Korang pernah guna face oil tak?Tahu tak kegunaannya? Sis pun baru nak berjinak-jinak dengan skincare yang satu nihPenggunaan face oil secara konsisten mampu membantu melembapkan kulit, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus sampailah mengatasi masalah jerawat.
Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit muka asalkan kandungan face oil yang dipilih itu tepat atau sesuai. Pakai sikit jer tau… dalam dua atau tiga titis sahaja dah mencukupi.
Sebenarnya sis guna face oil nie untuk merawat kulit kering dan ada beberapa jenis face oil yang dikatakan bagus untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Biji bunga matahari kaya dengan vitamin E yang mana mampu membantu melembapan kulit dan melindungi skin barrier serta mempertahankan kelembapan kulit. Biji bunga matahari juga elok buat korang yang ada eczema.
Minyak biji anggur atau grapeseed oil mengandungi pelembap semulajadi yang mudah diserap oleh kulit. Teksturnya yang ringan membuatkan minyak biji anggur ini tidak membuatkan wajah berminyak dan tidak mudah menyumbat liang pori-pori yang mana tdak akan membuatkan wajah jadi berjerawat.
Di samping itu, ia juga kaya dengan antioksidan. Kandungan vitamin C dan E juga boleh memperlambatkan kemunculan gejala penuaan.
Di samping itu, minyak kelapa asli juga mampu menanggal sel-sel kulit mati yang mana boleh menyebabkan masalah tersebut.
Rosehip oil atau minyak roseship juga berupaya mengatasi kulit kering. Kandungan asid lemak esensial dan antioksidan dalam face oil tersenarai provitamin A yang mana dapat mempertahankan kelembapan kulit.
Selain itu, melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas dan stress oksidatif, mencegah dan mengurangkan masalah keradangan.
Kandungan minyak yang diperkaya dengan vitamin E ini merupakan antioksidan yang larut dalam lemak sehingga dapat membantu mengekalkan air di kulit sehingga mampu memberikan kelembapan pada kulit.
Kandungan vitain E dan sifat peradangan semulajadi dalam minyak argan ini dapat memberikan efek yang menenangkan pada kulit.
Itulah beberapa jenis face oil yang dapat membantu merawat masalah kulit kering. Semoga perkongsian ini bermanfaat, apatah lagi jika sebelum ini korang sendiri kurang arif tentang manfaat yang terkandung minyak-minyak tersebut.
Kulit Lebih Terhidarasi Dengan Face Oil
Selalunya face oil mengandungi ekstrak bunga,daun dan akar pelbagai tumbuhan. Ia mengandungi zat anti radang, antioksidan dan asid lemak esensial yang bagus untuk kesihatan kulit. Bahkan kulit akan jadi lebih terhidrasi.Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit muka asalkan kandungan face oil yang dipilih itu tepat atau sesuai. Pakai sikit jer tau… dalam dua atau tiga titis sahaja dah mencukupi.
Sebenarnya sis guna face oil nie untuk merawat kulit kering dan ada beberapa jenis face oil yang dikatakan bagus untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jenis-Jenis Face Oil Rawat Kulit Kering
Baca artikel yang sis kutip daripada beberapa sumber ini sampai habis bagi menambah pengetahuan korang tentang apa yang terbaik untuk kita-kita yang berhadapan dengan masaah kulit kering.
Kandungan vitamin E dalam minyak zaitun atau olive oil nie berupaya membantu mengatasi kulit kering serta meningkatkan kelembapan kulit.
1. Minyak Zaitun
Minyak zaitun kaya dengan nutrisi yang dihasilkan daripada pati daripada buahnya sendiri,kadar antioksidan dan lemak tak tepu tunggal juga tinggi yang mana sangat bermanfaat untuk kulit.Kandungan vitamin E dalam minyak zaitun atau olive oil nie berupaya membantu mengatasi kulit kering serta meningkatkan kelembapan kulit.
2. Biji Bunga Matahari
Biji bunga matahari kaya dengan vitamin E yang mana mampu membantu melembapan kulit dan melindungi skin barrier serta mempertahankan kelembapan kulit. Biji bunga matahari juga elok buat korang yang ada eczema.
3. Minyak Biji Anggur (Grapeseed Oil)
Minyak biji anggur atau grapeseed oil mengandungi pelembap semulajadi yang mudah diserap oleh kulit. Teksturnya yang ringan membuatkan minyak biji anggur ini tidak membuatkan wajah berminyak dan tidak mudah menyumbat liang pori-pori yang mana tdak akan membuatkan wajah jadi berjerawat.
Di samping itu, ia juga kaya dengan antioksidan. Kandungan vitamin C dan E juga boleh memperlambatkan kemunculan gejala penuaan.
4. Minyak Kelapa
Minyak kelapa asli mengandungi antioksidan, pelembab semulajadi serta pelbagai asid lemak yang mana dapat membantu mengatasi kulit kering dan bersisik.Di samping itu, minyak kelapa asli juga mampu menanggal sel-sel kulit mati yang mana boleh menyebabkan masalah tersebut.
5. Rosehip Oil
Rosehip oil atau minyak roseship juga berupaya mengatasi kulit kering. Kandungan asid lemak esensial dan antioksidan dalam face oil tersenarai provitamin A yang mana dapat mempertahankan kelembapan kulit.
Selain itu, melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas dan stress oksidatif, mencegah dan mengurangkan masalah keradangan.
6. Jojoba Oil
Face oil yang mengandungi minyak Jojoba ini sangat efektif memberikan kelembapan pada kulit kering. Minyak ini diperbuat daripada ekstrak biji tanaman jojoba dan berupaya membantu menjaga kulit agar tetap terhidrasi.7. Argan Oil
Sejak dahulu lagi minyak argan telah dipercayai mampu meningkatkan kesihatan kulit, termasuk memberi kelembapan pada kulit.Kandungan minyak yang diperkaya dengan vitamin E ini merupakan antioksidan yang larut dalam lemak sehingga dapat membantu mengekalkan air di kulit sehingga mampu memberikan kelembapan pada kulit.
Kandungan vitain E dan sifat peradangan semulajadi dalam minyak argan ini dapat memberikan efek yang menenangkan pada kulit.
Itulah beberapa jenis face oil yang dapat membantu merawat masalah kulit kering. Semoga perkongsian ini bermanfaat, apatah lagi jika sebelum ini korang sendiri kurang arif tentang manfaat yang terkandung minyak-minyak tersebut.
1 Comments
Kulit kering ni tak seronoknya sebab dia buat pipi gatal2
ReplyDelete