www.aniemohamed.blogspot.com

Melihatkan keadaan sofa kat rumah nie yang agak kusam, terdetik di hati untuk menggantinya dengan sofa baru. Maklumlah usia sofa tersebut dah lebih 10 tahun, memang wajar ditukar baru. Minat pula dengan sofa dari Zinus nie!

Namun, dalam memilih sofa baru bagi sis tak boleh sembarangan. Tambahan pula, rekaan sofa la nih ada macam-macam.Rasa binggung nak pilih yang mana satu paling elok. Sis pentingkan kualiti sebab perabot tersebut akan digunakan dalam tempoh yang lama. Selain itu, sis turut utamakan soal bajet dalam membeli sofa baru.

www.aniemohamed.blogspot.com
Puas hati bila dapat ke Zinus showroom.
Dapat tengok sendiri mana satu sofa yang jadi pilihan hati!

Cari punya cari, ehh… Zinus Malaysia pun dah ada jual sofa! Bagus sangat lah…Mula-mula, sis risik-risik dulu kat website Zinus. Tapi biasalah… memang rasa tak puas hati kalau tak tengok sendiri sofa tu kat depan mata. Jadi, sis ambil kesempatan untuk ke bilik pameran Zinus yang terletak di Bandar Puchong Jaya. 

www.aniemohamed.blogspot.com
Kalau nak sofa yang lebih lebar dan besar, pilihlah 3 seater 

Empuk & Cukup Besar 

Bila nak pilih sofa bukan setakat rekaan dan warna sahaja yang perlu kita perhatikan. Sebaliknya bab saiz pun kita kena tengok. Kalau tersalah pilih, boleh buat ruang tamu terasa sempit. Kat Zinus, ada tiga rekaan dan jenis sofa iaitu Josh Contemporary, Jackie Modern dan Ricardo Designer. Setiap satu terdapat dua pilihan, 2 seater dan juga 3 seater. Untuk ruang tamu yang terhad, jenis sofa dengan 2 seater selalunya jadi pilihan.


www.aniemohamed.blogspot.com
Josh Contemporary, 2 seater lawa jugak

www.aniemohamed.blogspot.com
Jackie Modern juga menawan!

www.aniemohamed.blogspot.com
Ricardo Designer, 3 seater menjadi pilihan sis

Duduk santai di sofa sambil menonton movie kegemaran amat menyenang. Lagi-lagi kalau sofa tersebut empuk dan cukup besar, boleh muat sis dengan anak-anak! Mulanya sis tertarik dengan rekaan Josh Contemporary tu tapi untuk menimakan kemungkinan sofa tersebut bebas daripada kekotoran, so sis pilih Ricardo Designer.Warna gelap sebegini sangat sesuai kalau kita tak nak sofa menjadi lusuh dan kotor.

www.aniemohamed.blogspot.com
Puas hati!! Inilah sofa baru yang menghiasi ruang tamu kediaman sis

Keputusan untuk memilih Ricardo Designer adalah tepat, walaupun reka bentuknya sederhana. Untuk gaya kontempori di ruang tamu memang sesuai. Senang nak menghiasnya sebab gaya ini boleh disempurnakan dengan hampir semua trend.

Haihh… memang perfect la. Selesa dengan tempat duduknya yang tebal, tempat letak tangan yang berlapik dan kusyen belakang yang lembut dan tidak berganjak dari tempatnya. Kusyen tempat duduk tersebut diikat pada bingkai dan tidak boleh ditanggalkan. Manakala kusyen belakang boleh ditanggalkan. 

Kerangka sofa pun kukuh dan boleh bertahan dalam masa yang lama. Kapasiti berat maksimum 500 lbs (atau 227 kg), so lebih daripada mencukupilah untuk menampung berat insan-insan kesayangan sis yang duduk kat sofa tu. Heheh.. heheh..

www.aniemohamed.blogspot.com
Tak sampai 20 minit, dah boleh siap pasang tau..

Konsep DIY

Cara pemasangannya juga tidak sukar, walaupun berkonsepkan DIY. Turut disediakan buku manual sebagai panduan pemasangan. Sangat mudah, lagipun penggunaan skru tak ada. Cantum-cantum atau selak-selak sahaja bahagian tertentu, dah siap!! Sangat mudah ya.

www.aniemohamed.blogspot.com
Nak pasang kaki sofa pun mudah sangat!

Lagi satu yang bestnya, penghantaran adalah percuma (kecuali Malaysia Timur), ada waranti selama setahun dan pembungkusan sofa Zinus ini dibuat dan dihantar dalam bentuk kotak. Cukup memudahkan terutama yang tinggal di kondomium ataupun pangsapuri. Teknologi inovatif sebegini amat memudahkan para pengguna.

www.aniemohamed.blogspot.com
Dibungkus rapi dalam kotak


Penghantaran pula dibuat 3-5 hari bekerja daripada tarikh pesanan (dalam Lembah Klang). Manakala bagi negeri di luar Lembah Klang, ia akan mengambil masa 2-10 hari daripada tarikh pesanan.

Kalau tak berkesempatan untuk berkunjung ke Zinus showroom, boleh jer beli secara online. Tak ada masalah, dan sekarang nie Zinus tengah buat promosi bersempena Tahun Baru Cina. Harga yang ditawarkan untuk ketiga-tiga sofa nie sangat berbaloi. Rugi kalau korang tak grab!

Baca Juga: Beli Katil & Tilam Zinus

Maklumat lanjut layari:  www.zinus.com.my
Atau kunjungi Zinus Malasysia showroom di:

Zinus Malaysia Sdn Bhd

📍 1-1, Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

☎️ +603-8082 3359 (Office) ;

+6011-3129 9882 (Customer Service)

Wesbsite: www.zinus.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/ZinusMY/

Instagram: http://www.instagram.com/zinusMY/

Showroom Hours:

10 pagi dari 8 malam (Isnin hingga Jumaat)

12 tengahari dari 8 malam (Sabtu/Ahad/Cuti Umum)