www.aniemohamed.blogspot.com


Bertukar selera! Tetiba tekak nie rasa nak pekena hidangan smoke BBQ di Meat Cartel.Terliur pula bila tengok ramai yang review makanan kat situ sedap-sedap belaka. 

Nak juga mencuba keenakan daging dan ayam yang dimasak dengan teknik salai ‘texas style’ sehingga membangkitkan aroma nan tersendiri. 


www.aniemohamed.blogspot.com
Meat Cartel, Subang Bestari mula beroperasi jam 12 tengahari pada setiap hari

Bagi yang belum pernah mencuba, sudah pasti menikmatinya menjadi satu pengalaman baru yang cukup menarik!Daging tersebut di salai dengan cara ‘low and slow cook’. Disalai kira-kira selama 12 @ 14 jam supaya citarasanya menjadi semakin sedap, lembut dan lebih ‘juicy’.

www.aniemohamed.blogspot.com
Menikmati signature BBQ plate – The Heisenberg yang cukup lazat!

Walaupun menu-menu yang dihidangkan lebih kepada American BBQ,namun bagi yang tekak Melayu macam sis menu seperti Nasi Masak Lomak Smoked Brisket dan Pasta Masak Lomak Smoke Brisket memang cukup menambat selera. Kombinasi hirisan daging salai dengan kuah lemak memang padu! 

www.aniemohamed.blogspot.com
Nasi Masak Lomak Smoked Brisket

www.aniemohamed.blogspot.com
Country Mushroom Soup

www.aniemohamed.blogspot.com
Smash Burger

www.aniemohamed.blogspot.com
Jangan lupa try, Biscoff Milkshake 

www.aniemohamed.blogspot.com
Classic Ceasar Salad

www.aniemohamed.blogspot.com
 Apple Crumble Ala Mode

Antara menu yang sis cuba pada hari tersebut, selain Nasi Masak Lomak Smoked Brisket dan Pasta Masak Lomak Smoked Brisket ialah Country Mushroom Soup, Smoked Brisket Sandwich, Apple Crumble Ala Mode dan Classic Caesar Salad. 

www.aniemohamed.blogspot.com
Smoked Chicken 

Di samping itu sis turut menikmati signature BBQ plate – The Heisenberg. Memang berbaloi sebab ada macam-macam dalam tu.Boleh sangat kalau yang set sederhana tu makan untuk 3-4 orang.Di datangkan dengan smoked brisket,smoked pull lamb,smoked chicken,smoked short ribs lamb dan juga sosej ayam dan daging. 


www.aniemohamed.blogspot.com
Untuk hidangan Sausage Plate turut dihidangan menu sampingan seperti
Texas baked beans,Coleslaw dan Mashed Potatoes 

www.aniemohamed.blogspot.com
Pasta Masak Lomak Smoked Brisket

Meat Cartel Subang Bestari turut menawarkan Lunch Hour Promo. Antara menu enak yang boleh dinikmati ialah Pesto Pasta Chicken, Mushroom Pasta, Aglio-Olio Chicken, Classic Ceasar Salad,Pasta Masak Lomak Smoked Brisket, BBQ Quater Chicken Rice, Nasi Masak Lomak Smoked Brisket, Smoked Brisket Rice dan Gangstar Wrap.

Meat Cartel di Subang Bestari ini dibuka pada setiap setiap hari, Isnin-Khamis (12 tengahari-10 malam). Manakala hari Jumaat-Ahad pula dibuka jam 12 tengahari sehingga 11 malam. 

www.aniemohamed.blogspot.com
Terima kasih En.Elwin (tengah) daripada Meat Cartel atas kerjasama yang diberikan

Jika tak berpeluang untuk singgah menjamu selera di sini, korang boleh ke cawangan Meat Cartel yang lain. Antaranya di SACC Mall Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam, TTDI, Eco Ardence, Wangsa Maju, Bangi, Putrajaya, Klang, Senawang, Ipoh dan juga Melaka.

Bagi sis, memang berbaloi menjamu selera di Meat Cartel.Puas hati sebab sedap! Boleh repeat lagi nanti. Meat Cartel pun ada buat servis food delivery, Foodpanda/GrabFood. Kalau rasa teringin dan tak sempat nak restoran Meat Cartel, bolehlah korang order dari situ.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk korang yang mahu menikmati keenakan daging BBQ terbaik. Selamat menjamu selera.

Sampai jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed