FC Barcelona Raikan Tahun Arnab

www.aniemohamed.blogspot.com

FC Barcelona terus menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina 2023 dengan meraikan Tahun Arnab. Dengan tema permulaan baharu, Barça merayakannya dengan pelbagai hiburan secara langsung serta aktiviti menarik pada hari perlawanan di Spotify Camp Nou. 


Menurut Presiden dan pemainnya, kerjasama itu melibatkan kolaborasi bersama komuniti berbangsa Cina, pereka fesyen, artis visual dan pemengaruh khas untuk peminat di Malaysia. 

Bagi memperingati Tahun Baru, Barça melancarkan sebuah video yang bertajuk ‘Tahun Baru, Era Baru,’ yang mana begitu teruja menantikan 2023. Selain meraikan pemeteraian bersama bakat baharu, perkongsian inovatif serta pelancaran nama stadium yang serba baharu.

Arnab, dikenali sebagai haiwan tuah yang berupaya membawa harapan dan nasib baik. Pemainnya, Eric Garcia, Ferran Torres, Jordi Alba, Iñaki Peña dan Alejandro Balde turut menghantar ucapan perayaan kepada peminat atau ‘Culers’ di seluruh dunia.

Bersempena kehadiran Tahun Arnab, Spotify Camp Nou menganjurkan pelbagai acara menarik termasuk  tarian naga dan singa serta kaligrafi Cina


Nak tengok video penuh  KLIK SINI!


Presiden, Joan Laporta turut mengucapkan terima kasih kepada Culers di Malaysia atas sokongan mereka dan sentiasa mendoakan semua peminat yang merayakannya. Memetik hantaran mesejnya, Laporta berkata “Kami telah melalui detik-detik menarik, mencabar dan penuh emosi pada 2022. 

Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan anda, dan saya harap kami akan membawa lebih banyak detik gembira tahun ini. Selamat tahun baru, saya doakan anda bahagia dan sejahtera. Tahun baru, era baharu, Visca el Barça!”

Muat turun video ucapan En. Joan Laporta KLIK SINI!

FC Barcelona akan memulakan sambutan itu pada 22 Januari dengan pelbagai aktiviti menarik di Spotify Camp Nou. Ini termasuk persembahan tarian naga dan singa tradisional oleh Penya Blaugrana Dracs Units, di samping persembahan muzik dan kaligrafi Cina. 

Dalam perlawanan menentang pasukan Getafe, pasukan lelaki akan menggunakan nama mereka dengan aksara Cina ketika perbarisan pemain. Malah, stadium juga akan dihiasi dengan replika Arnab. Manakala, kanak-kanak dari Penya Blaugrana Dracs Units akan mengiringi pemain ke padang.

Kelab itu juga akan mengeluarkan satu siri Vlog menerusi pengasasnya, Andres Gallardo yang menyelidik makna disebalik Tahun Arnab dengan mempamerkan koleksi barangan kemas dan beg tangan bertemakan arnab porselen buatan tangan daripada jenama Sepanyol itu. Culers juga boleh mendapatkan pelekat dan penapis Barça di Instagram menerusi #rabbityear serta menyertai cabaran di TikTok. 

Sementara itu, Culers boleh menikmati pelbagai pengalaman secara digital termasuk foto profil dan kertas dinding silang menerusi hasil tangan artis berbakat. Selain mendapatkan pelekat inspirasi Barça serta sampul merah di WeChat, dan koleksi arnab istimewa pada Meitu Xiu Xiu khas buat Culers yang terlibat dengan Barça ketika sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Kempen Tahun Baru Lunar tahun ini dilihat berupaya mengukuhkan komitmen Kelab untuk berinteraksi dengan peminat dengan mencipta pelbagai kandungan terbaik bagi meraikan kepelbagaian budaya di seluruh Asia Pasifik. 

Pada 2013, Barça membuka ibu pejabatnya di Hong Kong dan sejak itu pasukan berkenaan telah menjalin hubungan yang akrab bersama peminat dan rakan kongsi. Selain mengembangkan kewujudan lebih banyak kelab dalam talian di rantau ini. Asia Tenggara merupakan ‘rumah’ kepada lebih daripada 40 juta penyokong Kelab Bola Sepak Barcelona, ​​yang menjadikannya wilayah strategik kepada kelab itu.

 Contohnya, pangkalan peminat di Malaysia yang cukup dinamik dan berkembang dengan membawa kepada jalinan kolaborasi bersama syarikat tempatan yang amat strategik, termasuk Maybank sebagai Rakan Kongsi Kelab Perbankan Serantau di Malaysia dan Singapura; dan SEBANG sebagai rakan kongsi Bateri Kereta rasmi di Vietnam, Malaysia dan Thailand.







Post a Comment

0 Comments