www.aniemohamed.blogspot.com

Pernah pergi ke karnival SneakerLah? Ia merupakan karnival kasut sneakers terbesar di Malaysia.

Dan sis pun baru pertama kali berpeluang untuk ke sana. Kebetulan semalam tu, Bata Malaysia telah mengadakan majlis pelancaran koleksi 200 Styles for Endless Occasions di karnival SneakersLah.


www.aniemohamed.blogspot.com
Ramai yang tak lepaskan peluang untuk ke karnival SneakerLah ini


www.aniemohamed.blogspot.com

Actually, macam macam aktiviti menarik yang berlangsung di karnival tersebut. Bukan setakat sneakers jer tau… pameran, pakaian pre-loved pun ada tau. Bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 10.00 malam dan hari ini merupakan hari terakhir sebab karnival ini berlangsung dua hari sahaja ya iaitu 3-4 September, 2022.
www.aniemohamed.blogspot.com

From left: Bata Sneaker Fest 22 models, Vaibhav Manrao, Country Manager of Bata Malaysia (middle)
 and Mohsein Kush (middle)



Hurmm… sis pun tak sangka, lawa-lawa juga koleksi terbaru yang ditampilkan oleh Bata Malaysia untuk 200 Styles for Endless Occasion di SneakerLah 2022 nih.So, lepas nie bolehlah kita beli kasut sneakers banyak-banyak sebab harga yang Bata tawarkan sangat berpatutan, kira mampu milik gitewwww…


Sis diberitahu yang koleksi tersebut merupakan kesinambungan kepada matlamat Bata untuk menawarkan keselesaan ke dalam inovasinya, menghadirkan gaya kasual baharu yang selesa untuk memenuhi keperluan gaya hidup harian menerusi koleksi mereka daripada jenama seperti North Star, Power, Bata Red Label, dan banyak lagi.

www.aniemohamed.blogspot.com
Jadi pilihan sis... simple tapi nampak smart :)

www.aniemohamed.blogspot.com

So, kalau free hari nie silala pergi ya. Singgahlah ke Booth Bata (Booth 3-A1). If ada yang berkenan di hati, boleh beli dan jangan lupa dapatkan perkhidmatan daripada Genz Custom untuk ‘custom’ kasut tersebut. Walaupun tak banyak pilihan yang ditawarkan, tapi oklah…daripada tak ada, ataupun kena bayar sendiri he he he..

Sekian sahaja cerita sis kali ini. Jumpa lagi!

Lurve,
Sis Anie Mohamed