www.aniemohamed.blogspot.com
Betul ke ada cara yang dapat membantu untuk berfikiran positif? Tentulah ada! Nak tahu, baca artikel ini sampai habis ok!

Siapa yang tak nak untuk berfikiran positif selalu, kan… Sebab bila kita sentiada dihambat dengan fikiran negatif, kita akan rasa penat sangat-sangat. Bahkan, tidak mustahil juga kita akan lenyapkan diri dari kehidupan realiti.

Situasi beginilah yang kita tidak mahu. Setiapkali didatangi fikiran negatif, sis akan berusaha untuk menepis atau menghalanginya daripada terus melekat di fikiran.

Sis akui, bukan mudah untuk sentiasa berfikiran positif. Apatah lagi, di saat sedang diberikanNya ujian. Time tu dah pastilah lebih cenderung untuk berfikiran negatif. Padahal masa tu adalah lebih baik jika kekal positif!


www.aniemohamed.blogspot.com


Berikut beberapa tips atau cara berfikiran positif yang boleh dipraktikkan:

1. Bersikap Baik

Bagi mendapatkan jiwa yang sihat, kita perlu kekal berfikiran positif. Dengan bersikap baik juga kita dapat membuka fikiran kita tentang orang lain.

Secara tidak langsung, dengan berbuat baik akan mengubah fikiran kita menjadi lebih positif serta jadi lebih menghormati dan menghargai orang lain.


2. Dampingi Orang-Orang Positif

Berapa di persekitaran orang-orang yang sentias positive mampu meningkatkan keyakinan diri serta peluang untuk kita mencapai impian.

So, bila kita berkawan dengan orang yang positif, secara tak lanngung perkara-perkara yang positif akan meresap pada kita.



Oleh sebab itulah ada baiknya jika kita dapat bergaul atau berkwan dengan orang-orang yang mampu membawa kita ke jalan yang penuh kebaikan.

www.aniemohamed.blogspot.com



3. Tanamkan Perkara Positif Pada Diri Sendiri

Lain orang lain caranya. Tapi kalau untuk diri sendiri, untuk jadi lebih positif sis akan cuba tersenyum dan berkata-kata yang positif pada diri sendiri.

Walaupun nampak macam tak ada apa-apa, tetapi perbuatan sekecil itu sebenarnya boleh mempengaruhi kemampuan kita untuk mengawal perasaan, fikiran serta sikap kita ketika stress.



4. Fikirkan Hari Depan Yang Baik

Memanglah kita tidak boleh meramalkan masa depan akan jadi sepertimana sebab semua itu sudah dituliskanNya sejak azali lagi.

Namun, tidak salah jika kita membayangkan masa depan yang lebih baik, lebih indah, lebih cerah jika ianya dapat membuatkan hati kita berasa lebih tenang dan bahagia.

Berfikiran positif untuk hari depan yang baik juga mampu membangkitkan semangat kita untuk lebih berusaha bagi mewujudkan masa depan yang lebih indah!

www.aniemohamed.blogspot.com


5. Belajar Untuk Lebih Bersyukur

Bila kita suka sangat membandingkan diri kita dengan kehidupan orang lain, memang bolah membinasikan diri.

Apatah lagi, jika mereka itu punya banyak kelebihan berbanding daripada kita. Keadaan ini akan membuatkan emosi kita jadi terganggu, rendah diri serta mula wujud rasa iri dan dan dengki.

Oleh sebab itulah, biasakan diri untuk rasa lebih bersyukur dengan apa atau segala nikmat yang telah Allah berikan supaya fikiran kita tetap positif.

Secara tak langsung, hidup kita akan jadi lebih bererti apabila kita mampu mensyukuri segala kurniaanNya.




Semoga dengan tips yang diberikan dapat membantu korang menjadi seorang individu yang sentiasa berfikiran positif. Dan berfikiran positif juga boleh membuatkan kehidupan kita di dunia sementara ini terasa lebih indah!

Lurve,

Sis Anie Mohamed