Kebaikan Bersenam | Jangan ingat golongan muda sahaja yang perlu bersenam.Sebaliknya golongan berumur juga perlu menitikberatkan soal senaman bagi menikmati hidup yang lebih berkualiti.


Dulu-dulu zaman muda remaja sis akui, kesibukan kerja membuatkan sis kurang bersenam serta kurang mempedulikan soal kesihatan tubuh. Namun, apabila usia berganjak ke senja sis mula menyedari akan kepentingan melakukan senaman ini. 


kebaikan bersenam



Antara kebaikan bersenam:


· Meningkatkan kesihatan mental

· Meningkat kesihatan jantung dan paru-paru

· Mencegah obesity

· Mengurangkan risiko osteoporosis

· Menguatkan otot kaki dan sendi

· Kualiti tidur lebih baik

· Membantu menghindari stress dan depresi

Sungguhpun begitu, disebabkan sudah memasuki ‘geng berumur, jadi sis perlu memilih aktiviti senaman yang sesuai kerana kekuatan fizikal yang ada hari ini sudah tidak sama seperti waktu muda remaja dahulu. Ahh… gitewww…

Sis kena pilih senaman yang impaknya rendah, kurang melompat serta kurang memberikan tekanan ke atas bahagian sendi.

Berikut beberapa senaman yang sesuai dilakukan oleh ‘geng berumur’:

Baca Juga: Ketahui Kebaikan Buah Avokado Untuk Kesihatan Tubuh 

1. Jalan Kaki


Biarpun nampak macam tak ada apa-apa, tetapi senaman berjalan kaki ini mempunyai kebaikan yang luar biasa. So, jangan pandang sebelah mata dengan senaman berjalan kaki nie.

Di samping menguatkan stamina, ia turut menguatkan otot kaki dan sendi. Secara tak langsung senaman berjalan kaki dapat mengurangkan risiko terjadinya penyakit osteoporosis.


kebaikan bersenam

2. Jogging


Untuk mengeluarkan peluh lebih sikit, sis suka juga berjogging. Tapi, tak adalah ‘push’ sangat sebab takut jadi lain pulak. Hahaha…

Apapun insya-Allah selagi dilakukan dengan kadar yang sesuai, mengenakan pakaian dan kasut yang tepat dan berjogging di kawasan atau tempat yang betul, kita akan dapat manfaat senaman ini untuk kesihatan tubuh.

Baca Juga: Cara Mengatasi Bibir Kering & Mengelupas

kebaikan bersenam



3. Berenang


Sebenarnya sis pun baru tahu bahawa aktiviti berenang ini bagus untuk golongan berusia. Ia mampu membentuk serta menguatkan seluruh otot tubuh.

Di samping itu berenang juga dikatakan bagus untuk kesihatan jantung dan paru-paru serta merupakan cara yang bagus untuk mebakar kalori, meredakan stress serta mengurangkan sakit pinggang. 

Baca Juga: 5 Cara Mudah Minum Air Masak Secukupnya

Inilah antara sebahagian daripada senaman yang boleh dilakukan buat geng-geng yang dah berumur sikit macam sis. Apapun pilihan korang, pastikan ia selamat dan punya kebaikan untuk kesihatan.

Semoga bermanfaat!