www.aniemohamed.blogspot.com
Baru-baru ini Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan lagu ‘Mudahnya Berzakat’ yang dibawakan oleh kumpulan animasi Omar dan Hana.

Sebelum ini Omar dan Hana cukup sinonim dengan konten-konten video Islamik, yang mana lagu-lagunya banyak berkisahkan cerita tauladan sahabat nabi, solat, puasa dan sebagainya.

Kesempatan ini turut memberikan PPZ-MAIWP untuk bekerjasama dengan pihak Digital Durian bagi menghasilkan lagu dan video khas ‘Mudahnya Berzakat’. 

www.aniemohamed.blogspot.com

Sebelum pelancaran yang bertempat di Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju bermula, diadakan Pertandingan Mewarna.Lebih daripada 30 peserta kanak-kanak berusia 7-12 tahun yang mengambil bahagian. 

Hadiah yang ditawarkan juga menarik, Tempat Pertama wang tunai sebanyak RM250, Kedua RM200, Ketiga RM150, Keempat 100, Kelima RM50 dan Saguhati RM30.

Selepas pertandingan mewarna tamat, majlis diteruskan dengan kata aluan serta bacaan doa. Kemudian diikuti dengan Sesi Perkongsian Zakat & Kuiz oleh Ustaz Husni dan Sharifah Shahirah (Rara), yang mana suasana di situ menjadi lebih gamat dengan gurauan spontan mereka. Cukup menghiburkan!

Sebelum gimik serta pelancaran lagu ‘Mudahnya Berzakat’ bermula, Encik Azhan Ismail Ketua Pegawai Kewangan PPZ-MAIWP memberikan ucapan ringkas.Beliau turut menjelaskan objektif jalinan kolaborasi antara PPZ-MWAIP dengan Omar dan Hana adalah untuk memberikan kesedaran serta mendidik kanak-kanak dan juga ibu bapa tentang kewajipan berzakat.

Apatah lagi, kewajipan menunaikan zakat itu bukan hanya tertakluk kepada orang dewasa sahaja.Malahan kanak-kanak juga tidak terkecuali dalam menunaikan zakat andaikata menepati syarat zakat iaitu cukup haul dan nisab.Namun, zakat kanak-kanak wajib ditunaikan oleh penjaga atau ibu bapa.
www.aniemohamed.blogspot.com
Majlis Pelancaran Lagu "Mudahnya Berzakat" telah disempurnakan oleh 
Encik Azhan Ismail Ketua Pegawai Kewangan PPZ-MAIWP 

Majlis pelancaran tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna. Sebelum itu, hadirin dihiburkan dengan penampilan dan persembahan dua lagu “Assalamualaikum” dan “Alhamdulillah” oleh maskot Omar & Hana serta Ustaz Amil yang cukup menghiburkan.

Bayaran Zakat Kini Lebih Mudah!

Melalui aplikasi MyZakat membayar zakat menjadi lebih mudah. Melalui aplikasi ini kita oleh bayar dan kira, bayar dan semak penyata zakat.

Membayar zakat secara online merupakan salah satu pilihan yang bijak. Senang sangat-sangat.Lagipun kalkulator zakat benar-benar memudahkan pengiraaan. So, kita tak perlu bimbang nak kira jumlah zakat yang perlu dibayar.

Yang belum download aplikasi MyZakat sila buat sekarang okay, di Google Play Store atau Apple Store. Segalanya urusan zakat kini tak ada masalah lagi, semuanya di hujung jari sahaja!

Sungguhpun begitu, jika tidak selesa membuat pembayaran zakat atas talian, masih boleh juga menunaikan zakat di PPZ-MAIWP.
 
www.aniemohamed.blogspot.com
Dengan berzakat kehidupan kita, rezeki kita bertambah berkat!

Berikut Perkhidmatan dan Saluran Bayaran PPZ-MAIWP

· 10 Kuanter PPZ-MAIWP


- Isnin – Jumaat: 8.15 pagi-4.45 petang

- Sabtu: 8.15 pagi-12.45 tengahari (ditutup pada minggu pertama dan ketiga hari Sabtu dan Ahad)

· Skim Potongan Zakat Bulanan


- Bayaran zakat secara berjadual dan konsisten melalui potongan gaji. Daftar Skim PZB secara dalam talian melalui ptg.zakat.com.my

- PPZ-MAIWP sedang mengadakan Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) untuk menarik lebih ramai kakitangan kerajaan dan swasta khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat pendapatan secara bulanan melalui potongan gaji. Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini layari www.zakat.com.my

· Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)

- Pembayar boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter dengan membuat temujanji untuk diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan di mytemujanji.zakat.com.my

· Perkhidmatan Door to Door

- Perkhidmatan khas untuk pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal atau mempunyai kekangan masa untuk ke kaunter melalui perkhidmatan Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Tempahan boleh dibuat di 1300-88-5757

- Waktu operasi dari 9.00 pagi-5.00 petang.

· Saluran Bayaran Online

Portal Rasmi PPZ-MAIWP

- Zakat Harta – zakat.com.my

- Aplikasi MyZakat – muat turun di Google Play Store atau Apple Store

Ejen Kutipan Zakat

- Perbankan internet (15 bank)

- E-wallet
* Boost
* Shopee
* GoPayz