www.aniemohamed.blogspot.com


Wahhh tak nak tunggu bulan September! Mana taknya,pada 17 September nanti akan berlangsung Guardian Fun Run, bertempat di MAEPS (Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor).

Menurut Angela Teo, Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Malaysia dan Brunei, Asia Tenggara, Kempen ‘Live Health Smart’ yang berlangsung pada 27 Jun hingga 31 Julai ini. "Guardian Fun Run merupakan respon kami terhadap hasil penemuan Kajian Kesihatan Kebangsaan Guardian kami yang telah dikendalikan sepanjang bulan April dan Mei 2022 untuk menentukan aspek kesihatan yang paling penting untuk para pelanggan.

www.aniemohamed.blogspot.com

Penemuan utama daripada kajian tersebut menunjukkan bahawa 74% daripada responden bersenam untuk kekal cergas dan sihat. Mereka menyedari kepentingan senaman sejak pandemik Covid-19 melanda. Mereka juga inginkan gaya hidup yang seimbang, pemakanan bernutrisi yang baik dan makanan tambahan. Responden turut menyatakan bahawa senaman yang baik menyumbang kepada tidur malam yang lena.

Jadi, semua aktiviti berorientasikan kesihatan kami adalah selari dengan visi dan janji Guardian untuk membantu pelanggan menjalani kehidupan yang sihat dan sejahtera," tambah beliau lagi.

www.aniemohamed.blogspot.com

Tiga Kategori Larian
Guardian Fun Run, bakal berlangsung di MAEPS (Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang), Selangor, dijangka akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak.

Ia menjanjikan suasana keriangan karnival dan akan memuatkan Permainan Karnival, persembahan pentas, produk percuma untuk dicuba, trak makanan dan cabutan bertuah dengan hadiah berjumlah RM10,000 untuk dimenangi (hanya layak disertai oleh peserta larian fizikal).

Sebahagian daripada hasil yuran pendaftaran akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Suriana, sebuah Badan Bukan Kerajaan yang berdedikasi dalam membantu kanak-kanak B40 ke arah penyediaan Pusat Permainan dan Pembelajaran mereka yang seterusnya di Balakong.

www.aniemohamed.blogspot.com




Terdapat tiga kategori larian, iaitu Larian Keluarga 3km, Larian Neon 5km dan Larian Maya 5km yang membolehkan pelanggan yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.

Jom Daftar Sekarang!

Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar pada 27 Jun hingga 24 Julai 2022. Dari 25 Julai hingga 15 Ogos 2022, tiket akan dijual pada harga RM60 untuk dewasa untuk kategori Larian Neon 5km. 

Untuk mendaftar, hanya imbas kod QR Guardian Fun Run yang terdapat pada semua platform media sosial Guardian, laman web dan stor dalam talian atau muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ di Apple App Store untuk mendaftar.


www.aniemohamed.blogspot.com

Semoga ramai rakyat Malaysia dan peminat kecergasan akan mendaftar bersama keluarga mereka untuk menjadikan acara ini meriah dan menyeronokkan. Pengambilan Pek Larian telah dijadualkan pada 10-11 September 2022 dan semua peserta yang berdaftar akan menerima banyak hadiah. Jadi daftar awal!

Nantikan juga promosi ‘Live Health Smart’ istimewa Guardian pada bulan Julai ini untuk tawaran luar biasa untuk semua barangan keperluan kesihatan anda di samping video-video dan webinar kesihatan di semua platform media sosial Guardian.

Nak tahu lebih lanjut tentang Guardian Fun Run, terjah Facebook Guardian.