Bersempena dengan pembukaan tersebut pada 26 November lalu, sis berkesempatan untuk turut serta memeriahkan majlis yang bermula pada jam 12 tengahari sehingga jam 2 petang itu.
Pelbagai aktiviti menarik telah diatur, antaranya persembahan daripada artis cilik, fashion show yang menampilkan koleksi menarik As Hijab serta cabutan bertuah istimewa buat pengunjung yang hadir.
Dato' Sri Aliff Syukri & Datin Sri Shahida menyempurnakan acara perasmian Butik As Hijab, milik mereka. |
Di hari perasmian itu juga As Hijab telah membuat Jualan Hebat sehingga 80% potongan harga dengan pembelian serendah RM10 serta hadiah percuma buat 50 pengunjung terawal.Memang cukup meriah!
Antara koleksi rekaan tudung di As Hijab yang pastinya memikat hati |
Pelbagai design fesyen Muslimah yang eksklusif dan berbaloi harganya terdapat di As Hijab seperti Primadona, Maharani, Bawal, Warda, Lunara, Inner Shahida, Sarung Klasik dan juga Bawal Swarovski. Harga yang ditawarkanpun sangat berpatutan.
Telekung pun ada ya! |
Semua design direka khas dan mesra pengguna dengan gaya wanita Muslimah hari ini.Serius cantik dan jadi rambang mata dibuatnya! Dekonya pun teratur dan membuatkan kita berasa selesa untuk membeli belah.
Okaylah, kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh terjah:
Instagram : As.hijaboffial
Facebook : As Hijab Official
Website : www.aslegacygroup.my
Rambang mata! Banyak yang cantik! |
Sekian dulu perkongsian sis kali ini. Jangan lupa shopping di As Hijab !
Lurve,
Sis Anie Mohamed
0 Comments