www.aniemohamed.blogspot.com

Memiliki kediaman sendiri pastinya menjadi impian bagi ramai orang, Apatah lagi, apabila ia melihat prospek hartanah itu sebagai pelaburan yang mendatangkan manfaat di kemudian hari.Apa yang pasti, perumahan terbaru Tiara Sendayan ini amat menyenangkan untuk dihuni!

Selain mempunyai pelbagai fasiliti serta akses yang mudah, Tiara Sendayan juga merupakan antara projek perumahan yang sering mendapat perhatian serta jualan terbaik buat Matrix Concepts!

Jadi, kita tidak perlu berasa ragu-ragu atau bimbang dengan pemaju hartanah yang satu ini! Tiara Sendayan merupakan projek perumahan di Negeri Sembilan, di bawah pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad. 

Pencapaian syarikat ini begitu memuaskan. Sambutan yang diterima sangat luar biasa, hampir 13 projek perumahan laris terjual dalam tempoh 3 tahun.

www.aniemohamed.blogspot.com

Apa yang lebih mengagumkan, Matrix Concepts Holdings Berhad telah berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij termasuk ‘The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA’), ‘The Edge Billion Ringgit Club 2022’, ‘The Malaysia Developer Awards 2022’ (Top 10 for Market Capitalisation of RM 1 Billion and above) dan banyak lagi.

Secara tak langsung, pencapaian tersebut berjaya mengukuhkan lagi nama Matrix Concepts sebagai antara pemaju hartanah terbaik! 

Antara unit kediaman yang telah dibina di sini ialah HESSA, CELIA, ILLORA, AYANA dan banyak lagi. Sehingga kini Tiara Sendayan memiliki 14 presint rumah dengan jumlah 4,101 unit dan telah berjaya menyerahkan lebih 2,188 unit kepada pemilik Tiara Sendayan. 

Dengan momentum prestasi yang cukup memberangsangkan itu, sebagai pembeli sudah tentulah kita berasa yakin untuk menjadi sebahagian dari komuniti di Tiara Sendayan, kan… Lebih-lebih lagi, jika kita membelinya buat kali pertama. 

www.aniemohamed.blogspot.com

Tiara Sedayan Sangat Mengujakan!

Inilah masa yang sesuai untuk memiliki rumah sendiri yang serba selesa ataupun menjadikannya sebagai pelaburan yang menguntung buat keluarga pada masa akan datang.

Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat bermula dari RM538,888.Berkeluasan 2000 kaki persegi (20’ x70’), setiap unit mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. 

Selain menawarkan fasiliti serba lengkap, serta kejiranan yang telah dirancang dengan begitu teratur dan amat menyenangkan, Tiara Sendayan adalah kediaman sesuai seisi keluarga!

www.aniemohamed.blogspot.com

Persekitaran Serba Lengkap

Bagi yang sudah berkeluarga, lokasi kediaman turut memainkan peranan penting. Tiara Sendayan mempunyai aksesabiliti serta kemudahan yang cukup hebat!

Tiara Sendayan sebuah kawasan perbandaran moden terletak di Seremban, amat strategik kerana berada di Malaysia Vision Valley dan mempunyai nilai jualan yang tinggi.

Pusat komersil terletak tidak jauh dari Tiara Sendayan. Semua ini memudahan kehidupan dalam pelbagai aspek, termasuk kesenangan untuk membeli-belah, penyediaan pendidikan, sekolah rendah dan sekolah menengah turut tersedia. 

Kemudahan sistem penghubung seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan KLIA Expressway turut menjadikan Tiara Sedayan sebagai kawasan kediaman yang menjadi pilihan ramai. 

Segala kemudahan serta kelengkapan yang terdapat di Tiara Sendayan ini benar-benar memberikan keselesaan pada kehidupan harian termasuk masa lapang.

Pelbagai aktiviti riadah dapat dilakukan, contohnya di Sendayan Green Park dan X-Park Sendayan yang merupakan kawasan akitiviti luar terbesar di Negeri Sembilan. Lebih 18 aktiviti yang dijayakan dan sesuai untuk semua peringkat umur, antaranya go-kart dan paint ball. 

www.aniemohamed.blogspot.com

Suasana Hijau, Udara Bersih & Segar

Pemandangan yang menarik serta suasana kehijauan yang menenangkan mampu memberikan impak hebat kepada penghuninya. Jadi, tidak hairanlah ia menjadi salah satu faktor Tiara Sendayan menjadi rebutan para pembeli!

Centaral Park, berkeluasan 12 ekar yang serba lengkap, dikelilingi tasik serta pepohon menghijau telah dibina di dalam Tiara Sendayan demi memberikan keselesaan serta ketenangan luar biasa buat penghuni Tiara Sendayan. 

Kalau rasa bosan dengan rutin harian, mahu melepaskan penat atau membebaskan stress, bolehlah keluarkan peluh dengan berlari mengelilingi tasik atau sepanjang laluan trek joging yang disediakan. Laluan refleksologi pun ada ya!

Turut disediakan kemudahan sukan dan rekreasi termasuklah gelanggang futsal,gelanggang bola keranjang, gym, stesen parcourse, kawasan majlis dan bangku tempat berehat.

Kita boleh melakukan aktiviti sihat ini bersama keluarga tersayang tanpa rasa tertekan.Terbukti Tiara Sendayan memberikan kesempatan untuk kita menikmati semuanya sekali!

Jangan Tunggu Lagi!


Segala kemudahan yang serba lengkap di Tiara Sendayan ternyata menyumbang kepada gaya hidup yang positif. Sangat menarik bagi yang mahu menikmati kehidupan yang tenang, selesa dalam persekitaran semulajadi yang moden.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga Tiara Sendayan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tiara Sendayan, hubungi 1800-88-2688 atau layari laman web https://tiarasendayan.com.

#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts