poliklinik bersalin dengan fasiliti lengkap serta tenaga perubatan yang bagus, bolehlah segera menghubungi Hospital dan Poliklinik Pusrawi MDC, Kota Damansara. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Terima kasih dan jumpa lagi.


www.aniemohamed.blogspot.com

Lurve,
Sis Anie Mohamed