Susah Nak Buang Air Besar | Tentu ada di antara kita yang mengalami masalah susah nak buang air besar ataupun sembelit.

susah nak buang air besar

Susah Nak Buang Air Besar


Apabila keadaan ini berlaku, dah tentulah kita akan berasa tidak selesa sehingga menjadi serba tak kena.Perut pun seakan kembung.Apatah lagi jika sudah beberapa hari tidak membuangnya. Confirm, cukup terseksa!

susah nak buang air besar


Bila Susah Nak Buang Air Besar


Masalah susah nak buang air besar yang berlarutan, lama kelamaan boleh menimbulkan gangguan kesihatan, antaranya buasir.Sembelit boleh disebabkan oleh kekurangan air dalam badan, diet yang kurang sihat, pengambilan makanan serat yang tidak mencukupi, kerap menahan untuk membuang air besar, kurang melakukan aktiviti fizikal dan lain-lain lagi.

Sebenarnya ada banyak cara atau tips yang boleh kita praktik untuk mengatasi masalah ini. Selain daripada minum banyak air, bersenam secara rutin, tidak menahan berak dan menikmati pelbagai jenis makanan yang bagus untuk sistem penghadaman.

Oh, ya sis terbaca artikel daripada beberapa sumber yang mengatakan pengambilan jus buah atau sayur mampu membantu masalah susah nak buang air besar.

Cara Atasi Masalah Susah Nak Buang Air Besar


susah nak buang air besar

Jus Prune


Buah prune mengandungi vitamin C dan zat besi. Kalau korang tak suka minum jus prune, boleh juga makan prune kering. Perghh.. mujarab sangat untuk korang yang ada masalah buang air besar nie.

Kalau ada masalah sembelit. buah prune inilah yang sering jadi penyelamat sis. Kalau sis, cukup 4 atau 5 biji sahaja. Kalau terlebih makan mahu ‘mencecey’ nanti haha..haaa.. hahaa..


jus


Jus Anggur


Buah anggur dikatakan dapat membersihkan sistem badan dan menjadi sebahagian daripada diet detoks. Buah ini mengandungi banyak air dan kaya serat yang mampu menghidrasi tubuh dan melancarkan pembuangan air besar.


sembelit

Jus Tembikai


Kandungan air yang terdapat pada buah tembikai membuatkan tubuh terhidrasi yang mana ia sangat membantu membersihkan saluran pencernaan dan membantu mengatur pergerakan usus.


sembelit

Jus Nanas


Jus buah nanas dikatakan bagus untuk mengatasi masalah susah buang air besar.Nanas juga kaya dengan serat serta mengandungi enzim yang membantu meningkatkan fungsi usus dan mebantu melancarkan saluran najis.



sembelit

 Jus Timun


Timun juga mengandungi serat yang membantu mengatur fungsi usus.Selain itu, timun merupakan antara sayur-sayuran yang banyak air. Selain sedap dibuat ulam, timun juga sedap dibuat jus.

Timun juga rendah kalori, tetapi banyak vitamin dan mineral yang mana bagus untuk mencegah kedatangan sembelit.

Itulah antara jus sihat yang boleh membantu mengatasi masalah sembelit atau susah nak buang air besar, sekaligus mencantikan kulit kita.

Semoga bermanfaat.