www.aniemohamed.blogspot.com

Senyuman akan jadi lebih menawan apabila gigi sihat, putih bersih dan terawat!Untuk memiliki gigi yang sihat, kita perlu merawatnya seumur hidup!Kita perlu tahu cara yang betul atau tepat untuk merawat gigi. Jangan hanya berfikir bahawa dengan menggosok gigi secara rutin sudah cukup untuk merawat gigi.

Sebenarnya cara merawat gigi yang baik adalah penjagaan rutin dengan berjumpa doktor gigi, sekurang-kurangnya setahun sekali.Tapi semua tu bergantung kepada tahap kesihatan pergigian kita dan faktor-faktor lain.

Pemeriksaan dan pembersihan secara rutin merupakan sebahagian daripada menjaga kesihatan mulut. Dari situlah nanti kita tau andaikata mempunyai masalah pergigian dan tahap kesihatan pergigian kita dalam keadaan yang baik atau sebaliknya.

Berita Baik!

Oh ya bercakap tentang pemeriksaan pergigian, ini ada berita baik buat korang semua sebab Klinik Pergigian My Dental Care yang terletak di Medan Tuanku ini sedang mengadakan promosi hebat selama sebulan (3 September-3 Oktober 2022) bersempena pembukaannya. 

www.aniemohamed.blogspot.com
Ketua Pegawai Eksekutif MALB, Dr Aslan Bacho  (empat dari kiri) bersama tetamu jemputan

Klinik Pergigian My Dental Care Medan Tuanku ini juga adalah cawangan pertama di kawasan segi tiga emas ibu kota.MyDental Care merupakan cabang perniagaan kesihatan pergigian di bawah MDC Asia Link Berhad (MALB).

www.aniemohamed.blogspot.com


Pelbagai Promosi Istimewa

Seiring dengan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, pelbagai tawaran istimewa turut diberikan. So, jangan lepaskan peluang ok. Sis pun teruja nak pergi sebab lebih menjimatkan.

Antara tawaran istimewa yang ditawarkan ialah ‘Pakej Implan’.Para pelanggan akan menerima Caj Perundingan Percuma serta harga promosi antara RM8,000 sehingga RM9,000 sahaja.Bukan tu jer tau… My Dental Care turut menyediakan Caj Perundingan Pemeriksaan Gigi Percuma.

www.aniemohamed.blogspot.com
Bilik rawatan gigi untuk dewasa serba selesa

www.aniemohamed.blogspot.com
 Dekorasi bilik rawatan gigi untuk kanak-kanak cukup menyenangkan.

Kalau korang nak buat rawatan ‘scaling’ dan ‘polishing’, bagi sis la harga yang ditawarkan sangatlah berbaloi. Hanya RM99 (dewasa)jauh lebih murah daripada harga asal, yang mana kitab oleh jimat sebanyak RM101.

Untuk kanak-kanak pun ada pakej special seperti rawatan ‘polishing’ dan ‘topical fluoride’. Hanya RM RM69, sahaja. 

Selain itu, turut ditawarkan sempena pembukaan cawangan Medan Tuanku adalah diskaun 10 peratus untuk semua rawatan gigi serta penjimatan RM50 untuk rawatan pergigian kanak-kanak.

Yang nak pergi tu, nie sis sertakan alamatnya ya. My Dental Care beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 6 petang pada setiap hari.Nak tahu lebih lanjut boleh terjah 
sosial media depa tu.

FB : https://www.facebook.com/mydentalcare.medantuanku
IG : https://www.instagram.com/mydentalcare_medantuanku/
GOOGLE :
15, Jalan Medan Tuanku 1, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
https://g.co/kgs/M1zCmV

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji boleh hubungi:
+60 3-2602 0122
+60 11-6340 1221

www.aniemohamed.blogspot.com
 Ruang menanti menjanjikan keselesaan

Jom Pergi!
Bagi yang dah lama tak buat pemeriksaan gigi atau ada masalah gigi, jangan bertangguh-tangguh ya nanti jadi bertambah parah, lagi susah , lagi sengsara!

Lagipun mencegah adalah lebih baik daripada merawat serta lebih menjimatkan! Okay, rebutlah promosi hebat yang ditawarkan oleh Klinik Pergigian My Dental Care Medan Tuanku.

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jumpa lagi!

www.aniemohamed.blogspot.com

Lurve,
Sis Anie Mohamed