Wahh… ini ada berita baik buat para wanita yang merasakan kulitnya semakin menua.NOIR Super Whitening Skin Peptides wajar dicuba! Majlis pelancaran inovasi terbaharu ini telah berlangsung pada 28 Julai 2022 yang lalu, bertempat di The Boathouse, Flamingo Hotel Ampang. Apa yang lebih menarik dalam pelancaran tersebut turut adakan sambutan ulangtahun Noir yang ke-5.


NOIR Super Whitening Skin Peptides


Produk minuman kecantikan dan kesihatan terbaharu daripada NOIR ini dihasilkan dengan gabungan tiga bahan utama yang terdiri daripada Kolagen Peptide, Ekstrak Yis Torula dan Ekstrak Pueraria Lobata.




SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES ini dikatakan mampu memberikan kepuasan berganda kepada wanita yang mahu memiliki kulit ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keanjalan tubuh badan.

Gabungan bahan-bahan premium lain yang terkandung di dalam SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES bertindak:

• Kolagen Peptide, Ekstrak Pueraria Lobata & Astaxanthin

Berasaskan ikan dan tumbuhan yang membantu merangsang penghasilan kolagen untuk memperlahankan proses penuaan sekali gus mencegah pembentukan garisan halus pada wajah. Ia turut membantu meringankan simptom menopaus dari dalam tubuh secara lebih sihat dan semula jadi.



Madammu, pengasas NOIR Health & Beauty Sdn Bhd


• Ekstrak Yis Torula, Asid Ascorbic (Vitamin C) & Camu-Camu

Memberikan kesan pencerahan 10 kali lebih efektif. Ia sangat membantu untuk memudarkan parut, pigmentasi dan mengatasi masalah kulit tidak sekata. Kandungan sumber vitamin C dan antioksidannya juga 60 kali ganda lebih tinggi. Ia berkesan merangsang dan meningkatkan pengeluaran kolagen bagi membantu mengurangkan garis halus dan kedutan.

NOIR SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES

Tangani Proses Penuaan


Proses penuaan pasti dialami oleh setiap manusia.Ia bukan sekadar dilihat pada kulit wajah yang berkedut atau uban yang mula memutih di kepala, sebaliknya proses penuaan juga akan mempengaruhi organ tubuh secara keseluruhannya.

Kita sememangnya tidak boleh menghindari terjadinya penuaan, namun boleh mencegah kehadirannya terlalu cepat.

Menurut Madammu, pengasas NOIR Health & Beauty Sdn Bhd, proses penuaan berlaku dengan pantas seiring dengan peningkatan usia individu. SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES diinspirasikan bagi memenuhi keperluan para wanita di luar sana untuk melambatkan proses tersebut dan membuat para wanita tampak muda dan jelita. Kulit jadi super cerah, terawat dan produk ini melindungi kulit dari dalam.”

Inovasi terkini dari NOIR inilah yang akan membantu memperlambatkan proses penuaan. SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES berupaya meningkatkan kadar hidrat kulit sehingga 40%. Malah, kulit juga akan jadi lebih anjal dengan tona kulit lebih cerah seawal 7 hari selepas pengambilannya secara konsisten mengikut saranan yang diberikan.


NOIR SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES
Sis dan teman-teman blogger tak lepaskan peluang untuk merakamkan kenangan bersama Madammu
dan juga kedua 'orang kuat' Nior



Sis sendiripun teruja untuk mencubanya.Nak juga jadi cantik menawan macam Madammu! So, korang jangan lupa dapatkan produk minuman kecantikan dan kesihatan SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES nie tau. Sekurang-kurangnya kita boleh memperlambatkan proses penuaan tersebut.


Serba Sedikit Tentang NOIR





Melestarikan Unsur Alam Menerusi Rangkaian Produknya!


NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. adalah syarikat tempatan yang berjaya mengetengahkan produk berasaskan bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi secara meluas ke seluruh negara.

Ia turut melangkaui jenama tempatan lain yang telah bertapak lebih lama dalam pasaran dan berjaya menembusi industri kecantikan hingga luar negara seperti Indonesia,Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai. Sehingga ke hari ini, NOIR terus meningkatkan kekuatan jenamanya dalam mempromosikan produk kecantikan halal dan premium ke seluruh dunia.


NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd telah memberi dimensi baru dan memenuhi keperluan kecantikan para wanita dengan pelbagai produk bermutu tinggi, premium dan halal yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Diinspirasikan daripada keinginan pengasasnya, Eriyca Baiduri atau lebih popular dengan gelaran Madammu untuk berkongsi rahsia kecantikan kulit sihat berseri dengan menggunakan bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi. NOIR melestarikan unsur alam ini melalui rangkaian produknya.

Hasilnya, NOIR berjaya merangkul anugerah "Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik" di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.

NOIR turut disenaraikan sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020 sekali gus membuktikan bahawa gandingan kerjasama berpasukan yang berterusan membuahkan hasil yang luar biasa.

Madammu telah diiktiraf sebagai antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka di Malaysia dan dipaparkan menerusi majalah Nona terbitan Januari 2020.

Majis penuh kemeriahan ini turut diraikan bersama para stokis dan agent Noir seluruh Malaysia

Seiring dengan kualiti produk premium yang dihasilkan, jenama produk NOIR turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam "Kategori Kesihatan & Kecantikan" satu pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat tempatan dalam menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan kesihatan yang diyakini serta bermutu tinggi.


Menyedari kepentingan untuk melestarikan jenama NOIR di pasaran tempatan dan antarabangsa, NOIR telah dianugerahkan The BrandLaureate – The World’s BestBrands eBranding Awards dalam kategori “Cosmetic and Skin Care Solution” pada Oktober 2020.

Pada Mac 2022, NOIR sekali lagi telah menggemparkan negara apabila menjadi syarikat kecil dan sederhana pertama dalam bidang kecantikan dan kosmetik menaja acara hiburan No.1 Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-36 yang telah menyaksikan konsep persembahan, tatarias pentas dan busana yang sangat unik.