Bakar Kalori
Lagipun aktiviti ni sedikit sebanyak dapat membakar kalori. Kiranya macam sis sedang bersenam la.Bila berkebun, keluar segala ‘peluh jantan’. Bukan itu jer tau, rasa stress/tertekan pun jadi berkurangan.
Baca Juga:
Natural Clenx Tea Detoks
|
Pokok betik nie sis tanam dalam polybag jer
|
|
Tak tahu nak cakap macam mana happy sangat bila tengok hasilnya!Dah boleh petik tu! |
Kebaikan Berkebun
Bagi yang ada darah tinggi, elok juga berkebun. Secara tak langsung, aktiviti ini dapat menurunkan tekanan darah. Namun, bukan semua orang suka bercucuk tanam atau berkebun kan…
Tapi bagi yang memang dah minat berkebun macam sis, tentulah aktiviti sebegini mampu membuatkan diri ini rasa lebih bahagia. Lagipun sis ada terbaca,tapi tak ingat pula kat mana, bahawa berkebun mampu menurunkan risiko penyakit demensia pada wanita.
Kalau nak ikut, memang tak berapa ada ruang untuk sis bercucuk tanam namun sis cuba jugak menyelit-yelit di kawasan tepi pagar sekitar kawasan tempat letak kereta sis. Sampai macam tu sekali tau.. hahha.. Rasa puas dan bahagia sangat bila tengok tanaman sendiri berhasil. Memang tak rugi berkebun biarpun kawasan terhad.
|
Pokok labu kuning dan pokok kemangi
|
|
Senang hidup... daun bawang, kesum dan kunyit |
Korang kalau rasa stress, buntu ataupun nak cuba sesuatu yang baru, bolehlah lakukan aktiviti berkebun. Tanam la apa yang boleh, dan mudah. Macam daun bawang, pokok cili, kangkung, kesum dan pokok pudina.Korang akan rasa puas dan happy bila tengok ianya berhasil. Tak percaya, try laaa…
Okaylah sekian dulu perkongsian cerita sis ini. Bye.
1 Comments
ni lah dia pekebun bandar
ReplyDelete