COOLBLOG Tampilkan Minuman Baru “Love COCONUT” Dengan Tiga Perisa. Sedap Betul!

www.aniemohamed.blogspot.com

Bagi yang menyukai rasa kelapa, serius korang jangan lepaskan peluang untuk menikmati minuman baharu COOLBLOG – “Love COCONUT’ dengan 3 perisa berbeza.

Sis dah try ketiga-tiganya, Coco Loco, Coco Yammy dan Coco Delight. Semua tu sedap belaka, kena dengan citarasa sis. Yang putih, Coco Delight mengabungkan rasa kelapa dan vanilla. Yang purple tu rasa kelapa dan keladi. Manakala yang hijau Coco Loco tu rasa pandan dan kelapa. Apa yang lebih membangkitkan keenakan rasa perisa tersebut turut digandingkan bersama butiran sagu dan kepingan kelapa bakar yang sungguh lazat.


www.aniemohamed.blogspot.com
Sensasi rasa kelapa, butiran sagu dan kepingan kelapa bakar memang enak!


Serius korang kena cuba minuman terbaharu daripada COOLBLOG yang bertemakan musim panas (summer) nie. Nikmat tak terkata tau… lagi-lagi kalau kita minum tengah panas-panas badan dan tekak haus. Sensasi kelapanya tu.. haihhh… enak dan menyegarkan.

www.aniemohamed.blogspot.com
Coco Delight




www.aniemohamed.blogspot.com
Coco Loco



www.aniemohamed.blogspot.com
Coco Yammy


Ternyata dari dulu sehingga kini COOLBLOG masih menyajikan pilihan perisa tempatan untuk memenuhi citarasa masyarakat Malaysia. Malahan perisa-perisa yang dipilih diperbuat daripada juadah pencuci mulut tempatan yang amat disukai ramai.

www.aniemohamed.blogspot.com
COOLBLOG tampilkan tema musim panas(summer) untuk menu terbaru 'Love COCONUT'


Selamat menikmatinya!

Lurve,
Sis Anie Mohamed
































Post a Comment

0 Comments