5 Cara Turunkan Kolesterol Dalam Badan. Jom Ikhtiar!

www.aniemohamed.blogspot.com


Setiap daripada kita mempunyai kolesterol di dalam badannya. Ada kolesterol baik, ada juga kolesterol jahat yang boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan kita.

Kadar kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai penyakit serta mengakibatkan pengaliran darah dalam badan mejadi tersumbat.

Bagi korang yang seangkatan usia nan senja macam sis, kita perlu lebih alert dengan masalah ini. Kita wajar mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, terutama dalam menjaga soal pemakanan, terutama makanan berlemak dan bergoreng! (Tapi, itulah yang sedapnya .. kannn?)

Sungguhpun begitu, masalah kolesterol tinggi ini bukan hanya menyerang mereka yang berusia atau golongan obesity sahaja tau. Anak-anak muda dan kanak-kanak pun boleh menghidapnya jika tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.


www.aniemohamed.blogspot.com


Disebabkan sis juga mahu mengawal kolesterol dalam badan supaya tetap stabil, ada beberapa tips atau cara yang sering sis amalkan. Itupun sis kutip daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai gitewww.

Antara cara yang dikatakan boleh menurunkan kolesterol secara semulajadi ialah…


www.aniemohamed.blogspot.com


1. Minum Air Limau Nipis Suam


Limau nipis mempunyai flavonoid yang dikatakan mampu bertindak sebagai anti oksidan yang berupaya melindungi tubuh daripada radikal bebas, terutama molekul boleh merosakkan sel-sel sihat.

Sis gemar minum air limau nipis suam selepas bersarapan pagi.Kena mium secara rutin supaya kadar kolesterol jahat tersebut cepat berlalu pergi. Nak bagus, minum juga segelas sebelum tidur. Tapi, sis selalu lupa! Hih… hihhii…
www.aniemohamed.blogspot.com


2. Makan Buah Epal


Sis ada terbaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa kulit epal sangat bagus kerana mengandungi petkin iatu serat larut air yang dikatakan mampu membantu menurunkan kolesterol dalam badan. 

Kandungan petkin dikatakan bekerja untuk menyerap kolesterol dan lemak jahat di dalam usus, yang mana dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing dan pembuangan air besar. Yang tak suka makan buah epal, mulai sekarang kenalah belajar makan ya!


www.aniemohamed.blogspot.com


3. Jus Delima

Sedapnya delima, boleh ralit kalau makan buah nie. Kalau rajin, boleh kisar buah delima untuk dibuat jus. Kandungan zat yang terdapat pada buah ini dikatakan boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol yang tinggi. Elok diminum selepas makan.


www.aniemohamed.blogspot.com


4.Teh Hijau

Minum secawan teh hijau bukan sekar menenangkan fikiran dan membuatkan badan lebih relaks, tapi juga boleh menurunkan kolesterol jahat dalam badan.

Sebaiknya minum dua cawan teh hijau dalam sehari supaya kadar kolesterol dalam badan terus terkawal.

www.aniemohamed.blogspot.com


5. Bersenam Secara Teratur

Selain menjaga pemakanan dan berat badan, sebaiknya kita bersenam secara rutin. Aktiviti sihat ini bukan sahaja membuatkan tubuh menjadi lebih segar, tetapi juga turut membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik di dalam tubuh.

Kalau tak punya masa nak buat aktiviti macam berbasikal dan berenang, boleh jer berjoging atau berjalan kaki. Janji ada buat senaman!!

Itulah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menurunkan kolesterol dalam badan. Jangan main-main atau buat tak kisah jer sebab kadar kolesterol tinggi boleh menyebabkan munculnya penyakit mendadak seperti darah tinggi, strok dan jantung.

Semua penyakit tersebut boleh mengundang kematian walaupun ajal kita semuanya sudah tertulis! Okay, jaga kesihatan semua ya kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati!

Okay, sekian dulu catatan sis kali ini. Jumpa lagi.

Lurve,

Sis Anie Mohamed

Post a Comment

1 Comments