Gemuk! Pasti ramai yang mengeluh, lepas raya nie berat badan bertambah naik. Alahai nampak gemuk la! Macam mana tak gemuk, kan… dah asyik makan jer!
Lepas tu makanan yang disantap kebanyakkannya berkalori tinggi. Namun, ramai juga di antara kita yang tidak sedar gaya hidup macam tub oleh membuatkan berat badan kita mendadak naik berkilo-kilo lepas hari raya ini.
Gemuk Lepas Raya!
Bagi yang rasa-rasa tak nak menyesal, ayuh kita cuba tiga langkah mudah turunkan berat badan supaya kekal sihat selepas hari raya.
Langkah Mudah Turunkan Berat Badan
- Perbanyak Makan Sayur-Sayuran & Buah-Buahan
Ketika masih dalam mood raya nie kita memang kurang menitikberatkan soal pemakanan. Makanan-makanan yang sedap berlemak, tinggi gula dan kolesterol memang sukar untuk kita hindari.Lagi-lagi kalau kita berkunjung ke rumah kawan-kawan atau menziarahi kaum keluarga. Sukar untuk kita menolak makanan yang sedap-sedap belaka.
Baca Juga: Susah Nak Buang Air Besar, Cuba Cara Ini!
Untuk mengimbanginya, adalah lebih baik selepas itu kita pilih untuk menikmati makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Cara ini dapat menghalang penyerapan lemak dalam badan serta menurunkan paras kolesterol jahat.
Di samping itu, pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran supaya keperluan vitamin dan mineral dapat dipenuhi. Zat bioflavonoid yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mampu membantu mengawal radikal bebas yang masuk ke dalam badan sepanjang mood raya nih.
- Minum Air Masak
Pengambilan air masak dikatakan boleh mempengaruhi pertambahan berat badan.Minum air masak sebelum makan juga boleh mengurangkan pengambilan kalori. Bermakna minum air masak boleh diamalkan sebagai salah satu cara untuk mencegah dan menghindari kegemukan.- Diet Rendah Karbohidrat
Diet rendah karbohidrat dikatakan sangat efektif untuk menurunkan berat badan. Pengambilan lemak sihat dan protein dapat mengurangkan nafsu makan serta membantu kita makan dalam jumlah yang sedikit.- Rutin Bersenam
Walaupun masih dalam mood beraya, kalau tak nak gemuk adalah lebih baik jika kita kekal bersenam secara rutin.Tak perlu membuat aktiviti yang lasak atau berat,memadai aktiviti ringan sahaja. Baca Juga: 4 Senaman Selepas Bersalin
Apatah lagi, jika korang nie segeng dengan sis… warga ‘kertu’ ahhh gitew… hahaha.. hahaa…
Kita simple-simple jer ok.
Kita boleh jogging, berbasikal, berenang ataupun sekadar berjalan kaki sambil menghirup udara segar serta menikmati cahaya matahari.
- Rehat Secukupnya
Tidur yang berkualiti bukan bemakna kita perlu tidur sepanjang hari. Kalau asyik makan, asyik tidur sahaja memang badan akan terasa lemau dan malas!!
Nikmati tidur selama lapan jam dan luangkan diri dengan melakukan senaman ringan untuk melancarkan perjalanan darah.Keesokan hari sudah pasti badan akan terasa lebih segar dan bersemangat.
Itulah beberapa cara yang boleh kita lakukan atau praktik untuk cegah gemuk selepas hari raya nih.
Semoga bermanfaat.
Nikmati tidur selama lapan jam dan luangkan diri dengan melakukan senaman ringan untuk melancarkan perjalanan darah.Keesokan hari sudah pasti badan akan terasa lebih segar dan bersemangat.
Itulah beberapa cara yang boleh kita lakukan atau praktik untuk cegah gemuk selepas hari raya nih.
Semoga bermanfaat.
0 Comments