Korang suka rambut pendek ke, panjang?Sis lebih suka berambut panjang. Nak tahu tak, macam mana nak buat rambut cepat panjang? Okay, baca sampai habis!

rambut cepat panjang


Biasanya rambut yang subur akan lebih cepat panjang berbanding dengan rambut yang ada bermasalah.Jadi, kalau korang nak rambut subur, sihat dan lebih cepat panjang, boleh try beberapa cara yang pernah mak sis ajar sejak zaman remaja lagi. Semuanya menggunakan bahan semulajadi jer.

Cara Buat Rambut Cepat Panjang:


rambut cepat panjang


1. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai banyak manfaat untuk rambut. Bukan setakat menghaluskan rambut dan bagus untuk rambut kering, rambut beruban, rambut kembang, menghilangkan kelemumur dan lain-lain. Malahan sangat efektif untuk menyuburkan rambut.

Minyak zaitun mengandungi vitamin E, vitamin K serta asid lemak. Minyak zaintun juga berfungsi melembapkan serta meningkatkan proses pertumbuhan rambut dengan lebih cepat.

Sis biasa guna minyak zaitun nie selepas mencuci rambut. Ambil beberapa titis minyak zaitun, lepas tu urutlah perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya biarkan semalaman supaya kandungan minyak zaitun meresap pada kulit kepala.Keesokan pagi, barulah dicuci.


2. Santan Kelapa

Orang-orang zaman dulu memang suka menggunakan santan untuk merawat rambut supaya lembut, cantik dan bersinar. Selain itu ia juga dikatakan sangat berkesan untuk mempercepatkan proses pertumbuhan rambut, jika dilakukan secara rutin. Paling kurang 3 kali dalam seminggu.

Caranya mudah tidak sukar, kita hanya perlu lumurkan santan secukupnya ke kulit kepala sambil mengurut-urut lembut.

Lepas tu bungkus rambut dengan tuala suam.biarkan selama 30 minit sebelum dibilas sehingga bersih dengan air biasa. 


3. Lidah Buaya

Tidak dinafikan, lidah buaya atau aloe vera sangat bagus untuk rambut. Sebab inilah juga sis memang tanam pokok lidah buaya nie. Selain boleh membuatkan rambut kita jadi lebih sihat dan lembut, ia juga membuatkan rambut menjadi lebih panjang dengan cepat.

Panjangkan rambut dengan menggunakan lidah buaya ini bagi sis tersangatlah mudah. Korang ambil la beberapa batang lidah buaya, belah. Kemudian, ambil isinya dan sapukan pada keseluruhan rambut, rata-rata.

Biarkan selama 30 minit supaya gelnya tu meresap ke dalam kulit kepala.Lepas tu, bilahlah dan kemudian cucilah rambut dengan syampu. Buatlah secara rutin setiapkali ingin membasuh rambut.


rambut cepat panjang

4. Teh Hijau

Teh hijau mengandungi antioksidan tinggi dapat menyokong pertumbuhan rambut. Rambut yang kembali tumbuh juga lebih sihat.

Selain itu, teh hijau juga membuatkan perjalanan darah ke rambut menjadi lebih baik daripada sebelumnya serta mencegah kerosakan pada kulit dan sel-sel rambut.

Untuk rambut cepat panjang, caranya mudah sahaja. Ambil air rebusan teh hijau dan lumurkan pada kulit kepala serta seluruh rambut. Kemudian bungkus rambut dengan menggunakan tuala selama 20 minit. Lepas tu bilaslah sehingga bersih.

Itulah serba sedikit perkongsian sis tentang cara buat rambut cepat panjang yang pernah sis buat.Selamat mencuba!