kurang tidur

Kurang tidur | Kebelakangan ini badan dah rasa semacam jer. Macam tak bermaya!Ada tak yang mengalami situasi nie sama macam sis? Kalau ada, kita memang kena usahakan supaya keadaan ini tidak berterusan.Puncanya kurang rehat dan tidur!

Kadang-kadang tak perasan yang sebenarnya sis kurang tidur sebabnya dah terbiasa dengan gaya hidup tahun lepas. Sibuk dengan aktiviti seharian walaupun tak cukup tidur.Padahal tidur adalah satu-satunya cara untuk merehatkan diri yang paling baik. 


Kurang Tidur Pengaruhi Mood


Masa tidur tu lah tubuh badan kita akan cas semula segala energi sehingga membuatkan badan kite kembali segar dan bertenaga pada keesokan harinya. Selalunya kalau tak cukup tidur, kepala akan jadi pening, penat dan mood kita pun jadi tak berapa baik, kan…

kurang tidur


Itulah memperbaiki waktu itu merupakan salah satu daripada azam sis untuk tahun 2023 nie. Terlalu banyak efek yang tidak baik akibat daripada tak cukup tidur. Sistem tubuh dan otak kita juga tidak dapat bekerja dengan sempurna. Keadaan ini boleh menyebabkan kualiti hidup jadi menurun, sekaligus boleh mengganggu sistem dalaman badan.

Kita perlukan tidur sebanyak 7-8 jam pada setiap malam. Sewaktu tidur, hormon melatonin akan dihasilkan, membantu menguatkan sistem imun dan memulihkan DNA. Jika kurang tidur, kita akan jadi lebih mudah terkena penyakit.

Di samping itu, dalam jangka panjang kita lebih terdedah untuk terkena penyakit kronik seperti serangan jantung dan strok. Tambahan pula tidur dapat membantu tubuh untuk menjaga jantung dan pembuluh darah supaya tetap sihat.

Usahakan Sampai Jadi!


Bagi orang yang macam sis, dah terbiasa tidur lewat malam untuk merubah waktu tidur lebih awal tidak semudah itu. Memang sukar untuk kita mendapatkan tidur yang berkualiti apabila di kepala sarat dengan macam-macam! Namun, semua itu tidak boleh dijadikan alasan, kan… kenalpasti juga punca susah tidur. Kena usahakan sampai jadi!! Hahaha…


Langkah Awal Untuk Elak Punca Kurang Tidur 


· Elakkan pengambilan kafein pada petang hari ataupun beberapa jam sebelum tidur.

· Hindari sebarang makanan berat setelah malam menjemput.

· Buat aktiviti santai sebelum tidur, mandi dan pasang aromaterapi.

· Elakan main gajet sebelum tidur.

kurang tidur

Itulah beberapa cara yang sis buat untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti pada tahun 2023.Harap-harap sis mampu mempertahankannya demi kebaikan kesihatan ini.Penat juga kalau sistem imun lemah, nak buat apa-apapun rasa macam tak ada semangat. Jangan biarkan masalah kurang tidur menganggu aktiviti kita seharian.

So, ayuh kita tidur awal!