www.aniemohamed.blogspot.com

Sebenarnya lain macam suasana Pilihan Raya Umum (PRU) kali yang ke-15 ini. Waktu itu masing-masing dah tak sabar untuk mengetahui siapa yang bakal menerajui negara dan siapa bakal ‘terciduk’?

Namun, kini segalanya telah terjawab. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan)PH) dan ahli Parlimen Tambun sebagai Perdana Menteri ke-10.

Kerajaan Perpaduan Nasional telah dibentuk yang mana membabitkan penyertaan tiga komponen setakat ini iaitu gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) serta Gabungan Parti Sarawak(GPS).

Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentulah kita mengharapkan yang terbaik daripada penubuhan Kerajaan Perpaduan Nasional ini. Semoga ekonomi negara kita semakin mantap dan kemakmuran terus dipertahankan.

www.aniemohamed.blogspot.com

Apapun kat sini sis sahajalah nak share sikit pengalaman manis sebagai petugas SPR di tempat mengundi. Ini merupakan pengalam kedua sis, sebelum ini sis pernah terlibat juga sebagai petugas SPR yang ke-14, lima tahun lalu.Tetapi tugasannya berbeza dan untuk PRU-15 tugasannya bagi sis lagi mencabar! Ahhh… gitewwww.

www.aniemohamed.blogspot.com
Sibuk! Persiapan setiap saluran perlu dibuat sehari sebelum tarikh mengundi

Untuk PRU-14 yang lalu sis terpilih sebagai Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP). Tugasannya tak adalah teruk sangat, walaupun penat tapi tetap enjoy. Macam-maca ragam manusia yang datang mengundi kita dapat lihat.

www.aniemohamed.blogspot.com
Muka penat, tapi tetap enjoy!

Tapi untuk PRU-15, sis berpeluang pula menjadi Kerani Pengundian/Kerani Mengira Undi (KP/KMU). Tugasan ini merupakan satu pengalaman yang amat bermakna buat diri sis sebagai KP3! Pengalaman ini akan menjadi kenangan manis kerana tidak semua orang berpeluang menikmatinya.

Kalau korang nak tahu, peranan KP3 nie ialah mengecop kedua-dua keratas undi Parlimen dan Negeri dengan cap kertas undi di tengahptengah keratan antara kaunterfoil dan kertas undi. Ia hanya dilakukan apabila pengundi tiba di hadapan KP3. Kebetulan untuk bagi Shah Alam untuk PRU-15 nie kertas undi hanya untuk Parlimen sahaja.

Lepas tu sis akan ceraikan kertas undi. Bab nie memang kena berhati-hati semasa semasa menceraikan keratas unid daripada keratan kaunterfoil supaya tidak rosak. Selaku KP3, sis juga dilarang mengecop dan melipat kertas undi sebelum pengundi tiba di meja KP3. Hahha…begitulah ceritanya.

www.aniemohamed.blogspot.com
Dapat team satu kepala memang best!

Bertugas di saluran 1, berhadapan dengan pengundi veteran dan kategori OKU memang memerlukan kesabaran. Namun, syukurlah semua pengundi yang datang, ok-ok belaka, tidak banyak karenah!Begitu juga dengan ejen pemerhati serta team jaga undi yang best, termasuklah Ketua Tempat Mengundi (KTM) hihih hii.

Segalanya dipermudahkan, berjalan dengan lancar sekali. Walaupun KTM kami tak boleh balik lagi, namun sekitar jam 10 malam kami dah diizinkan pulang. Kepenatan hilang dengan satu kepuasan, satu pengalaman yang tidak ternilai harganya. Mudah-mudahan diberikan peluang lagi untuk PRU akan datang. Insya-Allah.

www.aniemohamed.blogspot.com
Menjelang petang, barulah boleh tarik nafas bersuka ria kejap he he he

www.aniemohamed.blogspot.com
Simpan jadi antara memori manis!

Apapun, tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan PM ke-10. Semoga dengan tertubuhnya kerajaan Perpaduan Nasional ini negara Malaysia terus maju dan kekal harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, kita doakanlah yang baik-baik sahaja OK. Sesiapa pun yang memerintah, kehidupan kita tetap diteruskan.

Okay, sekian dulu coretan sis.

Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed